08 May 2013

Al-Fatihah sahabat

Assalamualaikum…

Macam mana hari rakan-rakan semua… Semoga di bawah payung dah rahmat-Nya hendaknya.

Kita sudah mendekati pertengahan bulan di Mei ini…sekejap sangat masa berlalu… Mei yang mengandungi cerita suka dan duka, PRU13 pada 05 Mei 2013. Tournament Badminton tertutup Paling juga pada Mei ini, pusingan kelayakan pada 12 Mei, manakala peringkat separuh akhir dan akhir pada 19 Mei 2013. Hujung Mei ini juga adik saya bakal bertunang dengan pilihan hatinya pada 25 Mei 2013.



Banyak hal juga dibulan Mei, 2013 ini.. setiap hal itu pasti akan saya entrykan untuk kenang-kenangan masa akan datang juga untuk perkongsian kepada pembaca blog “Apabilaazambererita” ini.. Perkongsian yang baik tiada salahnya kan…

Yang satu ini, cerita sedih di bulan Mei.. Tarikh 05 May 2013 juga telah kembalinya rakan sekerja saya ke Rahmatullah disebabkan oleh Metastatic Lung Cancer.. Al-Fatihah untuk arwah Abang A.Murad Bin Mohd Noor. Perkhabaran yang saya terima sehari selepas balik mengundi itu.. satu perkhabaran yang sangat mengejutkan. Semoga arwah tenang di alam sana. Semoga setiap amal dan kebajikan yang dibuat ketika hidupnya diterima oleh Allah S.W.T Insya Allah..

Ralat rasanya sepanjang 6 bulan abang Murad sakit, tak sempat saya menjengoknya. Perancangan itu ada, tapi setiap kali itu lah ada sahaja hal yang tak dapat dielakkan..

Takziah untuk seluruh keluarga arwah. Terutama sekali isteri dan anak-anak kecil yang ditinggalkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang menanggung kehilangan. Kehilangan suami untuk seorang isteri, kehilangan ayah untuk anak-anak..
Innalillahi wa inna ilahirajiun
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan
kepada Allah jualah kami kembali."
 
~ Al-Fatihah ~
 

 
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...
 
 
# Baca entri "Bertabahlah wahai sahabat", satu entry yang dibuat semasa mengetahui berkaitan penyakit arwah enam bulan lepas. Kesedihan menyelubungi diri pada saat itu.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015