29 May 2013

Perihal Pertunangan : 25 Mei 2013

Assalamualaikum..

Tanggal 25 Mei 2013.. tarikh bersejarah, detik penuh mendebarkan untuk adik bongsu kami kerana pada tarikh tersebut telah berlangsungnya ikatan pertunangan, ikatan janji 2 hati antara Hakim & Fira. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Semoga ikatan pertunangan Hakim & Fira, diberkati Allah hendaknya. Semoga Allah mempermudahkan segala kesulitan di alam pertunangan kalian. Semoga segala urusan persediaan untuk menghadapi majlis perkahwinan yang bakal dihadapi nanti juga dipermudahkan Allah, Insya Allah. Amin..amin..amin.. Ya Rabbil Alamin..

Untuk menentukan konsep dan tema hantaran pertunangan... Idea datang dari banyak pihak, idea abang digandingkan sedikit idea saya, maka terhasillah konsep "English Style". Terasa sangat seronok berimaginasi dalam menghasilkan hantaran pertunangan. Paling gembira apabila apa yang di imaginasikan terhasil elok di depan mata, hasil gotong royong bersama-sama [abang, kakak, kakak ipar, anak-anak saudara juga ayah]. Sangat best mengingat balik detik-detik ini. Alangkah bestnya jika arwah emak ada bersama tika dan saat gembira ini... Al-Fatihah untuk arwah emak tersayang.

Warna tema kali ini, purple pink dan putih.. tak jauh beza dengan warna sewaktu majlis merisik haritu.. =p Entah kenapa lah warna ini yang menjadi pilihan hati. Perlu difikirkan warna lain untuk majlis perkahwinan nanti.. Agar tak terasa sama dalam setiap acara.... =)

Nak tengok hantaran merisik lepas? 
Boleh tengok sini ye..... Perihal risik merisik : 09 Mac 2013

Mana tahu boleh menjadi idea kepada bakal-bakal pengantin kan... lagi-lagi sekarang dah bermula musim cuti sekolah, maka bermula lah juga musim nikah dan kahwin.. 

Jom saya kongsi perihal hantaran pertunangan, semua barang hantaran diletakkan di atas dulang bulat berkaki warna putih, kecuali sirih junjung dan kek. Seperti menjadi trend zaman sekarang penggunaan dulang ini untuk hantaran pertunangan mahupun perkahwinan. Nampak lebih up to date jika dibandingkan dengan dulang hantaran zaman dulu kala... Masih ingat dulang hantaran berkaki? dialaskan kain cantik berenda-renda atau bermanik-manik..? =) Saya juga menggunakan dulang itu sewaktu bertunang dan juga berkahwin dulu.. =p

Menggunakan fresh flower yang diorder khas dari kedai bunga di Kuala Terengganu. Sudah tentulah bunga-bunga bewarna pink, purple dan putih mengikut tema.. Di cucuk atas sponge basah dan dibalut dengan aluminium foil untuk menakung air di sponge basah bagi mengekalkan kesegaran bunga-bunga hidup tersebut.. Takde lah bila dah mengharungi perjalanan ke rumah pengantin bunga-bunga terkulai layu kan..

Simple aje... itu jelah...! hihi

Gubah bunga disekeliling hantaran elok-elok, kasi nampak kemas dan menarik dan letak je la segala hantaran elok-elok kat atas dulang tu. Barang hantaran tu pun main lipat aje..tak yah nak pikir bentuk kipas ke, buah ke, hand bag ke, katil kee... Lipat je macam lipat baju kat rumah tu, cuma pastikan lipatan adalah kemas.. satukan dengan pasangan masing-masing, dan ikat dengan tali pink. Yang lain-lain, susun sahaja mengikut citarasa dan kesesuaian.. cuma pastikan ianya kemas terletak. Maksud kemas terletak adalah tidak bergerak-gerak masa bawa hantaran nanti.

Dan sedikit final touch... ini dia!!!!




Sama seperti hantaran merisik tempoh hari, kali ini saya masih menggunakan khidmat Faeza. Nak tengok hasil kerja beliau yang kreatif... jom jenguk sini.. http://creativebytwo.blogspot.com dan juga sini.. http://brideinmaking.blogspot.com

Alhamdulillah, hasil kerja Faeza sangat menepati dengan apa yang saya inginkan. Saya cuma gambarkan bagaimana yang saya nak, warna yang saya nak...dan hasilnya sangat memuaskan. Siap Faeza bagi free berkeping-keping lagi. Cukup-cukup, dan sedang-sedang elok saya tampalkan depan dan belakang cake topper ini di atas sebatang lidi dan dibalut dengan salotape pink. Salotape eh..? Ke apa nama yang orang lilit lidi bunga telur tu... =p

Mengambil idea dari cake topper. Kali ini saya cuba untuk meletakkannya di atas barangan hantaran. Jadilah hantaran topper =p 

Imaginasi saya, hantaran ini akan menjadi sangat kiut. Dan sesudah siap... ye.. sangat kiut di mata saya, tapi tak pasti lah di mata orang lain. hihii... Menggunakan idea ini, terasa sangat sesuai dengan konsep English stylenya..

Sirih junjung

Cincin

Asam garam

Kek

Buah-buahan

Kain pasang & tudung

Kain sembahyang dan sejadah

Alhamdulillah... selesai sudah adat pertunangan, menandakan  bunga di taman telah ditanda orang. Tunggu masa untuk disunting.. dijadikan penyeri di istana kayangan.. wahhh.... ayat main petik tak ingat..! =)





Untuk Hakim, [ateh tahu Akim akan baca] jangan jadikan ikatan pertunangan, sebagai lesen besar dalam perhubungan ye... Ikatan pertunangan ini sebenarnya lesen yang tak laku pun. Pertunangan bukan satu ikatan yang menghalalkan yang haram. Jaga diri, jaga peribadi, jaga maruah keluarga.

Ingatan untuk bakal pasangan yang bakal bertunang di luar sana juga!

Untuk adik beradik anak-anak sedara yang membaca entry ini.. pesanan untuk semua..
12 bulan tu sangat pendek masanya.. Marilah kite bekerja sekuetnyoooo.... 

=) 


9 comments:

  1. adik diana yg ni ke sy jumpa ari tu ek?rasanya muka mcam yg ni...ke salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tini, betul dah tu yang Tini jumpa tu.. Sorang ni je la adik saya.. Tapi tak tau la kan..ada orang rupa cam dia dalam kampung tu...hihi...

      Delete
  2. tahniah kak...bakal dapat adik ipau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited tahu nak dapat adik ipar...leh ragging...
      kehkehkeh (Gelak jahat...=p)

      Delete
  3. wah cantik la gubahan hantaran ni Na,nnti masa DEE nak bertunang leh la Na bg idea kat kngah n klong ye...
    tahniah buat hakim dan fira....selamat bertunang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kak Ngah...boleh je berkongsi idea dan pendapat...
      Sama-sama buat...menjadi aje...

      Biler tu Ngah?? Suruh le cepat sikit adik kite tu menamatkan zaman bujangnye...hihiih

      Delete
  4. cantiknya kaler purple....I like...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015