29 May 2013

Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus

# Ini adalah sticky post sehingga 29 May 2013. Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah. Terima kasih =)

Assalamualaikum..

Nak joint?? Klik banner..


Sejujurnya saya suka keadaan rumah yang menjadi tempat berteduh siang dan malam itu, dalam berkeadaan bersih, tersusun, terurus. Secara tidak langsung hidup saya pun menjadi tenang..nyaman.. dan emosi menjadi stabil…
 
Tak kisah lah rumah sewa aje pun.
 
Rumah sewa yang saya duduk ni, mungkin ambil masa bertahun-tahun.. jadi saya tak akan biarkan keadaan rumah seadanya saja. Biarpun perlu memperuntukkan sedikit duit bagi menjadikan rumah, bersih, tersusun dan terurus!
Rumah sewa pertama, di entry ini [Rumah Sewa Pertama] biarpun sekadar pangsapuri kos rendah, rumah yang bersf kecil..namun dengan sentiasa memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus.. ianya adalah syurga bagi kami sekeluarga selama 2 tahun.
Rumah sewa kedua, biarpun sekadar apartment mampu milik, namun dengan memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus, ianya tetap menjadi baiti jannati kami..dari Julai 2011 hingga lah kini. Alhamdulillah.. Entry berkaitan, boleh baca di sini [Bilik Sikecil Ilham Mama & Papa].
Insya Allah, jika Allah izinkan mempunyai rumah sendiri satu hari nanti, sudah pastilah keadaannya haruslah bersih, tersusun dan terurus juga. Selain baik untuk kehidup yang tenang..nyaman.. Emosi menjadi stabil, bagus juga untuk tumbesaran anak-anak. Semoga mereka membesar dalam keadaan sihat dan berkualiti.
Jom jadikan rumahku, hidupku terurus! =)

 


14 comments:

  1. wahhhh SEMANGAT!! patot bagi menang ni!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkahakah...
      Fizah, patott! patottt! patottt!

      CC : Mama Lynd... kehkehkeh

      Delete
    2. hehehehe.. Saya pun harap Diana menang. Peserta pertama. terima kasih banyak2 sbb sokongan anda.

      Delete
    3. Harap-harap ada rezeki nak dapatkan buku idaman qalbu itu... =)

      Always support...

      Delete
  2. bagus nyer...
    aida part bersih tu ok...
    part tersusun and terurus tu yg ..... skit...
    tak sempat!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kekadang tak sempat Aida..
      Time rumah bersepah, berselerak...
      Kene terik nafasss panjang-panjang...cuba gak curi mood untuk susun balik, elok-elok... seperti kebiasaan..

      Rumah ada anak kecik, takkan boleh nak susunan sentiasa elok.. Lagi-lagi bilik mainan dia tu..

      Tapi sebab tak suka nak tengok keadaan tak tersusun dan tak terurus.. curi gak lah mood dan masa demi nak tengok keadaan kemas seperti asal... =)

      Salam kenal adianiez AIDA!!

      Delete
  3. Suka statement last paragraphs tu. Sangat tepat.Kalau kita pandai urus rumah dan hidupkita memang kita kan dapat kurangkan tekanan. Klau bandaing dulu ngan sekarang memang sangat berbeza hidup saya. Bila kurang stress, life lebih happy dan rumah lebih kems. Bila terlebih stress hapa pun tak jadi. Tak mana yang datang duly, hidup terurus the stress level or stress level yang menentukan hidup kita terurus ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strongly agree Mama Lynd..

      Kita yang patut menentukan, bagaimana hidup kita.
      Mahu yang negatif ka..? atau mahukan yang positif ka...?

      Semua itu pilihan diri sendiri.

      Delete
  4. Thanks Diana..follow my blog...good luck...mari kita mengemas hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Rizqin... jom kita mengemas =)!!!

      Delete
  5. Rasa nak lompat2 dapat jumpa diana balik...walaupun hanya di alam cyber..hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Intan...meh sama-sama lompat!! Saya pun teruja sangat dapat jumpa akak balik.. walaupun realitinya jauh...tapi kita dekat di alam blogger...kikikiki..

      Harap-harap leh jumpa akak dan anak-anak satu hari nanti...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015