07 May 2013

Cerita balik kampung @ PRU13

Assalamualaikum….
 
Dah 2 hari berlalu PRU13… Tapi cerita-cerita pasal politik terus-terusan kedengaran hingga ke hari ni…. Tak tahu bila nak abisnyer…. Tunggu lah sebulan dua lagi..nanti makin slow down la tu…..
Tak nak cerita dulu pasal hari mengundi… Nak bercerita pasal perjalanan balik mengundi dari Batu Caves ke Kuala Terengganu.
Setiap detik ada penceritaan… Sekadar berkongsi cerita… Takpe kan…. =p
Hari Jumaat minggu lepas, kat Batu Caves nih belah petang nyer hujan lebat sangat-sangat.. Sesetengah tempat yang longkang tak diselenggara dengan baik, dah naik air.. Jalan-jalan jangan cakap ar..jam terlampau dah.. Lagi-lagi waktu balik kerja petangnya tu….
 
Bimbang lah jugak, dengan cuaca yang tak berapa nak ok… bertambah kebimbangannya kalau-kalau fenomena jam di lebuhraya di musim “peRAYAan” jugak berlaku di musim “pilihanRAYA” nih kan.. Perjalanan yang sepatutnya 4~5 jam dah jadi 7~8 jam… abis le kematu montott…. Hihihih
 
Balik rumah dulu…kemas apa yang patut.. lepas solat magrib kami memulakan perjalanan ke Terengganu Darul Iman dengan Bismillah. Alhamdulillah..jam takde lah teruk sangat… Cuma kereta sangat lah banyak di highway. Beberapa tempat berlaku kemalangan kecil.. Alhamdulillah..bukan kemalangan maut…
En.suami bawak kereta slow dan steady je…
Sepanjang perjalanan…sangat meriah dengan penyokong-penyokong parti dengan kibaran bendera masing-masing tanda semangat yang berkibar-kibar agaknya..
Fuhhh sangat semangat mereka! Itu belum lagi jika berselisih dengan penyokong nan satu hijau putih.. “hon tanda sokongan!” Makan berhon-hon lah mereka di jalan raya. Bertali arus sambung menyambung honnya..
Tak kurang juga dengan penyokong biru putih..! Jumpa aje penyokong-penyokong yang seangkatan dengannya, maka berangkat-angkat tangan lah mereka tanda semangat kekitaan dan sokongan padu tak pernah kurang!
Perjalanan ke Terengganu Darul Iman kali ini rasa seronok lak.. rasa cerah mata-mata melihatkan bendera/poster pelbagai warna di kiri dan kanan jalan..



Jalan masuk ke kampung saya pun meriah dengan bendera-bendera menyambut kepulangan kami…. Oh Kampung ku.. tanah tempat membesarku…. Semoga PRU13 kali ini, menjanjikan yang tebaik untuk pembangunan di sini.


 


Sokongan saya pun tak pernah berbelah bagi! Undi siapa? Biarlah saya aje yang tahu...
kaannnnnnnn ‘_____’

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015