09 May 2013

Pembuangan undi @ PRU13

Assalamualaikum....
Alhamdulillah… selesai sudah menjalankan kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia di PRU13 [Amboii tak abes lagi entry pasal PRU13 ko...] =p

Ok..ok ini yang terakhir punyer... hihhii

Perjalanan saya untuk membuang undi dipermudahkan… Mengundi di awal pagi untuk mengelakkan beratur panjang.. dan saya beratur tak sampai pun 5 minit.. Tak sempat berpeluh pun hihi.. Cuaca disebelah paginya juga baik sampai lah ke tengah hari. Belah petangnya Allahuaklam tak dapat dipastikan sebab selepas Zohor dah bergerak pulang ke Batu Caves.  
Sepanjang saya di pusat mengundi, saya kagum dengan warga tua yang berkerusi roda! Walaupun dengan kesusahan dan kesulitan, tetap cekal dan tabah hati mereka keluar mengundi seawal pagi. Bagi menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Saluran mengundi saya adalah saluran 5..


Sebelum memangkah perlulah periksa I/C dan part yang tak best tu kene kotorkan kuku...
Abes biru kukuku.... hahahha..


Sebelum memangkah dan lagi kot snap gambar...kahkahakah..
Gementar sangat time nih...kot ada yang memerhati...tu yang gambar sedikit gegar... lawak lak rasanya.. Perasaan nak memangkah gaye cam berdebar nak ambik exam SPM je... =p

Memang perati betul-betul kat kertas undi nih..kot tersalah pangkah... hohoho


Meh saya kongsikan keputusan PRU13 untuk Dun dan Parlimen saya..

Dun Bukit Besi : En. Roslee Bin Daud [BN]
Parlimen Dungun : Ustaz Wan Hassan Bin Ramli [PAS]

=)
 
 
 

4 comments:

  1. Tahniah kak...sebab da jalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan aman. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuar bilik pembuangan undi dengan rasa..fuhhhhh...selesai tanggungjawab! hehehhe..

      Delete
  2. Menggigil gak ya.. sampai skrg che mid tak faham, macamana boleh ada undi rosak.. apakah yang terjadi pada kertas undi tersebut???? kan senang je ... pangkah je.. tapi masih ada yang rosak-rosak gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diluar pemikiran kita kan Che Mid...

      Tak tahu la camne, mungkin pangkah sampai terkena garisan ke... Pangkah tak kemas ke... Pangkah terlalu kecil sampai tak nampak ke... atau buah X dua kali ke... [XX] Excited sangat nak pangkah kan.... Atau pangkah luar kotak ke.. [pelik la plak kalo ada orang buat cam nih..hahhah], atau pangkah kat lambang parti ke.... haahaha... macam-macam la kot nyer...kan....?

      Yang pasti tak leh nak fikir camne undi rosak ni sebenarnya.... =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015