01 May 2013

01 Mei 2013 : Happy Labour Day!!

Assalamualaikum...

Update entry di pukul 2.15pagi di 01 Mei 2013..

Mata tak ngantuk langsung.... Mentang-mentang lah besok tak kerja, sakan lak mata saya berjaga =)

Selamat hari pekerja kepada semua pengunjung Apabilaazambercerita, kepada en.suami juga =p. Semoga segala kerja yang anda lakukan, mendapat keberkatan dan kesejahteraan dari-Nya. Tapi itupun bergantung kepada sejauh mana keikhlasan kita dalam  melakukan kerja tersebut. Jika ikhlas dalam setiap apa yang dibuat tanpa mengharapkan pujian dan ganjaran semata, jika nawaitu dalam kerja tidak terpesong ke arah yang tidak baik, alhamdulillah keberkatan dan kesejahteraanlah milik kita semua..Insya Allah..

Saya juga sedang cuba untuk buat yang terbaik dalam pekerjaan, cuba ikhlaskan apa yang dibuat, sentiasa bersangka baik dalam segala hal yang berlaku, cuba untuk tidak memandang setiap tugas yang diberikan itu satu bebanan, sebaliknya bersangka eloklah bahawa ianya adalah satu pembelajaran yang berterusan. Menerima setiap teguran dan kritikan, kerana dari sumber  itulah saya tahu di mana silap dan apa harus saya perbetulkan. Cuba kurangkan perkara yang "don't do" di tempat kerja... ada banya kot.... "_____" 
Insya Allah....

Dan banyak lagi sebenarnya......sungguh ada banyak!!

Harap-harap segala apa yang saya inginkan untuk meningkatkan mutu dan kualiti di dalam pekerjaan saya.. akan dipermudahkan hendaknya...

Selamat Hari Pekerja!!

Tingkatkan  kualiti.... tingkatkan prestasi... pasti anda pekerja yang berpotensi!




4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015