01 February 2013

Percutian Jan 2013 : Penang

Assalamualaikum...

Sambung cerita percutian..

27 Januari 2013

Sabtu pagi check-out dari hotel pepagi untuk ke Majlis perkahwinan kawan belajar kami  dulu kat Sg. Siput, pas itu ikut perancangannya terus lah nak balik ke Kuala Terengganu Darul Iman. Jauh rupenyer rumah pengantin nih... Dalam pukul 3.30pm baru siap makan segala dan bergerak dari situ. Nanak dah buat perangai, dan kami pun dah penat teramat. Sangat-sangat penat!

Update tentang kelancaran urusan jenazah kat kampung. Alhamdulillah ayah kata semua sudah siap sempurna.. Cuma kesedihan anak-anak memang takkan dapat hilang sekelip mata....

Kata ayah, tak yah lah kami rushing dari Ipoh ke Kuala Terengganu sebab semua urusan sudah selesai. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, In Shaa Allah, akan sampai kepada arwah. Memandangkan perjalanan tersangat lah jauh, mengambil masa 8-9 jam... So, kami berfikir-fikir balik +,-,*,/ semua.. dan kami bersetuju untuk meneruskan perancangan asal untuk ke Penang, walaupun kesedihan tetap mengiringi perjalanan. 

Perancangan kami tidak berjalan seperti yang diaturkan rupanya..

Perjalanan Ipoh ke Penang hanya mengambil masa dalam 2 jam je... Masuk kete terus membute..sedar-sedar dah atas jambatan Pulau Pinang... :-)


Kami sampai di Penang dan disambut oleh kawan belajar dulu, Achik.. Orang kelantan yang dah cakap Penang..hahha.. Kami tak leh terima kenyataan itu :-)

Kami check-in kat Tune Hotel DownTown Penang. Hotel yang ok..sangat selesa.. Berada di tengah-tengah bandar Penang... Sedikit crouded untuk mencari parking..arrghhh... Bila dah Thaipusam ni..kemana-mana saja kami, berhadapan dengan jam jugak... adeehhh...
Terima lah hakikat ini....


Letak luggage je pun... Terus keluar balik sebab Achik dah menunggu kat bawah, nak bawak kami jalan-jalan round Penang..

Taman Kota Lama


Ramai orang kat sini... santai-santai menunggu senja melabuhkan tirainya.. Memang cantik pemandangan petang kat sini... Ditambah lagi keindahan laut terbentang luas..saujana mata memandang. Tak nampak lak ada orang mandi manda...mungkin kawasan ini dilarang mandi kot..



Kat sini ada medan selera yang best!! Banyak sangat gerai jualan. Semua makanan yang wajib makan jika ke Penang, ada di sini. Mampu atau tidak je nak makan semua... =) Duduk je kat situ, berduyun-duyun yang datang tanya nak order apa.. Macam nak gaduh pun ada... hihi.. kami dah biasa macam ni.. bukan kat Penang aje macam ni, kat food court Pertama Complex pun camnih ha...


Bila dah mai penang.. saya dan en.suami nak merasa pasemboq le dulu....
Satu pinggan penuh dah memadai untuk dikongsi berdua.. RM10.00 sepinggan. Rasanya? Owhhh...sedap!! Memang sedap.. Achik dah kawannya order laksa penang, dan anak saudara Achik mee goreng..


Hammer Bay

Sebelah malamnya kami ke Hammer Bay.


Kat sini adalah syorga ikan bakar.. Banyak kedai makan yang rata-rata menu adalah lebih kurang aje.. Bakar-bakar, goreng-goreng... Pandai-pandai pilih la nak rasa yang mana..  Banyak pilihan...ada ikan, ketam, sotong, udang...nak kecik, nak besar...semua ada.. Nak fresh dari akuarium pun ada... Khabaq mai ja nak mana satu. Gerenti sedap punya... :-)


Kami makan kat Kedai Seri Pantai Ikan Bakar.


Sebab petang tadi dah makan pasemboq..perut memang masih full... Tapi Achik bersungguh-sungguh seikhlas hati nak belanja kami makan ikan bakar..., kami ikutkan aje.. Bukan senang Achik nak belanjakan kan Achik? [Sila senyum..aku tahu ko akan bace nih] Ngeh...ngeh...ngeh..

Kami makan Ikan siakap bakar, Ikan kembong bakar, kerang bakar, sotong bakar untuk anak sedara Achik, Udang celop tepung [tak sampai-sampai, dan akhirnya kami cancel aje..] Tea "O" ais se-jag.. Kenyang yang amat sangat... Makan bersila atas pondok ditepi bot-bot nelayan...feeling macam duduk kampung jap... best...... Nanak sangat teruja dengan suasana ini..lagi-lagi ditambah dengan bunyi kapal terbang yang baru berlepas....


Kat sini pemandangan tersangat lah cantik... Kreatif betul diorang nih. Dengan menggunakan pipe-pipe air putih..diukir gambar bunga dan daun-daun... disembur cat yang berwarna-warni... Bila lampu kalimantang yang diletakkan di dalam pipe dipasang, terserlah lah kecantikkan yang amat sangat...


Kini, saya akui penggunaan pipe-pipe bukan hanya semata-mata untuk laluan air sahaja.. Tapi boleh jugak dijadikan idea dekorasi.... Mengindahkan suasana malam yang gelap menjadi cantik dan menarik.... Bijak..bijak..

Siap makan kami bergerak ke bandar Penang meround-round keindahan malam di sini. Jalan yang sangat sempit kat Penang ni, menjadikan ke mana pun kami pergi adalah jam. Sabar aje lah... Tapi tak rasa tension macam kat KL pulak...mungkin sebab otak dah setting mau jalan-jalan menikmati setiap detik percutian di tempat orang... ye...mungkin la..

Kami sempat jugak pusing-pusing kat Kedai Nasi Kandar Berator... Ye memang panjang sangat barisannya.... Kus semangat saya tengok..Tapi sebab perut pun memang dah kenyang sangat... kami jalan-jalan cuci mata aje la.. Plannya malam esok baru nak merasa Nasi Kandar Beratur yang menjadi bualan ramai tentang kesedapannya ni...

Lepas tu decide nak pergi Batu Feringgi. Saje jalan-jalan... Tapi disebabkan jam yang terlampau....terlampau sangat!! Kami cancel je pergi... Pusing balik.. terus ke Tune Hotel... Drop Achik kat kereta dia.... dan kami berpisah disitu..

Thanks tau Achik..sebab jadi tour guide tak berbayar kitorang. Jasamu sangat dihargai.. Terima kasih jugak sebab belanja kitorang ikan bakar ye... Tq..tq..tq..

Malam pertama kami di Penang, tidur tak sedar diri masing-masing akibat kepenatan yang terlampau...

Tapi seronok! :-)

28 Januari 2013

Bangun pagi saya sakit perut.... hahha..makan banyak sangat kot..kihkihkihkihk
En.suami ke 7eleven carik ubat pocai... Jadinya tengah hari jugak la kami keluar. Destinasi  seterusnya hari ni adalah ke..

Bukit Bendera





Kali pertama saya pernah jejaki bukit bendera ni adalah masa 1996, mase tuh darjah enam dengan rombongan sekolah. Bila pergi untuk kali kedua ni... dah mak-mak orang dah pun... terasa memang sangat berbeza Bukit Bendera dulu dan sekarang.

Satu tips pada siapa-siapa yang merancang untuk ke Bukit Bendera, kalau korang nak parking kereta, laluan belakang ke Bukit Bendera.. kalau nampak sorang uncle ni melambai-lambai tunjukkan tempat parking kat korang... abaikan  aje lah pakcik tu... Teruskan aje sampai ke atas bukit dan kat situ adalah parking berbayar yang memang di bawah kendalian pihak pengurusan Bukit Bendera. Dekat aje dengan stesen kereta api untuk naik ke Bukit Bendera.

Kami terparking kat Pakcik yang tu.. RM4.00 sekali parking. Parking tepi jalan je pun...dan tak dijamin keselamatan kereta. Lagi lak terpaksa menapak jauh naik bukit untuk ke stesen keretapi. Penat sangat..lagi-lagi terpaksa bergilir-gilir berdukung nanak yang tak nak berjalan sebab kepenatan. Kecewa sangat kami bila parking kat atas tu banyak yang masih kosong lagi...



Korang tahu tak keretapi untuk naik ke Bukit Bendera telah diupgrade? Saya pun baru tahu. Tak pasti lak tahun bile keretapi ini diupgrade... Yang lama dulu keretapi warna merah.. Yang baru sekarang dah berwarna biru. Perjalanan menaiki Bukit Bendera sangat lah laju... Series laju sangat..dan tak terasa pun gegeran-gegaran yang menakutkan tak seperti masa keretapi lama dulu.. Walaupun terpaksa bersesak-sesak...tapi amatlah selesa. Bagi sapa-sapa yang ada anak kecil macam saya ni, confirmlah akan dapat duduk. Rakyat Malaysia tersangatlah prihatin..=)



Kat atas Bukit Bendera, menikmati pemandangan Pulau Pinang saujana mata memandang.. Astaqfirullahalazim.. Maha suci Allah yang menciptakan pemandangan yang maha indah. Teruja seketika mengamati kebesaran Allah yang maha agung, maha pencipta segala di langit serta di bumi. Alhamdulillah...



Sebab belum breakfast, en.suami  ajak  brunch kat food court. Keadaan di situ tersangatlah selesa. Berbeza dari dulu. Pelbagai pilihan makanan ada dijual disitu. Hargapun berpatutan. En.suami dengan nasi gorengnye..kongsi dengan nanak.. dan saya mushroom soup aje.. takut perut meragam kalo makan tak ingat pulak... =)

Bagi yang ingin mencari souvenir  untuk dibawa pulang, memang banyak terdapat di situ. Harganya pun standard harga kat bawah sane jugak.. Seperti biasa fridge magnetic lah pilihan hati..menambah koleksi..



Batu Feringgi

Tempat yang mesti pergi  kalau ke Pinang. Batu Feringgi yang pantainya sangat cantik... Setanding la dengan pantai-pantai belah pantai timur...Nak jugak...=)





Kami ke sini tak mandi pun..jalan-jalan carik makan aje..sambil menikmati angin laut sepoi-sepoi bahasa...dengan keindahan pantainya...

Menu tepi pantai, petang-petang ni...saya mau rasa laksa Penang dia... sedapp..... en.suami lak nasi putih set ikan bawal. Sedap jugak..... Nanak kecil saya tu..saya suap nasi ayam.. nak abis sepinggan dia makan...maknanya sedap la tu.... Makan-makan kat gerai tepi pantai ni..kami bagi berbintang-bintang sebab makanan dia adalah Sedap!



Sekejap je kami kat Batu Feringgi... siap makan.. plan nak jalan-jalan kat Queensbay lak..

Queensbay

Kat sini pun adalah tempat melepak petang-petang sambil makan-makan disepanjang pantai... Banyak lori-lori menjaja makanan, gerai-gerai kecil yang menjual beraneka makanan... Pendek kata nak makan apa, di Queensbay semua ada.. dari makanan ringan hinggalah makanan sedikit berat... 



Kami pun  makan-makan juga, en.suami pekena laksa penang.. saya mencuba jagung bakar dan jagung gelas yang best! Eh serious best tau.... memang sedap tak seperti yang biasa beli kat kl nun... Sebab perut dah terlampau kenyang.... takde la saya repeat order...=)



Balik Pulau

Matahari terbenam je..kami meneruskan perjalanan ke Balik Pulau. Nak berkunjung ke rumah kawan baik zaman sekolah en.suami. alang-alang dah ke Penang untuk bercuti, elok la berkunjung ke rumah kawan-kawan sekali.. Kalau tak, tak merasa dah nak ziarah menziarahi ni kan... jauh nau KL - Penang... 

Khilfi Eusoff berjumpa ngan Muhammad Thaqif... Sempat lah menangis sekali dua, berebut mainan... =) Thaqif dah besar dah.....  Last jumpa dulu masih lagi baby-baby dulu... Dah makin pandai dan bijak... 



Sekejap je pun berborak-borak... Minta izin untuk beredar... Sebab ada lagi lokasi  lain untuk dilawati.....

Nasi kandar Beratur

Kami sampai betul-betul di hadapan kedai ni dalam pukul  10.00 malam. Memang sudah maklum kedai ini dibuka pada pukul 10.00 malam. Jika sampai awal, terpaksalah menunggu lama. Nampak dua, tiga orang pekerja sedang membersihkan kawasan kedai. Dalam hati saya, mungkin diorang  baru nak buka kedai.. nak start berniaga perlulah kemas kan dulu mana yang patut.

sangkaan meleset! Isnin malam merupakan hari cuti untuk Kedai Nasi Kandar Beratur. Bukan kami aje yang kecewa. Ramai yang sama seperti kami menunggu kedai buka untuk beratur, tapi pulang dengan kecewa sebab kedai tutup. Tapi memang sangat kecewa! Tak merasa lah kami makan nasi kandar di sini. Kecewa...kecewa..kecewa!!

Kalau ada yang merancang nak makan di kedai Nasi Kandar Beratur... ingat yer jangan pergi Isnin malam. Sebab kedai tutup!

Encik suami, pusing-pusing bandar Penang... mencari kedai nasi kandar. Tapi tak berjumpa lak mana-mana kedai tu... Pusing-pusing.. jumpa jam..pusing-pusing, jumpa jam lagi.. lastnya kami decide untuk balik hotel sebab dah terlampau penat. 

Sampai je kat hotel..mau cari parking.. jalan jam sebab ada sambutan Thaipusam betul-betul berhadapan dengan Tune Hotel. Dengan muzik yang sangat kuat.. tarian yang macam-macam..seronok betul diorang.. Dengan acara baling kelapanya....haisshhh...kami pening kepala.. Nanak cam takut dengan keadaan berserabut gitu..

Malam ke-2 kami di Penang... tidur tak sedar apa-apa dah... Sayup-sayup dengar bunyi gendang sambutan Thaipusam. Tapi semua itu dah takde hal la... Letih yang tak terkata..

29 Januari 2013

Yasmeen Restoran

Sebab kempunan nasi kandar Beratur, kami checkout hotel pukul 11.00 pagi terus pusing-pusing cari kedai nasi kandar. Ingat nak merasa kat Kedai Nasi Kandar Line Clear..., tapi tutup..so, makan je lah kat Yasmeen Restoran betul-betul bersebelahan dengan Kedai Nasi Kandar Line Clear...Tak kisah  lah kedai apa pun..janji sebelum balik mau penena nasi kandar dulu seround...


Best jugak laa... kene la dengan selera saya dan en.suami... Ayam gulai+sotong gulai+telur sebiji.. Kenyang Alhamdulillah.. En.suami lak sepinggan nasi  kandar... dah abis makan tersandar..kihkihkih

Pasar Chowrasta

Singgah kat Pasar Chowrasta mencari jeruk. beli la sikit untuk pengasuh Eusoff dan sikit untuk en.suami bawa ke office dia. Tu aje... tak terniat pun nak beli untuk makan-makan kat rumah sebab macam tak terliur sangat pun..


Penang Port


Masa untuk pulang.. Waktu datang Penang lalu kot jambatan. So, balik dari Penang kami decide untuk balik melalui feri je. Nak merasai macam mana  rasa naik feri kan.. Biasa je... macam naik feri je lah hahahah..... Banyak gak lah kenderaan yang boleh naik satu feri tu... Kagum lak rasa...hihiih... Ramai je orang yang naik feri, dan diorang takde la nak keluar dari kenderaan macam yang kami buat. Keluar kereta bergambar seround dua...kihkihkih.. Cam jakun je... 

Mungkin diorang orang Penang... tak la rasa excited macam mana kami rasa kan? hihih

Sekejap je perjalan melalui feri.... 1/2 jam je kot... berbaloi-baloi...tanpa melalui jalan yang penuh kenderaan, dan tak jam pun! lagi berbaloi ianya adalah free! Takyah bayar pun...

Terus kami masuk highway ke Kuala Lumpur.... Batu Caves!! Kami pulang =)
Pulang dengan kempunan tak merasa Char Kuey Teow Penang.... 

Selamat tinggal Penang.. Percutian yang sangat best walau dalam hati kami setiap masa masih lagi bersedih dengan kehilangan emak sepupu di kampung...Al-Fatihah..

Selamat tinggal Achik.. Selamat tinggal Thaqif...
Lain kali jumpa lagi... =)

#Penat owh buat entry 3 hari 2 malam... Malas ar nak berepisod-episod bagai....
Untuk kenangan kami di tahun 2013 =)


2 comments:

  1. wah....bestnye...bnyknye jalan2 kat penang..bnyk tempat diana p ea kat sana..jelous tngk gmbo2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best gak ar... Sebab ni adalah second time pg sana...
      First pergi zaman budak-budak dulu...

      En.suami suke nau berjalan sebab tu dia ajak pergi semua tempat.. Tapi tu tak semua dapat pergi sebab masa pendek sangat...

      Ajak arr Acong pegi... Ajak saya sekali...jom kiter bercuti bersama-sama..mesti sonok nyer...=)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015