06 February 2013

Cubaan berani pertama nanak

Assalamualaikum...
Tiap-tiap hari bercerita pasal Khilfi Eusoff... Tak pernah jemu... jauh sekali kekeringan idea untuk menulis... Bila teringatkan wajah mulus, suci bersih itu, idea datang mencurah-curah...terlalu banyak idea untuk ditulis. Jangan ada yang boring membaca sudah lah ye....?
Sebolehnya sebanyak mungkin saya mahu menulis akan detik-detik tumbesaran nanak. Biar di sini tertulis segala memori. Suka, duka, bahagia, derita... biarlah terpahat kukuh di sini. Blog biasa yang tak punyer apa-apa... Namun di sini terkandung cerita bahagia kami sekeluarga.
Tidak salah untuk sebuah perkongsian.. Biar kita sama-sama merasai kegembiraan.
Tak gitu....?
Ok lah intro yang panjang nau kan...? hihiihih..
Bila anak dah menjangkau umur 3 tahun... terasa perbezaannya berbanding umur sebelumnya. Perbezaan dari segi apa?
Gambar di bawah menerangkan segala-galanya... =p
Kalo dulu nanak tak seberani kini. Takde pun cubaan panjat memanjat.. duduk elok aje di sofa tu sambil tengok tv. Jarang-jarang sekali berdiri meniti kat sofa. Tu pun berdiri sambil berhati-hati.. Takut jatuh la... Biasa la..baby-baby...
Sekarang, tengok betapa beraninya si nanak kecil nih. Cubaan pertama nanak memanjat setinggi ini nak tutupkan lampu ngan kipas.. ye lah dah besar panjang... Memang nanak tak tinggi untuk terus sampai nak switch on/off lampu,kipas.. Tapi nanak ada caranya.. Cara yang sikit merbahaya kalau tanpa pengawasan mama  dan papa...

Nampak jugak kat sini "Dimana ada kesungguhan, disitu ada jalan" kan..? Tapi....
Alahaiii nanak..
Kekadang, rasa marah datang bila nanak memanjat-manjat camni.. Bahaya kan?? Bila dilarang buat tak dengar je.... Mula la mama rasa naik angin tanpa dijangka.. Kurang sabar saya nih sebenarnya... Bila anak dah makin melasak cenggini... isshhkk..
....................................................................................................................................
Ya Allah..
Berikanlah aku kesabaran dalam mendidik Khilfi Eusoff...
Peliharakanlah tangan ini dari memukul dengan kekerasan anak kecil ini,
Peliharakanlah mulut ini dari marah yang tidak terkawal oleh emosi
Sesungguhnya aku insan yang serba kekurangan,
Kebergantunganku hanya pada-Mu Ya Allah.
Tunjukkan ku jalan, permudahkan laluan..
Amin...
....................................................................................................................................
Sabo aje laaa... =)

2 comments:

  1. lelaki biasa la panjat memanjat tu..hero kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero... tapi.. huhuuhuuhhu
      [Mama tak gemor ler..=p]

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015