Assalamualaikum..
Jarang-jarang sekali dapat review tempat makan best. Sebab biasanya tempat makan yang saya dan en.suami pergi adalah biasa-biasa je.... Tak perlu rasanya nak tepek entry bagai...
Jarang-jarang sekali dapat review tempat makan best. Sebab biasanya tempat makan yang saya dan en.suami pergi adalah biasa-biasa je.... Tak perlu rasanya nak tepek entry bagai...
Kali ini saya nak citer satu tempat makan yang boleh diketegorikan best gak arrr...
Saba Restaurant, Cyberjaya.... Atau senang citer restoran yang menyajikan juadah istimewa dari timur tengah. Bagi peminat nasi arab moh la terjah ke sini!
Ada dua cawangan Saba Restoran nih.. Satu kat Cyberjaya, dan lagi satu kat Setiawangsa.
Ada dua cawangan Saba Restoran nih.. Satu kat Cyberjaya, dan lagi satu kat Setiawangsa.
Nak tahu lebih detail? Jom pakat-pakat lawatilah laman sesawang restoran nih http://www.sabaholdings.com.my -.....semua maklumat di hujung jari jer...
Alkisahnya pergi sebab ada orang belanja... Terima kasih lah abangku sayang... Dapat bonus berbolan-bolan... Memang wajib belanja arrr... kan? kan? kan? =) En.suami yang tengah hachoom-hacchoom pun sesampai je sane, dapat sepinggan besar Mandy Chicken, hilang hachoomnyer... Eh! elok pulak yer..? kehkehkehekhe
Alkisahnya pergi sebab ada orang belanja... Terima kasih lah abangku sayang... Dapat bonus berbolan-bolan... Memang wajib belanja arrr... kan? kan? kan? =) En.suami yang tengah hachoom-hacchoom pun sesampai je sane, dapat sepinggan besar Mandy Chicken, hilang hachoomnyer... Eh! elok pulak yer..? kehkehkehekhe
Harga kat sini, boleh diketegorikan seperti ok..ok jugak... tidak terlampau mahal..dan takdelah terlampau murah.. orang kata harga mampu bayar gitu... Tapi kalau order tak hengat... total semua mahal gak la.... Yang penting jangan rambang mata kalau datang mase lapar. huhu..
Jom tengok apekebendernyer kami order...,
Mandy Chicken
Ayam yang dibakar dengan ramuan istimewa, dihidang bersama nasi..[portion besar sangat-sangat, makan sorang takkan abes], diberi juga sebekas kecil lada...
Mandy Lamb
Kambing yang dibakar dengan ramuan istimewa, dihidang bersama nasi..[portion nasi tidak sebesar nasi Mandy Chicken kerana kambing diletakkan di bawah-bawah nasi], diberi juga sebekas kecil lada. Rasanya abang tambah order sepinggan daging kambing lagi... Mentekedarah tak ingat....=p Abang, last day eh? kihkihkih
Chicken Chop
Ayam bahagian peha tanpa tulang digoreng sempurna.. Dihidangkan bersama roti arab, french fries dan mayonnis. Uniknya diletakkan sepotong lemon dan sebiji cili hijau yang segar bugar. Boleh dimakan juga bagi yang suka.. Chicken Chop tanpa kuah terasa tak sempurna kan..kering kontang.. Bagi yang suka berkuah mungkin boleh tambah order mushroom cream soup, chicken cream soup ataupun lamb soup kot.. Tapi saye tak tambah ape-ape..
Mix Barbeque
Campuran daging lembu, kambing dan ayam [diproses dengan ramuan istimewa] yang dibakar. Dihidang bersama french fries, roti arab dan mayonnis.
Lamb Kebab
Daging kambing yang di diproses dengan ramuan istimewa, dibakar sempurna. Dihidangkan bersama french fries, roti arab dan mayonnis.
Chicken Kebab Sandwich
Daging ayam yang dimarinated digulung dengan roti arab bersama sedikit french fries dan mayonnis. [Gambar bungkusan je lah....]
Overall... ok la kot.. en.suami ngan abang komen sedap!!.. Tapi sedap lagi makan nasi arab kat Al-Zahara Restoran. Untuk portion hidangan Mandy Chicken nih...lagi banyak kat sini lah.. Yelah setiap restoran mempunyai speciality masing-masing arr.. Takkan sama nyer..
Untuk makanan-makanan selain nasi.... bagi saya sedap je.. Cuma presentationnya sama je mana-mana hidangan. Makanan terasa kering... especially Chicken Chop. Kan best kalau berkuah sikit..? Untuk hidangan bukan nasi kat atas tuh... Kami mengumpul 3 biji cili hijau yang segar bugar, 3 hirisan lemon yang fresh...hihi.. Tapau bawak balik masak gulai kakak ipar saya kata..kihkih
Oleh sebab saya tak makan daging kambing, dan saya juga tak makan nasi..tak leh la komen lebih-lebih untuk makanan tersebut... Saya makan chicken chop je.. Rasa gak ar secubit dua ayam Mandy Chicken tuh..dan rasa gak arr... daging lembu Mix Barbeque tuh..
Rasanya?? Makan sikit-sikit tak leh nak komen banyak... mmm.. rasanya? Sedap... =)
Tapi kan...bila tengok balik setiap menu dalam laman sesawang yang saya dah link kat atas tu... gambar hidangan dia ada sikit sayur-sayur hijau.... Tapi yang real punyer yillek! Tak dok pung!! Mungkin lah diganti dengan sebiji lada hijau dan sepotong lemon tu kot.. hagaknya lahhh..
Alhamdulillah kenyang sangat.. Terima kasih la sebab belanja ye abang..? Usha-usha masa dok membayar dalam RM150++ gak... hihi..Tq..tq..
Yang tak abis makan boleh tapau bawak balik.. Bagus betul bekas tapau die.. Senang dan menarik.. Nak panaskan sok, mungkin leh terus masuk microvawe je....
Bagi yang teringin merasai juadah istimewa di Saba Restoran nih.... jom..! jom!..jom!
Cume sebelum pergi tu ce baca SINI. Bende yang jangan buat kalau datang makan kat sini..
Ada jugakkk....
wow lov sukeeee mkn dagen2 nih..mmg sessuai..ntila kalo ada kelapangan kesana..
ReplyDeletelg cpt kalo asda org belanja.. heheheh
-ckp mcm jao je kan- :P
Lov duk area-area Cyberjaya eh...
DeleteBoleh le tiap-tiap bulan makan sini..hihi...