04 November 2013

Jom baca doa akhir tahun dan doa awal tahun

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Besok sudah 01 Muharram 1435H... Jom sama-sama kita mengakhiri 1 tahun yang lalu dengan bacaan doa akhir tahun (dibaca selepas Asar, sebelum maghrib) dan jom sama-sama kita lalui tahun baru yang bakal menjelang esok dengan bacaan doa awal tahun baru (dibaca selepas maghrib)

Semoga Allah memberkati dan merahmati segala amalan baik yang telah dilakukan pada tahun yang lalu...dan semoga Allah memberkati dan merahmati hidup kita di tahun yang bakal mendatang juga, Insya Allah..

Semoga tahun yang bakal menjelang jauh lebih baik dan sempurna dari yang telah berlalu...

27 October 2013

Layan perasaan di East Coast Mall, Kuantan

Assalamualaikum....
Bersiaran langsung dari bandar Kuantan.. =)
Penat pusing-pusing satu East Coast Mall cari mainan untuk Eusoff... tak banyak pilihan mainan sesuai seperti yang kami nak dengan harga yang berpatutan.. Ada yang berkenan, mahal ya ampun...so selagi boleh.. berdalih... berdalih dulu la... cian si Eusoff..
Dah mengamuk sakan tak dapat mainan yang dia nak..... maka habuan yang Eusoff dapat adalah ais krim... Boleh laa...asalkan nanak senyap...

26 October 2013

Kegembiraan hujung minggu Eusoff.. =)

Assalamualaikum..

Entry nak meminimumkan kata-kata..hihihi..
Mood happy sebenarnya, tengah siap-siap untuk memulakan perjalanan bercuti ke Kuantan.. Bercuti sambil ada beberapa tujuan lain.. bersama-sama menyambut kelahiran baby boy; anak kakak saya, dan ada tugasan kerja menanti en.suami di Kuantan. Memanfaatkan cuti hujung minggu di tempat orang sekali sekala sangat lah best!

Ini kegembiraan Khilfi Eusoff hujung minggu yang lepas  bila atok-atok, wan, Pak De, Pak Usu, Mak Ngah, Uncle, Along, Abg Aish datang rumah. Hujung minggu yang sangat best untuk Khilfi Eusoff.

Mak Ngah, 
bile semua dah balik.... macam biasa la, mengamuk.. menangis lah Khilfi Eusoff, "nak ikut gak!!" katanya sambil melalak..hihii

Main tembak-tembak ngan along..

Walaweyy..walaweyy... tak "merasa" masa kecil... dah tua basikal anak pun boleyy la..hahaha

Abang Aish,caye tumpang naik  ye..

Kenyang  perut suka hati.. lalalala


Deretan  jejaka-jejaka idaman malaya...

Atok pun teringin nak naik traktor Eusoff..hahah

Biasa buat muke tu tanda kenyang sangat dah!

Nak plak main dengan  atok..

Best friend  forever..

Bila dah semua balik...terasa sunyi sungguh rumah... =( 
Datang la lagi.....





23 October 2013

Buang mainan rosak untuk keselamatan intan payung tersayang

Assalamualaikum...

Hasrat yang membara dari Jumaat minggu lepas sudah terlaksana  malam ni.. =)

Gara-gara kejadian yang tiba-tiba berlaku kat Khilfi Eusoff.

Dapat  call  dari en.suami,  Khilfi Eusoff  luka di bahagian atas mata kanan, dah besar panjang ni nanak dah pandai naik sofa, buat terjun tiruk dari sofa  rumah ibu  pengasuhnya. Saat terjatuh tu,  kebetulan kat tangan nanak tengah pegang robot mainan yang  boleh bertukar jadi  kereta. Mainan tu dah rosak pun, hilang tayar sebelah... tangan robot pun dah tercabut. Ada bahagian yang tajam pada mainan tu. Mata Khilfi Eusoff luka sebab  tercucuk mainan yang tajam tu ler.... Alhamdulillah tak kene betul-betul pada mata.. Nauzubillah..


En.suami call dalam pukul 10.00 pagi hari Jumaat tu. Terkejut sungguh saya tapi  tak leh nak buat apa, sebab takde kereta. Terus call pengasuh Eusoff dan dia kata tak yah bimbang, sebab luka kecil je.. berdarah sikit dan bengkak sikit tempat yang  luka. Dia dah bersihkan luka, letakkan ubat.. Waktu tengah bercakap dengan pengasuh Eusoff tu..memang luluh hati saya dengar Eusoff menangis kuat yang amat... menangis sakit... boleh jadi jugak menangis takut ubat...hihihih

Pengasuh Eusoff dah tak  bagi kami benarkan Eusoff  bawa mainan.. bimbang hal macam ni terjadi  lagi.. Bahaya.... agaknya  dia  pun tak  nak tanggung risiko, jika berlaku perkara macam  ni lagi...

Rentetan dari  hal ini lah..maka malam ni saya berjaya mengasingkan sejumlah besar mainan Eusoff yang telah rosak, kereta hilang tayar.. robot tercabut kepala, tangan kaki segala, mainan yang dah pecah sikit-sikit pun..... mainan-mainan  kecik, halus-halus juga..  yang tak tahu apa bende mainan dah pun.... Paling penting mainan-mainan tajam yang boleh membahayakan nanak kasi  asing  semua  untuk  dibuang.

Daripada dua biji bekas mainan ini...


Dapat satu plastik mainan yang dah rosak.. tunggu masa untuk dibuang besok pagi..


Sudahnya nampak surut lah sikit mainan Eusoff yang sebelum tu menimbun-nimbun. Perancangan nak mengasing mana yang dah rosak untuk dibuang  tu memang dah lama, cuma takde masa. Bila dah jadi kes macam ni  memang tak nak tunggu dah. Jadi ape-ape kat anak kesayangan tu.. sesal sepanjang hayat kan..?

Sebelum ni saya pernah berkongsi nanak luka di bahagian bawah mata kanan di sini, Sediakan payung sebelum hujan untuk intan payung tersayang

Aiiiii....  semua kes tang mata ni..bimbang sungguh saya.

Harap-harap takde lagi dah jadi  bende macam ni.. takut  wehhhhh...

Makin besar nanak potensi  nak dapat sakit makin besar jugak...al-maklumlah makin lasak!

=p



19 October 2013

Bacaan Yassin bersempena bulan kelahiran - Oct 2013

Assalamualaikum...

Nak bercerita perihal balik bercuti sempena Hari Raya Aidiladha bebaru ni. Kurang bermakna rasanya Hari Raya  Aidiladha tanpa  ada sorang pun dalam  keluarga  yang bekorban lembu, kerbau, kambing, biri-biri mahupun ayam sekalipun. Kebetulan pula tiada yang bekorban... jadinya raya kami, ada aktiviti lain yang telah dirancang. 

Balik dari sembahyang  raya, biasanya  sudah sibuk ke  tempat penyembelihan  bagi kaum lelaki.  Tapi kali ini balik dari sembahyang raya, kami adik  beradik, anak-anak saudara, menapak beramai-ramai ke  pusara bonda/atok. Ramai-ramai bacakan Yassin untuk  arwah emak/atok tersayang, bersempena bulan kelahiran arwah Oktober 2013



Ada sendu  di  hati kami tika mengunjungi  pusara arwah. Makin lama arwah meninggalkan kami,  terasa makin hijau rasa  rindu kami padanya. Bila membayangkan wajah dan senyuman emak, terasa  baru semalam  mengucup lembut kedua-dua pipinya.. mendakap erat tubuh emak.



Biarpun sudah 1 tahun 1 bulan arwah emak meninggalkan kami, ingatan cucu-cucu pada arwah tak pernah kurang. Kadang saya suka bercerita tentang betapa atok amat sayangkan cucu-cucunya. Betapa atok amat merindui cucu-cucunya sewaktu hayatnya, betapa atok menunggu kepulangan cucu-cucu setiap kali  hujung minggu. Betapa dulu atok cuba untuk menjadi pelindung kepada cucu-cucu tika dimarah ibu ayah sendiri.

Setiap kali bercerita ada esak tangis yang buat saya sendiri pun  berderai air mata. 


Angah, Adam Mukhriz [Baju melayu biru] yang dulu jika buat perangai.. hanya  atok lah yang mampu memujuk. Angah pasti tewas dengan pujukan atok. Sewaktu atok menghembuskan nafas terakhir, angah seolah hilang "teman".. Sampai  ke  hari ini pun, tiap kali ke pusara atok, angah wajib mengalirkan air mata. 



Tika arwah emak pergi, si kecil ini berumur 1 tahun 11 bulan. Jarang sangat berjumpa arwah atok. Setahun boleh kira dengan jari sebelah sahaja balik kampung Terengganu. Balik pun Eusoff jual mahal sungguh dengan atok dan aki. Tapi setiap malam memang Eusoff akan dapat dengar suara atok dan aki bercakap dengan dia melaui telefon.. setiap malam....

Surprise nya kami...  Khilfi Eusoff masih mengenali  arwah emak apabila ditunjukkan gambar arwah.. Bila ditanya ini siapa......

"Atok" jawabnya... =)

Harap kenangan Khilfi Eusoff bersama atok walaupun sekejap  cuma, akan sentiasa terpahat kukuh di memori ingatannya.. Insya Allah..

Teringat sewaktu bercakap  dengan arwah emak sebelum beberapa  saat arwah koma...

"Malam ni  janji, adik telefon emak  ya.... Emak  nak  cakap dengan Eusoff.. Emak  rasa rindu  sangat  pada Eusoff.. Janji ye malam ni telefon mak" =(

Tak sempat saya nak tunaikan janji..

Rasa rindu pada arwah  saya abadikan  di sini : Emak dalam kenangan

Al-Fatihah..



17 October 2013

Rindunya setelah terpaksa meninggalkan..

Assalamualaikum…

Dah pun memulakan kehidupan seperti biasa bila dah pulang semula ke Kuala Lumpur, Kota kesibukan, kota yang sentiasa dihambat masa. Hidup perlu tetap diteruskan walaupun apa “rasa” sekalipun.

Terutamanya rasa sedih sangat-sangat meninggalkan ayahanda nun jauh di Terengganu Darul Iman. En.suami dah biasa sangat melayan ½ jam awal perjalanan dengan isterinya berlinangan air mata. Lama-lama..emosi akan kembali back to normal.

Bila dah berjumpa ayah terasa syahdu bila nak berpisah..bimbang ini adalah pertemuan kali terakhir.. Samada saya ditinggalkan ataupun saya meninggalkan.. 

Dulu semasa arwah emak masih ada…. Saya melalui keadaan ini setiap kali balik kampung dan bila nak berpisah, air mata jadi teman setia.. Bimbang ini adalah pertemuan kali terakhir.. hinggalah sampai satu masa, kebimbangan itu menjadi satu realiti. 

Sebab tu setiap kali berpisah… saya cuba jadikan ucapan mohon maaf itu sebagai satu kemestian dari emak dan juga ayah.

Bimbang sudah terlambat menyesal sepanjang hayat.

Tika dan saat ini, saya sangat rindukan ayah! Sangat…sangat…

=(


16 October 2013

Tidur menonggeng tu sebab cacing ke?

Assalamualaikum..

Khilfi Eusoff makin besar makin banyak pulak ragam tidurnya.. Katil yang queen size tu pun dah terasa tak muat sangat dah. Kalau tidur memang kadang tu kaki naik ke muka papa mama la.. Jadinya nak menjelang pagi tu boleh tengok lah memasing dah tidur dengan gaya bebas tak tentu hala dah... 

Sedikit masa aritu saya  ada up entry ni :Berusaha ajar nanak tidur bilik sendiri. Dalam 2 minggu jugak lah kami bergigih mengangkat nanak ditengah-tengah malam tu ke bilik tidur dia.. Dan sepanjang tempoh tu jugak la... dalam 2-3 pagi bertapak la anak kecil tu naik balik katil mama papanya.. Kadang elok je berjalan ke bilik kami.. kadang berjalan sambil menangis kuat-kuat.. kadang, menangis kuat-kuat kat katil bilik dia tak turun-turun... terpaksalah papanya pi ambil. Aiii.. susah  benar rasanya.. Lama-lama  kami  jadi tak gigih! Dan  tetaplah tidur sekali  ngan papa  mama lepas tu sampai la ke hari ni.

Tahun depan dah masuk  4 tahun, dah nak sekolah pun.  Nampaknya memang kami sangat-sangat lah  nak nanak tidur  asing. Umur nak 4 tahun ni.. badan pun makin membesar bagaikan juara dah! Makin tak muat la katil tu bersize queen tu... Dah la tidur buas!

Tunggulah sikit masa lagi Eusoff dah  tak menyusu badan.. mungkin  dah tak berjaga malam mencari mama nak menyusu.  Jadinya kerja mengasing tempat  tidur  bertambah mudah lah. Harap-harap lahhh..

Ni haa...sebenarnya nak tunjuk gambar ni. Nanak suka tidur menonggek semenjak dua menjak nih.. Kata orang dulu-dulu kalau  anak tidur menonggeng ada cacing  eh....? Mungkin la kot... Tunggu  next appointment mintak ubat cacing ah...


Nanak tidur menonggeng pun nampak comel.. hihi



14 October 2013

Guli :: Rara

Assalamualaikum.....

Dulu masa kecil-kecil korang pernah tak main guli? Cara permainannya, dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Ada lagi mainan lain  yang menggunkan guli sebagai  benda paling penting dalam permainan tu. Yee..permainan congkak! Dan banyak lagi lah sebenarnya permainan yang menggunakan guli!

Ni "rara" Eusoff...mintak papa belikan..main golek-golek je..

Nak bagi tahu ni... Khilfi Eusoff.., lebih kenal guli dengan nama "Rara".. =p
Entah lah datang dari mana perkata rara tu.. Puas kami mama papa memikir tang mana yang buat guli tu jadi rara.. eh..eh..eh.. Sesenang hati dia je nak ubah nama kennnn... hii

"Rara"..... ehh...comel jugak nama tu kan..? =)


Anak korang ada tak ubah nama untuk sesuatu bende tu...?? Dan konsisten panggil bertahun-tahun dengan nama tu...?






12 October 2013

Lesung pipit & Cerita kelahiran

Assalamualaikum...

“Lesung pipit atau sesetengahnya memanggil lesung pipi, adalah lekukan pada kulit yang terbentuk pada pipi terutama apabila ketika mereka tersenyum. Lesung pipit menjadi satu daya tarikan yang tersendiri kepada pemiliknya. Sinonim kita mendengar orang yang memiliki lesung pipit dianggap sebagai orang yang manis dan sangat menarik.

Kebiasaannya mereka mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Namun terdapat juga yang mempunyai lesung pipit tunggal, yang terjadi pada satu sisi wajah sahaja. Namun ia tetap menjadi daya tarikan tersendiri, manis dipandang mata” 
~Sumber: Google

Kenapa dah tetiba cerita pasal lesung pipit ni ye…?

Saje je…tengah tengok gambar-gambar Khilfi Eusoff.. tetiba tertarik pulak kepada senyuman menggoda dia.. Manis sungguh dengan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.. Jeless plak rasa!



Teringat 3 tahun lepas.. Tika melahirkan Khilfi Eusoff… Sakit hanya Allah sahaja dapat mengetahuinya….. Normal la rasa kesakitan nak melahirkan. Ye dak..? Kini saya rasa rindu akan kesakitan itu lagi =p

Masa lepas melahirkan sempat la tengok wajah Eusoff ni. Tapi sekejap sangat dapat tengoknya sebab nurse nak uruskan segala apa yang patut dulu. Redho je la walaupun tika tu teringin sangat-sangat nak tatap lama sikit wajah Eusoff.



Dah settle segala urusan dan Alhamdulillah masa tu takde masalah apa-apa, ibu atau pun anak.. jadi dua-dua disorong balik ke katil. Masa tu dah nak cerah..dalam pukul 6.30pagi. Nurse dah bukak tingkap-tingkap (saya berada di tepi tingkap waktu tu) boleh melihat satu keindahan yang sangat cantik..warna keorenan.. matahari tengah nak naik. Ditambah lagi bunyi kicauan burung-burung keluar sarang mencari makan. Dengan pokok-pokok menghijau… sungguh segar dan nyaman udara di waktu pagi. Alhamdulillah..

Rasa bahagia sungguh menikmati keindahan alam di pagi 12 Oktober 2010 bertambah bahagia apabila diri ini sudah bergelar mama. Tak leh gambarkan dengan kata-kata rasa kebahagiaan itu. Uiiiii bahagia sungguh!



Tetiba masa tu rasa nak jengok Eusoff kat sebelah. Sedang buat apa dia? Tengah tidur ke dia..?? sebab badan tak bergerak-gerak pun tengok dari sebelah. Waktu tu keadaan saya berbaring, jadi memang tak nampak dia dalam bekas baby di sebelah. Jadinya saya kene bangunkan sedikit badan untuk jenguk dia. Kira surprise la jugak kan nak tengok anak sendiri untuk kedua kalinya..selepas tengok sekejap kali yang pertama tadi…

Lidah saya kelu..hati saya tak putus-putus ucap syukur ke hadrat Ilahi..sebab.. waktu pagi yang hening itu, Khilfi Eusoff tidak tidur punnn.. dia sama-sama menyaksikan suasana baru pertama kali dirasanya ni tanpa mata berkelip. Agaknya dalam hati Eusoff tertanya-tanya dimanakah dia ketika itu.. Biasanya gelap….sekarang dah terang berderang..

Dan buat hati saya meruntun gembira lagi… Khilfi Eusoff meleparkan senyuman salam perkenalan kepada mamanya ni. Terbentuk elok di kedua-dua belah pipinya…lesung pipit! Masya Allah..anugerah dari Allah yang maha indah, anak saya yang yang comel ini dilengkapi lesung pipit. Alhamdulillah...



Khilfi Eusoff diberi nama bermaksud “Pengganti Yusoff”. Arwah emak pernah kata “Mustahil akan ada pengganti Nabi Yusoff a.s” tapi Insya Allah anak kecil ini bakal pengganti budi pekerti akhlak yang baik baginda jika kene cara asuhannya.. 

Selamat ulang tahun kelahiran Khilfi Eusoff yang ke-3 tahun hari ini 12 Oktober 2013.
Mama dan papa sayang kamu kerana Allah =)


11 October 2013

Salam Aidiladha 1434 Hijrah

Assalamualaikum...

Ini entry auto publish..

Sekarang  ni saya  dah dalam perjalanan  balik  kampung.. hohohoho balik kampung, hati riang!!!Semoga perjalanan pergi dan balik kami  sekeluarga di  rahmati  Allah. Insya Allah..

Sebelum tu rasanya tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Salam  Aidiladha kepada seluruh rakan blogger  yang beragama  Islam. Selamat  berkorban  kepada yang melaksanakan  ibadat korban ye..  Untuk tahun ini saya tidak  berkesempatan.  Insya Allah ada rezeki lebih  tahun  depan pun  boleh kan..

Selain  dari menyambut Hari  Raya Aidiladha  1434H ini... ada 2 event kecil-kecilan yang bakal dilaksana kat kampung nanti. Dua-dua event pun  saya yang organize... semoga running  smoothly lah  hendaknya.


Event yang sama pernah dibuat sebelum ni mengumpulkan anak menantu serta cucu-cucu semua, ke pusara arwah emak tersayang. Buat bacaan yassin beramai-ramai serta bergotong royong membersihkan pusara. Untuk kali ini, diadakan bacaan Yassin bersempena bulan kelahiran arwah -October. Disamping  dikesempatan itu juga boleh lah dibuat gotong royong membersihkan pusara juga.

Biarpun arwah sudah tiada di dunia ini.. ingatan kepada arwah emak/atok takkan hilang hingga bila-bila. Jika sekali-sekala balik dan event sebegini dibuat, mudah-mudahan menjadi tauladan untuk cucu cicit akan datang, menjadikan amalan ini  berterusan sampai bila-bila. Walaupun masa itu nanti  emak saudara,  bapa saudara mereka ini pun sudah tiada lagi. 

Alhamdulillah...ramai anak, cucu yang nak joint.

Dan juga event ini... =)


Event birthday yang simple-simple sahaja  tapi  saya mahukan kenangan sambutan birthday Eusoff untuk tahun yang ke-3 ini meninggalkan memori yang paling best dalam hidup nanak.
Semoga segala perancangan berlangsung dengan  jayanya... Insya Allah...

Kang nanti, lepas2 event saya cerita pasal persediaan sambutan birthday ini... tentang diy, keras tangan  saya tu... pendek kata  tentang  semua lah! Insya Allah.

Sekali lagi..
SELAMAT MENYAMBUT  HARI RAYA AIDILADHA  1434H.
"Semoga setiap pengorbanan ke jalan Allah akan diberkati dan dirahmati"

Ikhlas dari kami,
AzamDianaEusoff 



09 October 2013

Moga akrab sampai besar Insya Allah..

Assalamualaikum..

Lama tak bercerita pasal Khalish Aiman. Adik Khilfi Eusoff..

Aiman sekarang pun dah makin membesar. Besar tak sangat pun sebenarnya..tinggi je lebih! Pastu kurus je.. Tapi tetap la maintain hensem macam abangnyer la... hihiihii..

Ni gambar keakraban  abang dan  adik. Lama dah ambil. Bulan Julai aritu.  Dah  lama-lama tak terbuat entry. Bila tengok-tengok balik  gambar kat  drop box tu rasa cam sayang je kalau tak buat entry. Kenangan ni..kenangan!

Agaknya sebab adik beradik susuan, dua beradik ni nampak cam serasi je.. Bergaduh tu memang lah ada.. budak-budak  kecik tak  dapat nak elak la bergaduh berebut mainan kan. Cuma Eusoff ni dalam tengah  main-main tu..dia boleh je pergi kat adik, dan peluk adik. Kadang,  tengah dok sesaja boleh je dia pergi cium adik. Eusoff ni memang macam abang-abang  punyer orang lah.  Cuma adik tak berapa nak gemor abang cium-cium,  peluk-peluk dia.. Rimas agaknya...  hahhahahah

Situasi gambar ni tengah  main-main, adik ngantuk agaknya..  masuk bilik terlayan pulak Boboboy dalam bilik...  Eusoff mencari-cari  adiknya..  intai-intai tengok adik  dalam bilik.. baring  sebelah adik, terus joint sekaki tengok boboiboy sambil peluk-peluk adik... 



Adik lak relak je abang peluk.. Mungkin  sebab fokus sangat kat Boboiboy...lagi pulak mata tengah feeling nak tidur  kan.. Layan kan je laaa....


Alahaiii abang dan adik. Korang memang  akrab  sebenarnya. 
Moga keakraban ini berkekalan  hingga  lah  korang  besar nanti ye....

Eusoff jadi abang yang penyayang dan Aiman  jadi adik yang  hormatkan abangnya...  iye..?



07 October 2013

Set breakfast Western food :: agak-agak laku tak?

Assalamualaikum...

Hari Jumaat bebaru ni terajin pulak bangun awal pagi nak masakkan western  food.
Western la sangat kan.... =) Memandangkan  masih ada lagi stok untuk masak-masak bende alah ni dalam icebox tu.. makanya..lepas siap-siapkan diri pagi  Jumaat tu..terus ketang-ketung di dapur. En.suami tolong siapkan diri sendiri dan  nanak  kecik  kami. Mudah sikit kan..semua berjalan  serentak! 

Dah alang-alang nak masak untuk tekak sendiri dan tekak en.suami dan  si kecil Eusoff juga.. makanya  saya extrakan beberapa bekas untuk kawan-kawan sebilik di  office. Edisi limited edition aje lah...nak wat bebanyak memang tak mampu la.. Kat tempat kerja bukan 20 orang je kot... beratus gak arr.. agak-agak arr  kalo  nak jamu semue... memang tak daya... hampun la pada kawan-kawan seoffice yang terbaca entry ni yer...? =p


Simple-simple aje pun.... tak de le yang nak terliur-terliur sangat kan..

Nak siapkan 6 bekas ni bukan ambil masa yang lama pun... dalam 1/2 jam je...berketang-ketung di dapur. Saya tanya en.suami agak-agak kalo bisness  makanan breakfast macam ni berapa  ringgit  boleh jual eh...? En.suami kate RM4.00  ok laa...

Haaa....nampak tu..nampak tu.. dah feeling nak berbisness pulakkk... =p 
Tapi....tapi... bukan  satu  bende mustahil kan..? Cuma nak dan tak nak aje..
Lagi pulak bende macam nih ramai je yang suka makan... mau sekejap je abisnyer...


mmmmm...boleh  dipikirkan...boleh..boleh.. mihmihmihmih....

Eh...agak-agak korang kan.. kalau ada orang jual set breakfast macam ni korang teringin  tak nak beli?  



05 October 2013

Sediakan payung sebelum hujan untuk intan payung tersayang

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.....

Seminggu tak up apa-apa entry... sibuk sangat dengan hal-hal rumah bila dah balik kerja. Bukan tak rindu nak berblog...rindu sangat... blogwalking pun tak berapa nak sempat.. singgah-singgah mana yang sempat je.. tu pun sekadar baca entry... nak komen apa-apa memang tak berkesempatan.

Tak segigih 1-2 tahun lepas..malam-malam buta lepas Eusoff tidur pun sempat lagi saya mengarang entry. Sekarang bila dah usia makin bertambah tahap ketahanan tidur lewat pun dah takde... Sampai masa layu lah mata ni..

Takpe lah..takat-takat yang termampu je lah...weekend aje pun ok la kan, dari takde...?? =)

Minggu lepas, sewaktu en.suami dan nanak ambil saya dari office, terperasan satu garisan luka  kat bawah mata Eusoff.. Uiishhh!! betul-betul  dekat dengan mata. Kalau tak bernasih baik tentu  dah kene mata. Tapi  Alhamdulillah Allah  masih lagi menghindarkan  terjadi sesuatu yang tak diingini kepada anak bujang saya tu.

Bahagian mata bengkak beberapa hari

Saya berkongsi di sini bukan  nak komplen  pasal kelalaian pengasuh ke, anak-anak lain yang buat Eusoff ke apa ke.... tidak! tidak sama sekali!!

Bende dah nak jadi.. takkan nak marah-marah kan.... =p Lagi pulak pengasuh Eusoff pun dah mintak maaf kat kami, sebab tak sedar sewaktu perkara ni nak jadi. Dia menjaga eusoff sepanjang tiga tahu ni pun sangat baik sekali.

Saya tempek cerita di sini sekadar nak mencatat memori. Bila anak bujang saya ni dah besar panjang nanti... leh saya baca lagi cerita pahit manis masam masin tumbesaran dia... Jatuh bangun, sakit sihat dia.. kann.....itu  motif utama sebenarnya! Tiada apa tujuan selain dari itu saja! 

Khilfi Eusoff sekarang dah pandai sangat mengadu... itu sangat bagus sebenarnya! Saya masuk kereta terus bagi tahu.."amma..... akit...watt..." sambil tunjuk bawah mata yang luka.... Comel je bila anak kecil mengadu..hihi

Dan kami  mama papa ni... jawab la..."Laaa...sikit je tu... Eusoff kan kuat.. Eusoff kan tahan sakit.." sambil tiup-tiup luka kat mata dier.. [Anak bujang saya balas dengan senyuman..]

Hai la anak.... kesian kamu.. biasalah dalam meningkat besar ni macam-macam boleh terjadi.. Terjatuh dengan sendirinya.. ditolak, digigit..dicubit, itu benda biasa la...... Takkan nya anak kita membesar dengan cukup sempurna tanpa ada jatuh, calar, digigit.. ke apa.. Kadang kalau tak Eusoff yang kena, dia lak yang buat kawan-kawan camtu.. Sama je le...hihi

Sebenarnya semua tu boleh menjadikan ketahanan fizikal dan mental anak lebih kuat..! kannnnnnn.....?

Alhamdulillah sepanjang tahun 2013 ni tak la kerap sangat Eusoff demam atau sakit. Ada lah beberapa hari di awal tahun aritu terpaksa ambil cuti gara-gara Eusoff demam. Dah nak ke penghujung tahun ni..  takde dah!

Untuk persediaan jika berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, sebab itulah sewaktu Khilfi Eusoff berumur 1 tahun 10 bulan [Bulan puasa tahun 2011] kami decide untuk mengambil Prudential BSN Takaful kepadanya. Kenapa waktu 1 tahun 10 bulan baru mengambil pelan takaful ini? Sebab sebelum itu kami masih belum diberi kesedaran betapa pentingnya manfaat mengambil pelan takaful. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun lebih ni, belum pernah lagi menggunakan medical card tu... 


Sekarang tengah berkira-kira untuk tukarkan Prudential BSN Takaful kepada MAA Takaful.
Sedang mencari info-info kelebih dan  kekurangannya.. Harap dipermudahkan.. Amin...

Memetik kata-kata dari seorang agent Takaful:

"Kita tidak  boleh menghapuskan risiko, namun kita boleh meminimumkan kesannya-manfaat daripada Takaful"




28 September 2013

Hashbrown and sausage with baked beans and scramble egg

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu ye semua kawan-kawan blogger! Feeling wonderfull sungguh kami tiga beranak bermalas-malasan di hujung minggu yang ala-ala mendung saja ni.... sesambil melayan Mickey Mouse Club House..! sampai dah boleh hafal dialog dan lagu-lagu tu... Sambil sesekali part Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy, Goofy dan Pluto menari-nari lagu tu... apa lagi kami berjoget sama arr.. Errkkk...senaman di  pagi minggu sebenarnya... =)

Eusoff lak nampak  pelik di situ melihat gelagat mama papa yang tah apa-apa... =p

Alhamdulillah... Brunch je kami hari ni... Memandangkan dah tengah hari.. Tekak kami teringin benar nak breakfast ala-ala omputih... Ni bebahannya... 


Cara buatnya simple  aje... goreng+rebus saje....dan siap! Tada...

Hashbrown and sausage with baked beans and scramble egg!
Fuhh... name menu panjang sungguh.. 


Hari minggu yang santai...dengan brunch yang santai... Best juge...

Alhamdulillah..kenyang..


16 September 2013

Cerita-cerita di Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia yang ke-50!! Saya bangga menjadi anak Malaysia. Alhamdulillah saya dilahirkan di Malaysia! Jangan tak tahu... saya memang jenis yang berjiwa patriotik.. cakap pasal kebanggaan jadi anak  Malaysia...dah tetiba rasa nak nangis... nggeeee... '____' 

Hari bercuti kerja mengemas rumah fokus utama! Selagi tak siap memang jiwa tak keruan nak ke mana-mana.. Dari lepas open house ritu... tak mengemas betul-betul pun lagi. Mengemas ala kadar sahaje.. tak betul-betul sempurna dimata dan dijiwa.. Haa.... berkemas hari cuti ni baru rasa betul-betul mengemas yang sempurna di mata dan dijiwa... Errkkk... macam tu pun ada ehh.... hiihiii.. [Memang itu lah saya..]

Sabtu punyer citer bawak anak kecik saya pergi bersiar-siar di pagi hari yang ceria ke taman KLCC. Perancangan lain, jadi lain.. Takpe.... layankan aje lah kemana kaki nak melangkah. Dihari minggu camni biarlah semua berjalan free and easy je... Berjalan ikut kata hati.. =p 

Nasi goreng kat depan mata tak pandang langsung.. makan cekelat lagi best..yummy!!


Breakfast kat taman KLCC sambil tengok anak-anak kecil mandi manda.. main mainan kat playground. Khilfi Eusoff? sikit pun tak teruja.. tak mau main-main..dan tak mau mandi-mandi pun. Semua permainan dia pandang sebelah mata je.. Bawak jalan-jalan kat playground tu..ibarat cam site visit je... tengok-tengok... lalu-lalu je.... pastu dah.. jalan!




Tak tahu apa ke pesen Khilfi Eusoff ni. Mungkin gak dia tak excited sebab takde kawan-kawan. Apa best main sorang kan. Sebab apa saya kata camtu? Sebab kalau pergi playground Giant dia cam teruja sket.. sebab ramaiiiii kawan-kawan. Padahal ramai kawan-kawan pun bukan main dengan dia punnn... 

Lama tak bergambar ngan twin tower... Cam cantik lak  pemandangan ni! 

Eusoff kurang suka bergambar... mata asyik pandang lain aje..

Sudahnya terus balik je... Pergi untuk breakfast semata! Ok lah kan.... tukar angin orang kata.

Malamnyer kami dinner kat "Humble Chef" kat Plaza Damansara. Kenapa beria sangat kitorang nak gi sane...sebab nama  restoran tu cam....mmmm.... menarik! Dalam hujan lebat malam tadi berpandukan GPS semata.. terjah  gak kami ke sana. En.suami dah janji nak jumpa kawan dia kat situ. Lepak sambil berborak di hujung minggu.


First impression saya.. wahhhh..sungguh humble sahaja restoran ini. Simple-simple sahaja hiasan dalamannya.. Erkk..camne nak describe ye... tak reti ah! Korang pg lah terjah sama.. Baru korang akan faham.

Menu dia tak banyak... harga pulak tak mahal pun.. sebab portion makanan dia tak banyak. Tapi..... makanan dia sedap oii.. Lagi-lagi omelet dia..uiiii sedap hingga menjilat jari. Dah order 2 keping... tambah lagi dua keping. En.suami makan laksa  goreng dan saya makan spaggethi Carbonara. Rasanya ok.. not bad! Sebab portion kecik.. rasa tak cukup la plak......! 

Nak melepak lama-lama tak sampai hati sebab ramai yang menunggu meja kat luar. Sudahnya lepak-lepak sambil makan minum sekejap je.. Lagi pulak En.suami berkejar nak balik rumah nak tengok Final Pesta Bola Merdeka 2013. Malaysia vs Myanmar. 
Yeaayyy!! Malaysia JUARA! =)





Makan kat sini layan habis. Lain kali pasti akan terjah lagi!

Ini cerita Ahad.
Layan hujung minggu berbaki 2 hari di Sepang pulak. Ubah angin sebab dah boring sangat nak habiskan masa hujung minggu di rumah sahaja. Sekali sekala dapat berjumpa anak buah comel-comel tu sangat lah best! Eusoff lak dah rindu sangat nak jumpa adik Aiman..  Asyik tanya Aiman manjang... Kami mama, papa excited... Eusoff lagi-lagi-lagi excited! =p

Malamnya bbq time!! Hoyeayyy.. Best sangat! menu macam-macam adoo... 




Plan nak makan-makan kami-kami aje.. dah banyak menu, ajak la jiran sebelah menyebelah.. dah gaye cam open house la pulak ye bang? hihihi... Apa pun layanabes...

Happening sungguh bile datang twin comel ni..rasa nak peluk2..cium2..je...! Buat bantal peluk best nih! hahahha



Dah Isnin sudah... cuti 3 hari yang rasa cam tak cukup lagi. Lagi lama cuti lagi bagus sebenarnya. Tak sempat puas nak berehat-rehat...berseronok-seronok.. dah esok nak kerja balik dah.

Itulah hakikat kehidupan. Macam mana seronok kehidupan bercuti... hakikatnya perlu meneruskan rutin kerja harian juga untuk mencari rezeki membesarkan anak..meneruskan kehidupan seharian.



Eusoff pun terpaksa terima yang hidup dia sangat penuh dengan kegembiraan dalam 2 hari ini aje. Balik ke rumah nanti terpaksa lah dia terima hakikat sebenarnya ruang lingkup kehidupan sebenarnya hanyalah ada mama dan papa sahaja. Issshhh...sian pulop anak bujang saya ni! Doakan Eusoff diberi rezeki untuk beradik nanti ye..? =p

Selamat Hari Malaysia semua!
Dimana bumi dipijak,  disitu langit dijunjung!!

Salam...... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015