12 October 2013

Lesung pipit & Cerita kelahiran

Assalamualaikum...

“Lesung pipit atau sesetengahnya memanggil lesung pipi, adalah lekukan pada kulit yang terbentuk pada pipi terutama apabila ketika mereka tersenyum. Lesung pipit menjadi satu daya tarikan yang tersendiri kepada pemiliknya. Sinonim kita mendengar orang yang memiliki lesung pipit dianggap sebagai orang yang manis dan sangat menarik.

Kebiasaannya mereka mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Namun terdapat juga yang mempunyai lesung pipit tunggal, yang terjadi pada satu sisi wajah sahaja. Namun ia tetap menjadi daya tarikan tersendiri, manis dipandang mata” 
~Sumber: Google

Kenapa dah tetiba cerita pasal lesung pipit ni ye…?

Saje je…tengah tengok gambar-gambar Khilfi Eusoff.. tetiba tertarik pulak kepada senyuman menggoda dia.. Manis sungguh dengan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.. Jeless plak rasa!



Teringat 3 tahun lepas.. Tika melahirkan Khilfi Eusoff… Sakit hanya Allah sahaja dapat mengetahuinya….. Normal la rasa kesakitan nak melahirkan. Ye dak..? Kini saya rasa rindu akan kesakitan itu lagi =p

Masa lepas melahirkan sempat la tengok wajah Eusoff ni. Tapi sekejap sangat dapat tengoknya sebab nurse nak uruskan segala apa yang patut dulu. Redho je la walaupun tika tu teringin sangat-sangat nak tatap lama sikit wajah Eusoff.



Dah settle segala urusan dan Alhamdulillah masa tu takde masalah apa-apa, ibu atau pun anak.. jadi dua-dua disorong balik ke katil. Masa tu dah nak cerah..dalam pukul 6.30pagi. Nurse dah bukak tingkap-tingkap (saya berada di tepi tingkap waktu tu) boleh melihat satu keindahan yang sangat cantik..warna keorenan.. matahari tengah nak naik. Ditambah lagi bunyi kicauan burung-burung keluar sarang mencari makan. Dengan pokok-pokok menghijau… sungguh segar dan nyaman udara di waktu pagi. Alhamdulillah..

Rasa bahagia sungguh menikmati keindahan alam di pagi 12 Oktober 2010 bertambah bahagia apabila diri ini sudah bergelar mama. Tak leh gambarkan dengan kata-kata rasa kebahagiaan itu. Uiiiii bahagia sungguh!



Tetiba masa tu rasa nak jengok Eusoff kat sebelah. Sedang buat apa dia? Tengah tidur ke dia..?? sebab badan tak bergerak-gerak pun tengok dari sebelah. Waktu tu keadaan saya berbaring, jadi memang tak nampak dia dalam bekas baby di sebelah. Jadinya saya kene bangunkan sedikit badan untuk jenguk dia. Kira surprise la jugak kan nak tengok anak sendiri untuk kedua kalinya..selepas tengok sekejap kali yang pertama tadi…

Lidah saya kelu..hati saya tak putus-putus ucap syukur ke hadrat Ilahi..sebab.. waktu pagi yang hening itu, Khilfi Eusoff tidak tidur punnn.. dia sama-sama menyaksikan suasana baru pertama kali dirasanya ni tanpa mata berkelip. Agaknya dalam hati Eusoff tertanya-tanya dimanakah dia ketika itu.. Biasanya gelap….sekarang dah terang berderang..

Dan buat hati saya meruntun gembira lagi… Khilfi Eusoff meleparkan senyuman salam perkenalan kepada mamanya ni. Terbentuk elok di kedua-dua belah pipinya…lesung pipit! Masya Allah..anugerah dari Allah yang maha indah, anak saya yang yang comel ini dilengkapi lesung pipit. Alhamdulillah...



Khilfi Eusoff diberi nama bermaksud “Pengganti Yusoff”. Arwah emak pernah kata “Mustahil akan ada pengganti Nabi Yusoff a.s” tapi Insya Allah anak kecil ini bakal pengganti budi pekerti akhlak yang baik baginda jika kene cara asuhannya.. 

Selamat ulang tahun kelahiran Khilfi Eusoff yang ke-3 tahun hari ini 12 Oktober 2013.
Mama dan papa sayang kamu kerana Allah =)


8 comments:

  1. Terserlah jelas lesung pipitnya menambah geram sesiapa yang melihat.. rasa nak cubit-cubit... happy birthday sayang.. Insyaallah akan jadi anak soleh penyejuk hati mama dan papa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Che Mid atas doa untuk Eusoff... semoga setiap doa untuk anak kecil ini dimakbulkan Allah..Amin.. =)

      Delete
  2. Epi besday Eusoff..semoga mnjadi ank soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Hani.... Terima kasih untuk doa itu juga... =)

      Delete
  3. happy birthday anak sedara mngah yg comel....semoga pjg umur dan menjadi ank yg soleh dan menyenangkan hati papa dan mama.......nnti mngah bg hadiah ye.......sayang eusoff.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Ngah!!!!!! =)
      Terima kasih atas doa Mak Ngah untuk Eusoff... doakan Eusoff membesar menjadi anak yang cerdik pandai... menjadi anak yang baik untuk mama, papa... dan semua saudara mara ye.....?

      Delete
  4. semoga menjadi anak soleh khilfi eusoff...handsome orangnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aunty Fizah... Terima kasih atas doa..Amin..
      Semoga hensem budi pekertinyanya juga seperti Nabi Yusof a.s...

      Insya Allah...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015