Assalamualaikum…
Dah pun memulakan kehidupan seperti biasa bila dah pulang semula ke Kuala Lumpur, Kota kesibukan, kota yang sentiasa dihambat masa. Hidup perlu tetap diteruskan walaupun apa “rasa” sekalipun.
Terutamanya rasa sedih sangat-sangat meninggalkan ayahanda nun jauh di Terengganu Darul Iman. En.suami dah biasa sangat melayan ½ jam awal perjalanan dengan isterinya berlinangan air mata. Lama-lama..emosi akan kembali back to normal.
Bila dah berjumpa ayah terasa syahdu bila nak berpisah..bimbang ini adalah pertemuan kali terakhir.. Samada saya ditinggalkan ataupun saya meninggalkan..
Dulu semasa arwah emak masih ada…. Saya melalui keadaan ini setiap kali balik kampung dan bila nak berpisah, air mata jadi teman setia.. Bimbang ini adalah pertemuan kali terakhir.. hinggalah sampai satu masa, kebimbangan itu menjadi satu realiti.
Sebab tu setiap kali berpisah… saya cuba jadikan ucapan mohon maaf itu sebagai satu kemestian dari emak dan juga ayah.
Bimbang sudah terlambat menyesal sepanjang hayat.
Tika dan saat ini, saya sangat rindukan ayah! Sangat…sangat…
=(
No comments:
Post a Comment