05 October 2013

Sediakan payung sebelum hujan untuk intan payung tersayang

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.....

Seminggu tak up apa-apa entry... sibuk sangat dengan hal-hal rumah bila dah balik kerja. Bukan tak rindu nak berblog...rindu sangat... blogwalking pun tak berapa nak sempat.. singgah-singgah mana yang sempat je.. tu pun sekadar baca entry... nak komen apa-apa memang tak berkesempatan.

Tak segigih 1-2 tahun lepas..malam-malam buta lepas Eusoff tidur pun sempat lagi saya mengarang entry. Sekarang bila dah usia makin bertambah tahap ketahanan tidur lewat pun dah takde... Sampai masa layu lah mata ni..

Takpe lah..takat-takat yang termampu je lah...weekend aje pun ok la kan, dari takde...?? =)

Minggu lepas, sewaktu en.suami dan nanak ambil saya dari office, terperasan satu garisan luka  kat bawah mata Eusoff.. Uiishhh!! betul-betul  dekat dengan mata. Kalau tak bernasih baik tentu  dah kene mata. Tapi  Alhamdulillah Allah  masih lagi menghindarkan  terjadi sesuatu yang tak diingini kepada anak bujang saya tu.

Bahagian mata bengkak beberapa hari

Saya berkongsi di sini bukan  nak komplen  pasal kelalaian pengasuh ke, anak-anak lain yang buat Eusoff ke apa ke.... tidak! tidak sama sekali!!

Bende dah nak jadi.. takkan nak marah-marah kan.... =p Lagi pulak pengasuh Eusoff pun dah mintak maaf kat kami, sebab tak sedar sewaktu perkara ni nak jadi. Dia menjaga eusoff sepanjang tiga tahu ni pun sangat baik sekali.

Saya tempek cerita di sini sekadar nak mencatat memori. Bila anak bujang saya ni dah besar panjang nanti... leh saya baca lagi cerita pahit manis masam masin tumbesaran dia... Jatuh bangun, sakit sihat dia.. kann.....itu  motif utama sebenarnya! Tiada apa tujuan selain dari itu saja! 

Khilfi Eusoff sekarang dah pandai sangat mengadu... itu sangat bagus sebenarnya! Saya masuk kereta terus bagi tahu.."amma..... akit...watt..." sambil tunjuk bawah mata yang luka.... Comel je bila anak kecil mengadu..hihi

Dan kami  mama papa ni... jawab la..."Laaa...sikit je tu... Eusoff kan kuat.. Eusoff kan tahan sakit.." sambil tiup-tiup luka kat mata dier.. [Anak bujang saya balas dengan senyuman..]

Hai la anak.... kesian kamu.. biasalah dalam meningkat besar ni macam-macam boleh terjadi.. Terjatuh dengan sendirinya.. ditolak, digigit..dicubit, itu benda biasa la...... Takkan nya anak kita membesar dengan cukup sempurna tanpa ada jatuh, calar, digigit.. ke apa.. Kadang kalau tak Eusoff yang kena, dia lak yang buat kawan-kawan camtu.. Sama je le...hihi

Sebenarnya semua tu boleh menjadikan ketahanan fizikal dan mental anak lebih kuat..! kannnnnnn.....?

Alhamdulillah sepanjang tahun 2013 ni tak la kerap sangat Eusoff demam atau sakit. Ada lah beberapa hari di awal tahun aritu terpaksa ambil cuti gara-gara Eusoff demam. Dah nak ke penghujung tahun ni..  takde dah!

Untuk persediaan jika berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, sebab itulah sewaktu Khilfi Eusoff berumur 1 tahun 10 bulan [Bulan puasa tahun 2011] kami decide untuk mengambil Prudential BSN Takaful kepadanya. Kenapa waktu 1 tahun 10 bulan baru mengambil pelan takaful ini? Sebab sebelum itu kami masih belum diberi kesedaran betapa pentingnya manfaat mengambil pelan takaful. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun lebih ni, belum pernah lagi menggunakan medical card tu... 


Sekarang tengah berkira-kira untuk tukarkan Prudential BSN Takaful kepada MAA Takaful.
Sedang mencari info-info kelebih dan  kekurangannya.. Harap dipermudahkan.. Amin...

Memetik kata-kata dari seorang agent Takaful:

"Kita tidak  boleh menghapuskan risiko, namun kita boleh meminimumkan kesannya-manfaat daripada Takaful"




4 comments:

  1. Khilfi Eusoff...sikit lagi nak kena mata kamu nak.. Ya Allah, semoga Allah peliharakn Eusoff dan jauhi dari segala yang tak diigini..
    Btw, takaful mmg banyak manfaat especially utk ank2 yang tgh nak membesar ni,. Sebagai persediaan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenak Cik Hani... Terima kasih ye sudi singgah di blog kecil ini..

      Terima kasih atas doa Cik Hani untuk dak Eusoff...
      Tu lah..masa tengok tu berdegup kencang jugak jantung.. betapa memang Allah dah selamatkan Eusoff dari berlaku apa2 yang tak diingini setakat ini. Alhamdulillah..

      Ye... Hidup kadang tak terjangka.. terjadi sesuatu yang tak terduga nanti at least dah ada takaful yang cover. Tak lah terbeban sangat dengan bill hospital yang memang kita tahu zaman sekarang "tinggi" sungguh ni...

      Delete
  2. sy pon ambilkan arissa prudential takaful di usia arissa satu hari...masa usia 5 bulan arissa penah warded...semua charge dari SDMC lebih kurang 2k dicover oleh prudential. sgt berbaloi sbb kami baru bayar rm500 pd masa tu...(RM100/month)....syukur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...berbaloi sungguh Jaja dengan baru hanya beberapa bulan pembayaran sudah mendapati manfaat beribu-ribu dari Prudential. Alhamdulillah...siapa sangka kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015