Assalamualaikum..
Lama tak bercerita pasal Khalish Aiman. Adik Khilfi Eusoff..
Aiman sekarang pun dah makin membesar. Besar tak sangat pun sebenarnya..tinggi je lebih! Pastu kurus je.. Tapi tetap la maintain hensem macam abangnyer la... hihiihii..
Ni gambar keakraban abang dan adik. Lama dah ambil. Bulan Julai aritu. Dah lama-lama tak terbuat entry. Bila tengok-tengok balik gambar kat drop box tu rasa cam sayang je kalau tak buat entry. Kenangan ni..kenangan!
Agaknya sebab adik beradik susuan, dua beradik ni nampak cam serasi je.. Bergaduh tu memang lah ada.. budak-budak kecik tak dapat nak elak la bergaduh berebut mainan kan. Cuma Eusoff ni dalam tengah main-main tu..dia boleh je pergi kat adik, dan peluk adik. Kadang, tengah dok sesaja boleh je dia pergi cium adik. Eusoff ni memang macam abang-abang punyer orang lah. Cuma adik tak berapa nak gemor abang cium-cium, peluk-peluk dia.. Rimas agaknya... hahhahahah
Situasi gambar ni tengah main-main, adik ngantuk agaknya.. masuk bilik terlayan pulak Boboboy dalam bilik... Eusoff mencari-cari adiknya.. intai-intai tengok adik dalam bilik.. baring sebelah adik, terus joint sekaki tengok boboiboy sambil peluk-peluk adik...
Adik lak relak je abang peluk.. Mungkin sebab fokus sangat kat Boboiboy...lagi pulak mata tengah feeling nak tidur kan.. Layan kan je laaa....
Alahaiii abang dan adik. Korang memang akrab sebenarnya.
Moga keakraban ini berkekalan hingga lah korang besar nanti ye....
Eusoff jadi abang yang penyayang dan Aiman jadi adik yang hormatkan abangnya... iye..?
No comments:
Post a Comment