Assalamualaikum...
Ini entry auto publish..
Sekarang ni saya dah dalam perjalanan balik kampung.. hohohoho balik kampung, hati riang!!!Semoga perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga di rahmati Allah. Insya Allah..
Sebelum tu rasanya tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh rakan blogger yang beragama Islam. Selamat berkorban kepada yang melaksanakan ibadat korban ye.. Untuk tahun ini saya tidak berkesempatan. Insya Allah ada rezeki lebih tahun depan pun boleh kan..
Selain dari menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H ini... ada 2 event kecil-kecilan yang bakal dilaksana kat kampung nanti. Dua-dua event pun saya yang organize... semoga running smoothly lah hendaknya.
Event yang sama pernah dibuat sebelum ni mengumpulkan anak menantu serta cucu-cucu semua, ke pusara arwah emak tersayang. Buat bacaan yassin beramai-ramai serta bergotong royong membersihkan pusara. Untuk kali ini, diadakan bacaan Yassin bersempena bulan kelahiran arwah -October. Disamping dikesempatan itu juga boleh lah dibuat gotong royong membersihkan pusara juga.
Biarpun arwah sudah tiada di dunia ini.. ingatan kepada arwah emak/atok takkan hilang hingga bila-bila. Jika sekali-sekala balik dan event sebegini dibuat, mudah-mudahan menjadi tauladan untuk cucu cicit akan datang, menjadikan amalan ini berterusan sampai bila-bila. Walaupun masa itu nanti emak saudara, bapa saudara mereka ini pun sudah tiada lagi.
Alhamdulillah...ramai anak, cucu yang nak joint.
Dan juga event ini... =)
Event birthday yang simple-simple sahaja tapi saya mahukan kenangan sambutan birthday Eusoff untuk tahun yang ke-3 ini meninggalkan memori yang paling best dalam hidup nanak.
Semoga segala perancangan berlangsung dengan jayanya... Insya Allah...
Kang nanti, lepas2 event saya cerita pasal persediaan sambutan birthday ini... tentang diy, keras tangan saya tu... pendek kata tentang semua lah! Insya Allah.
Sekali lagi..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1434H.
"Semoga setiap pengorbanan ke jalan Allah akan diberkati dan dirahmati"
Ikhlas dari kami,
AzamDianaEusoff
salam aidiladha diana....bestnya lik kg!!! kem salam kat org ganu!!! jaja raya kat shah alam jer...hukhukhuk
ReplyDeleteJaja...salam Aidiladha...
DeleteBest balik Ganu ooooooo.....hiihihihi Rugi dok balik kg....[Kasi jaja jelesssssss!!]
kita pun balik terengganu jugak...
ReplyDeleteSalam kenal Nas... owhh...orang Ganu jugok...jom kita kenal-kenal di dunia blog..
DeleteKalu jupe kat Trg leh la bertegur sapa kan.... Salam Aidiladha untuk Nas sekeluarga...