Assalamualaikum...
Hasrat yang membara dari Jumaat minggu lepas sudah terlaksana malam ni.. =)
Gara-gara kejadian yang tiba-tiba berlaku kat Khilfi Eusoff.
Dapat call dari en.suami, Khilfi Eusoff luka di bahagian atas mata kanan, dah besar panjang ni nanak dah pandai naik sofa, buat terjun tiruk dari sofa rumah ibu pengasuhnya. Saat terjatuh tu, kebetulan kat tangan nanak tengah pegang robot mainan yang boleh bertukar jadi kereta. Mainan tu dah rosak pun, hilang tayar sebelah... tangan robot pun dah tercabut. Ada bahagian yang tajam pada mainan tu. Mata Khilfi Eusoff luka sebab tercucuk mainan yang tajam tu ler.... Alhamdulillah tak kene betul-betul pada mata.. Nauzubillah..
En.suami call dalam pukul 10.00 pagi hari Jumaat tu. Terkejut sungguh saya tapi tak leh nak buat apa, sebab takde kereta. Terus call pengasuh Eusoff dan dia kata tak yah bimbang, sebab luka kecil je.. berdarah sikit dan bengkak sikit tempat yang luka. Dia dah bersihkan luka, letakkan ubat.. Waktu tengah bercakap dengan pengasuh Eusoff tu..memang luluh hati saya dengar Eusoff menangis kuat yang amat... menangis sakit... boleh jadi jugak menangis takut ubat...hihihih
Pengasuh Eusoff dah tak bagi kami benarkan Eusoff bawa mainan.. bimbang hal macam ni terjadi lagi.. Bahaya.... agaknya dia pun tak nak tanggung risiko, jika berlaku perkara macam ni lagi...
Rentetan dari hal ini lah..maka malam ni saya berjaya mengasingkan sejumlah besar mainan Eusoff yang telah rosak, kereta hilang tayar.. robot tercabut kepala, tangan kaki segala, mainan yang dah pecah sikit-sikit pun..... mainan-mainan kecik, halus-halus juga.. yang tak tahu apa bende mainan dah pun.... Paling penting mainan-mainan tajam yang boleh membahayakan nanak kasi asing semua untuk dibuang.
Daripada dua biji bekas mainan ini...
Dapat satu plastik mainan yang dah rosak.. tunggu masa untuk dibuang besok pagi..
Sudahnya nampak surut lah sikit mainan Eusoff yang sebelum tu menimbun-nimbun. Perancangan nak mengasing mana yang dah rosak untuk dibuang tu memang dah lama, cuma takde masa. Bila dah jadi kes macam ni memang tak nak tunggu dah. Jadi ape-ape kat anak kesayangan tu.. sesal sepanjang hayat kan..?
Sebelum ni saya pernah berkongsi nanak luka di bahagian bawah mata kanan di sini, Sediakan payung sebelum hujan untuk intan payung tersayang.
Aiiiii.... semua kes tang mata ni..bimbang sungguh saya.
Harap-harap takde lagi dah jadi bende macam ni.. takut wehhhhh...
Makin besar nanak potensi nak dapat sakit makin besar jugak...al-maklumlah makin lasak!
=p
betul..kadang2 kite yang dewasa pun blh terluka kalau pegang atau terpijak mainan mereka yang telah rosak dan tajam
ReplyDeleteBetul Cik Hani.. Sangat sakit wooooo.. [memang pernah kene] hihiihihhi.... Kalau tak nak beli, kesian pulak anak kita membesar tanpa mainan... jadi memang kena beli... cuma kalau dah rosak, dan boleh mendatangkan bahaya.. pakat-pakat kutip dan hapuskan saje... itu je la penyelesaiannya...
Deletecegah sebelum parah! skang ni ijat aida lom beli mainan pun. recycle mainan kakak2 dan anak buah. semua mainan yg tak tajam, tak kecik. sama2 la kita jaga anak jauh dari kecederaan, kan?
ReplyDeleteSalam kenal adianiez AIDA.... ye, perlu dicegah sebelum kena lagi teruk.. =) Mintak-mintak dijauhkan laa....
DeleteUntung la ijat...dapat mainan kakak2, sepupu -sepupu dia... selagi boleh guna untuk main.. kita bagi je.. yang panting mainan yang tidak merbahaya untuk anak kecil kita..
Mainan Eusoff takde makne nak simpan untuk adik-adik dia..semua dah hancusss...Tinggal soft toy...boleh la simpan kan... =)