16 September 2013

Cerita-cerita di Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia yang ke-50!! Saya bangga menjadi anak Malaysia. Alhamdulillah saya dilahirkan di Malaysia! Jangan tak tahu... saya memang jenis yang berjiwa patriotik.. cakap pasal kebanggaan jadi anak  Malaysia...dah tetiba rasa nak nangis... nggeeee... '____' 

Hari bercuti kerja mengemas rumah fokus utama! Selagi tak siap memang jiwa tak keruan nak ke mana-mana.. Dari lepas open house ritu... tak mengemas betul-betul pun lagi. Mengemas ala kadar sahaje.. tak betul-betul sempurna dimata dan dijiwa.. Haa.... berkemas hari cuti ni baru rasa betul-betul mengemas yang sempurna di mata dan dijiwa... Errkkk... macam tu pun ada ehh.... hiihiii.. [Memang itu lah saya..]

Sabtu punyer citer bawak anak kecik saya pergi bersiar-siar di pagi hari yang ceria ke taman KLCC. Perancangan lain, jadi lain.. Takpe.... layankan aje lah kemana kaki nak melangkah. Dihari minggu camni biarlah semua berjalan free and easy je... Berjalan ikut kata hati.. =p 

Nasi goreng kat depan mata tak pandang langsung.. makan cekelat lagi best..yummy!!


Breakfast kat taman KLCC sambil tengok anak-anak kecil mandi manda.. main mainan kat playground. Khilfi Eusoff? sikit pun tak teruja.. tak mau main-main..dan tak mau mandi-mandi pun. Semua permainan dia pandang sebelah mata je.. Bawak jalan-jalan kat playground tu..ibarat cam site visit je... tengok-tengok... lalu-lalu je.... pastu dah.. jalan!




Tak tahu apa ke pesen Khilfi Eusoff ni. Mungkin gak dia tak excited sebab takde kawan-kawan. Apa best main sorang kan. Sebab apa saya kata camtu? Sebab kalau pergi playground Giant dia cam teruja sket.. sebab ramaiiiii kawan-kawan. Padahal ramai kawan-kawan pun bukan main dengan dia punnn... 

Lama tak bergambar ngan twin tower... Cam cantik lak  pemandangan ni! 

Eusoff kurang suka bergambar... mata asyik pandang lain aje..

Sudahnya terus balik je... Pergi untuk breakfast semata! Ok lah kan.... tukar angin orang kata.

Malamnyer kami dinner kat "Humble Chef" kat Plaza Damansara. Kenapa beria sangat kitorang nak gi sane...sebab nama  restoran tu cam....mmmm.... menarik! Dalam hujan lebat malam tadi berpandukan GPS semata.. terjah  gak kami ke sana. En.suami dah janji nak jumpa kawan dia kat situ. Lepak sambil berborak di hujung minggu.


First impression saya.. wahhhh..sungguh humble sahaja restoran ini. Simple-simple sahaja hiasan dalamannya.. Erkk..camne nak describe ye... tak reti ah! Korang pg lah terjah sama.. Baru korang akan faham.

Menu dia tak banyak... harga pulak tak mahal pun.. sebab portion makanan dia tak banyak. Tapi..... makanan dia sedap oii.. Lagi-lagi omelet dia..uiiii sedap hingga menjilat jari. Dah order 2 keping... tambah lagi dua keping. En.suami makan laksa  goreng dan saya makan spaggethi Carbonara. Rasanya ok.. not bad! Sebab portion kecik.. rasa tak cukup la plak......! 

Nak melepak lama-lama tak sampai hati sebab ramai yang menunggu meja kat luar. Sudahnya lepak-lepak sambil makan minum sekejap je.. Lagi pulak En.suami berkejar nak balik rumah nak tengok Final Pesta Bola Merdeka 2013. Malaysia vs Myanmar. 
Yeaayyy!! Malaysia JUARA! =)





Makan kat sini layan habis. Lain kali pasti akan terjah lagi!

Ini cerita Ahad.
Layan hujung minggu berbaki 2 hari di Sepang pulak. Ubah angin sebab dah boring sangat nak habiskan masa hujung minggu di rumah sahaja. Sekali sekala dapat berjumpa anak buah comel-comel tu sangat lah best! Eusoff lak dah rindu sangat nak jumpa adik Aiman..  Asyik tanya Aiman manjang... Kami mama, papa excited... Eusoff lagi-lagi-lagi excited! =p

Malamnya bbq time!! Hoyeayyy.. Best sangat! menu macam-macam adoo... 




Plan nak makan-makan kami-kami aje.. dah banyak menu, ajak la jiran sebelah menyebelah.. dah gaye cam open house la pulak ye bang? hihihi... Apa pun layanabes...

Happening sungguh bile datang twin comel ni..rasa nak peluk2..cium2..je...! Buat bantal peluk best nih! hahahha



Dah Isnin sudah... cuti 3 hari yang rasa cam tak cukup lagi. Lagi lama cuti lagi bagus sebenarnya. Tak sempat puas nak berehat-rehat...berseronok-seronok.. dah esok nak kerja balik dah.

Itulah hakikat kehidupan. Macam mana seronok kehidupan bercuti... hakikatnya perlu meneruskan rutin kerja harian juga untuk mencari rezeki membesarkan anak..meneruskan kehidupan seharian.



Eusoff pun terpaksa terima yang hidup dia sangat penuh dengan kegembiraan dalam 2 hari ini aje. Balik ke rumah nanti terpaksa lah dia terima hakikat sebenarnya ruang lingkup kehidupan sebenarnya hanyalah ada mama dan papa sahaja. Issshhh...sian pulop anak bujang saya ni! Doakan Eusoff diberi rezeki untuk beradik nanti ye..? =p

Selamat Hari Malaysia semua!
Dimana bumi dipijak,  disitu langit dijunjung!!

Salam...... 



8 comments:

  1. hikhik..tak lama tu eusoff dapat kawan la..mama kena keje kuat sket! phew! ke guane???

    bab playground! kalo icha lah...tak kira ar sorang ker..panas ker..ujan ker..dia mmg teruje! main sorang2 pon jadi! eerrmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok tahu apa peseng la khilfi eusoff ni... pelik pulok bile pikir...bak angkat naik buai pun terjerit2 taknak...

      Hahahahah...keje kuat ye jaja...? Kihkihkih insya Allah..

      Delete
  2. Suka tengok gambar ronda-ronda tu.. nampak tenang je sebab tak de gambar orang ramai.. dunia ana yang punya! Tak pernah dengar pulak ada menu laksa goreng.. camne rasanya tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah la che Mid.... baru saya perasan setiap gambar saya takde orang.... hahah... tenang je kan...

      Laksa goreng tu...sedap jugak rasanya..pedas-pedas sikit..tapi memang satu menu yang belum pernah dengar lagi sebelum ni..

      Boleh la cuba che Mid masak laksa goreng..
      Sedap....

      Delete
  3. bestnya g jenjalan taman klcc. saya macam teringin nak bawa dhiya amani g jalan2 sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best!! Lagi best kalau anak-anak memang suka nak main-main mainan..nak mandi manda kat situ.
      Bawa la Dhiya Amani pegi situ...mesti dia seronok sangat!

      Delete
  4. bestnya makan2 kat luar..amik angin luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Cik Hani. Tengah anak nak membesar ni saje je la biar ada kelainan melalui weekend. Biasanya duk rumah ngadap tv..hiiihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015