07 September 2013

Bulan depan si dia dah genap 3 tahun... =)

Assalamualaikum...

Hari minggu  cenggini dapat melepek kat rumah memang  syorga rasa. Dapat mengadap  tv 24 jam pun  takpe.. Tapi tu dulu...  Sekarang nak mengadap tv 24 jam nak tengok citer best2 kat channel Astro ke Hypptv ke memang susah nak dapat arr.. Khilfi Eusoff mengkonker segalanya... Duduk luar nak tengok channel Astro, dak kecik nak tengok Mickey Mouse.. Masuk bilik nak tengok channel Hypptv..dak kecik ikut nak tengok Mickey Mouse. Itu tak lagi kalu mama papa pegang tab... eh! eh! tetiba nak tengok Mickey Mouse jugak kat tab. Alahaaaiii anak.. padahal tv dah tersergam besar menayangkan cerita Mickey Mouse... Memang jeless sungguh.



Mujur  mama on  laptop,  dia buat tak tahu je... fuhhhh...dapat  le mengupdate blog pagi minggu yang aman damai ni. Kalau tak mahu dia dan-dan tu nak tengok Mickey Mouse kat laptop gakss...

Lama dah tak story mory pasal Khilfi Eusoff. Rasa dah banyak tertinggal perkembangan-perkembangan baru tentang dia..

Bulan depan masuk lah bulan kelahiran Eusoff yang ke-3 tahun. Alhamdulillah... Dalam sedar tak sedar dah nak genap 3 tahun kami menjaga anugerah terindah  ni. Sekejap sungguh rasanya... Sedar-sedar anak bujang ni nanti dah besar dah...

Perancangannya nak sambut Birthday Eusoff time balik  Raya  Haji kat kampung Terengganu nanti. Tak sabar plak rasanya... Harap segala perancangan ni akan dipermudahkan. Ini perancangan kali pertama buat majlis birthday  Eusoff secara beria sikit. Sambutan Birthday 1 tahun dan 2 tahun [Khilfi Eusoff dah 2 tahun Alhamdulillah], simple-simple  sahaja. Sambut tiga beranak saja di rumah. Time tu Eusoff belum mengeti apa-apa dan tak perlulah buat sambutan yang beria sangat. Tapi bila dah masuk umur 3 tahun... dah reti macam-macam... suka macam-macam... dah tahu feeling gembira, merajuk, marah segala... terasa nak buat beria sikit lah majlis birthday yang ke-3 tahun ni. Bukan besar-besaran sangat pun..cukup sambutan bersama keluarga je.. Anak-anak buah saya ramai... tu dah cukup nak memeriahkan suasana, nak nyanyi ramai-ramai lagu birthday nanti...



Dah siap buat birthday invitation...  Semangat tak hagak mamanyer nih..=) Ala zaman sekarang zaman fb...buat kad  cenggini..publish je  dalam fb group family..dah! Senang anak beranak nak plan kalo  invite awal-awal.. Senang diorang nak follow tema...

Bertema-tema bagai tahun ni..

Tema nya.. Mickey/Minney Mouse!!

Dah kata sekarang Eusoff tengah minat bebenor Mickey Mouse keennn.. haruslah mama follow apa yang anak mama minat.... =p



*Kadang tak terkejar apa yang Eusoff minat. Asyik bertukar-tukar je musimnya...
Kejap Mr.Noddy, Upin-Ipin, Boboboy, Pocoyo, Altraman sekarang dah Mickey Mouse plak.. Tengok lepas nih apa lagi..haiisshhh... macam-macam la kamu ni wahai anak...

Tahun depan dah sekolah... perlu plan time table untuk Eusoff.. tak boleh sepanjang hari nak tengok kartoon  je manjang...





4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Dah nak masuk 3 tahun ya Eusoff. Nama nak sama dgn anak aunty tapi ejaan je lain. Aunty doakan Eusoff membesar sebagai anak soleh, beriman, bertaqwa dan cemerlang dunia akhirat. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aunty...Amin..amin..amin... Semoga doa-doa aunty Allah makbulkan...

      Nanti kalau Eusoff dapat adik perempuan pun nak bagi nama Maryam.
      Sama juga macam anak Zefa...=)

      Delete
  2. patut kene sambung birthday ngan pok der dan arwah atuk sekali laaa.. bulan october kan?!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok De..beresss..beresss...kira sekali jalan belaka...hihi
      Pok de, Ibu... arwah atok..

      Semua di bulan Oktober..=)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015