06 September 2013

Manisnya bila Jumaat tiba

Assalamualaikum…

Tenang je rasa Jumaat hari ni. Alhamdulillah keberkatan penghulu segala hari terasa juga walaupun hari bekerja.

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Tiap kali tibanya hari Jumaat.. terasa hari yang special luar biasa. Lagi-lagi hari Jumaat adalah hari bercuti bagi negeri Terengganu.  Hari cuti sekolah dan hari main-main je dari pagi sampai petang.. =p

Dah besar sikit hari yang boleh tolong emak buat apa-apa yang patut…. 

Kalo hari Jumaat arwah mak akan masak makanan tengah hari yang best-best. Kalo mak masak yang biasa-biasa pun tetap akan rasa sangat best bagi saya. Makan tengah hari di hari jumaat biasanya makan lepas ayah,abang-abang dan adik lelaki balik sembahyang Jumaat. Makan beramai-ramai dan pastilah makan pun bertambah-tambah.

~Rindunya saat-saat itu….. dan rindu nak rasa feeling hari Jumaat cam dulu-dulu..


Duduk di KL ni.. cam mana la nak bagi anak-anak kecil kita merasa feeling Jumaat yang pernah kita rasa dulu-dulu kan…? Macam tak  dapat...

Hari Jumaat – hari bekerja dan bersekolah.

Kesian Eusoff tak leh merasa hari Jumaat macam mamanya rasa waktu  kecil-kecil  dulu.

Walaupun balik sekolah setengah hari... terpaksa transit kat mana-mana dulu, samada taska ataupun rumah pengasuh sebab mama dan papa masih bekerja..

Alangkah bestnya tika anak-anak sedang membesar, mamanya ni boleh dok perati anak depan mata sentiasa.. 

Harap satu hari  nanti peluang itu ada... dan nanak dapat merasa alangkah "manisnya" tika Jumaat tiba..

Insya Allah....



2 comments:

  1. Jumaat, penghulu segala hari. Kzefa ttp rasa Jumaat best sbb fikir besoknya dah cuti. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Hahha..itu pun betul kak...
    Tapi masa kecik2 dulu hari Jumaat tetap rasa lain....
    Sungguh lain...ce tanya suami kak zefa...hihihi

    Kot la dia rasa aura hari jumaat yang best tu sama ngan apa yang saya rasa kecik2 dulu....=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015