30 April 2015

Instrument Lego –Drum set

Assalamualaikum..

Bila dah kate tetiba terasa ada hobi baru… -permainan lego, pantang weekend je memujuk en.suami pergi Mr. Diy Jusco AU2. Minggu lepas dia sibuk dengan kerja-kerja ofis.. tak terlayan permintaan macam-macam isteri dan anak-anak. Ok..nebermind.

Minggu ni, balik dari majlis makan-makan keluarga.. Terus tuntut janji.. nak beli lego lagi. Alhamdulillah tertunai hasrat nak menambah koleksi lego Eusoff. Kali ini beli Instrument Lego- Drum set. Eusoff seronok.. mama pun seronok sama!

Balik rumah tak menyabar-nyabar nak buat. 



Lego Drum set yang ini kurang susah berbanding piano set. Ambik masa nak pasang tak lama. 40 minit je kot. (Malu kalau orang terer main lego baca nih..hihi) Start en.suami panaskan makan malam.. sampai la diorang dah siap makan.. siap lah juga lego ni.. terer tak..terer tak mama Eusoff?? 




Dah siap 2 jenis.. semangat tambah berkobar-kobar la pulak…. Mmmm… Ini kah yang dinamakan hobi?? Hahaha






29 April 2015

Cari bahan-bahan makanan Elyass -April

Assalamualaikum..

Hari ini 29 April 2015 (Rabu) hari yang sungguh tak sihat. Petang semalam berhujan padahnya hari ini, pening kepala yang sangat teruk. Selesai hantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh, terus ke klinik. Dapat MC 1 hari. 

Alhamdulillah, boleh rest..

Kebetulan en.suami bercuti, elok ambil kesempatan untuk mencari stok makanan Elyass. Tanpa anak-anak, aktiviti membeli belah sungguh mudah walaupun kepala sakit sangat-sangat....

Hasil pencarian bahan-bahan makanan Elyass hari ini;


1. Pankek pisang Adabi
2. Anchor Unsalted butter
3. Ikan bilis
4. Betik
5. Lobak merah
6. Brokoli
7. Ubi Unggu

Bulan depan Elyass dah 9 bulan. Nak cuba bagi pankek pulak untuk dia. Tadi masa membeli kat Giant, ada tester pankek ni. Ada dua perasa, vanilla dan pisang. Saya ambil pisang sebab rasa dia lagi sedap. Pankek berstruktur lembut, jadi sangat sesuai untuk diberi makan kepada baby dalam usia 9 bulan dan ke atas. Sebab dah  ada gigi untuk mengunyah.

Abang Eusoff pun boleh makan sama-sama dengan adik.

Anchor unsalted butter tu, saya nak cuba menu tumis-tumis untuk Elyass nanti. Dah google dan dah mencari-cari resepi kat youtube. Nanti saya cuba buat dan saya share lagi di sini ye..?

Bai..





18 April 2015

Resepi Puri Mangga

Assalamualaikum

Jom berpuri lagi...

Malam ni tambah satu jenis lagi stok puri Elyass, puri mangga!

Pastikan pilih mangga yang jenis manis tau.. jangan la tersalah beli mangga belum masak atau memang jenis mangga yang masam. Mangga jenis gitu sesuai untuk mama-mama je yang makan tau... Takut menggundang anak kecil cirit birit je bagi masam-masam ni. Kesian tau..

Tak sure la mangga saya beli ni jenis apa. Dah seminggu pun beli, cuma masa je belum ada untuk proses jadi puri. Dah seminggu dalam fridge, sudah masak ranum tapi elok je tak buruk. Sambil-sambil potong untuk buat puri, sambil-sambil saya ngap seketul dua. Yummy...... manis sungguh!

Ok, meh tengok camne cara saya menyediakan puri mangga untuk Elyass. 

Check it out!


1. Sediakan mangga. Jumlah mangga bergantung kepada banyak mana stok puri yang dikehendaki. 
2. Kupas kulit mangga. Potong mangga kecik-kecik untuk memudahkan proses mengisar.
3. Mangga yang telah dipotong kecik, dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga betul-betul halus. Saya campurkan dengan sedikit air agar puri tidak terlalu likat.
4. Hasil mangga yang telah dikisar halus.
5. Puri sedia untuk dimakan! Lebihan puri boleh dimasukkan ke dalam bekas kecil-kecil atau bekas ais kiub yang bertutup untuk disejuk bekukan.

Siap!!

Simple dimple bukan. Jom lah cuba...! Mesti anak kecil anda menjilat sudu...

Bai..


16 April 2015

Berkongsi hobi – Permainan LEGO

Assalamualaikum..

Weekend aritu, en.suami ajak jalan-jalan cari barang. Kami 3 beranak follow je lah.. Ajak ke Daiso, memang lah tempat favourite saya! Barang yang en.suami cari ada. So, berlama-lama lah kami kat situ, sebab barang yang dia cari dalam jumlah yang banyak lah juga. Tapi, takde banyak barang pun yang saya berkenan. Pelik bin ajaib! =p

Akhirnya ambik juga satu pack tisu basah untuk mop lantai, stok kat rumah dah abis. Eusoff ambik juga satu mainan.

Lepas keluar dari Daiso, rasa teringin plak ke Mr.DIY. Ini pun tempat favourite saya. Kadang masuk tak beli apa-apa pun, tapi rasa puas dapat jenguk-jenguk saje.. Lain macam sungguh rasa puas tu! Pelik bin ajaib! Lagi.. =p

Kat situ, Eusoff dapat satu mainan LEGO, RM17.50. Saya beli 3 ikat penyangkut baju. Tu je..

Baguskan kalo tiap-tiap kali ke Daiso, Mr.DIY macam ni kan..? Selamat sikit poket en.suami..  Kalau kat sini ada Kaison, dah tentu saya terjah juge.. tapi takde.. so jimat le masa.

Nak cerita perihal mainan yang Eusoff beli di Mr.DIY sebenarnya. Mukaddimah panjang nau-nau..

PERMAINAN - LEGO

Sebelum-sebelum ni dah berpuluh-puluh mainan LEGO yang kami dah beli kata bang Eusoff. Tapi jarang yang dapat kami buatkan hingga menjadi objek yang sepatutnya. Kalau yang senang untuk dipasang tu.. biasa ada lah yang menjadi. Kalau yang susah tu.. biasanya dah buka plastik, terus je hilang sikit-sikit bahagiannya.. last-last kutip-kutip masukkan satu bekas- LEGO yang tak pernah menjadi! kihkihkih

Tp yang kami beli kali ni, LEGO Instrument -Piano, semangat saya lain macam sikit. Bermula rasa kesian kata bang Eusoff, tiap kali beli LEGO tak pernah menjadi seperti di gambaran luar kotak tu.. Lama-lama naik syok pulak memikir-mikir mana nak sambung..mana nak sambung lego nih.

Beli LEGO yang dulu-dulu, Mesti abang Eusoff hampa, bukak kotak kenapa tak pernah dapat macam kat gambar luar kotak?? [Dalam hati dia ada terlintas soalan macam tu mana nak tahu kan…] So, kali ni memang saya cuba untuk gigih. Elyass dah handover kat papa, suruh jaga.. sebab mama nak wujudkan LEGO Instrument –Piano depan mata abang, seperti digambarkan di kotak luar.

Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh! Fuh!

Dah la rabun, main pulak LEGO kecik-kecik yang amat. Gigih sungguh saya, sambil jarang-jarang sekali kena jawab soalan abang Eusoff “ Mama, LEGO piano dah siap..?”

Tunggu ye abang..sikit je lagi..sikit je.. (Padahal baru assemble tapak piona yang mule-mule..)

Wahhhh.. menguji minda sungguh buat benda alah nih! Lagi senang buat puri Elyass kot.. =p

Alang-alang dah buat…biar le siap sepenuhnya kan.. Kesian plak nak menghampakan harapan abang Eusoff. Jarang-jarang sekali dak kecik Elyass merangkak keluar bilik.. Saje letteww papa lepaskan tu……

Selepas berhempas pulas assemble LEGO abang Eusoff dari pukul 2.30pm ~ 8.00pm, berenti kejap-kejap untuk mandi, solat, layan Elyass, layan abang Eusoff, layan papa, makan… akhirnya siap jugak!!! Wahhhhhhhhhh… tepuk untuk diri sendiri okehh..





Rasa puas menyiapkan sebuah LEGO Instrument-Piano untuk abang. Nikmat puas tu lain macam rasanya. Lagi nikmat dari window shopping di Daiso, Mr.DIY mahupun Kaison…. Serius!!

Bila melihat abang Eusoff tersenyum gembira, melihat sebuah piano kecik comel di depan mata! Bertambah-tambah puas dan nikmat..



Tetiba rasa macam dah bertambah satu hobi baru saya –LEGO!

Dah start-start survey display rak kat ikea ko… hahahhahahha (tak hagak-hagak..baru dapat assemble 1 jenis LEGO je pun…) muahahahhaha… [Gelak jahat..cittt]

Mama dan abang Eusoff boleh share hobi dah.. Best! Best! Best!
Rasa nak pergi Mr. DIY je laaaaa….mmm…mmm….mmmm

Bai!





15 April 2015

Apabilaazambercerita sudah berubah wajah

Assalamualaikum....

Aritu dekat setahun blog ni sunyi..sepi..
Penangan berbadan dua... abis mood berblog semua kelautan Hindi.. Memang tak jenguk.. update apatah lagi.. Blog walking pun takde..

Pendek kata, memang tutup blog.. kunci ngan mangga!

Sekarang dah come back slow-slow... hehe =)

Sebab rasa rugi tak mencatat disini tentang anak-anak. Ibarat blog ni diari tumbesaran anak-anak je pun. Jarang-jarang sekali perihal kekeluargaan. Itu je... perkongsian ringan-ringan orang kata. Pasal rumah tangga, masalah dalaman, emosi tak stabil.. gaduh sana, gaduh sini, tak puas hati... unsur-unsur nagetif kita tak mo share sini.. No..no..no...

Alhamdulillah..

Sebab mood berblog dah makin stabil, terasa nak beri nafas baru le plak kat blog ni.. kasi berseri-seri gitu...

Atas bantuan Sue Haida, dari UMISUE Studio... angan-angan saya menjadi realiti..



Cepat kerja Sue ni..

Pagi tanya-tanya.. confirm nak buat..chit chat sikit-sikit...
Petang dah tunjuk artwork.. setuju, terus berubah wajah blog comel saya ni..

Ni hasil kerja-kerja tempahan edit blog dia... Tempahan Edit Blog March 2015
Kalau berminat boleh la contact Sue ye..

Hasil kerja sangat berbaloi-baloi dengan harga.

Cuba la.. perubahan yang sebegini mampu membangkitkan semangat berblog anda gitu....

Bai..!






14 April 2015

Resepi Puri Labu

Assalamualaikum..

Abang Eusoff kata pumpkin la mama… tan (bukan) labu.... sama je la abang oiii…. Puri labu ke pumpkin ke.. benda sama je.. Oh my English! la abang Eusoff nih..hihi

Sebut pasal puri labu, bukan Elyass je gemar.. saya pun! Rasa lemak-lemak labu, sudah cukup manisnya walaupun tanpa campuran apa-apa sumber pemanis. 

Nak tahu lebih lanjut apa khasiat labu? Baca sini ye.. KHASIAT LABU KUNING

Buah labu untuk bayi
Buah labu sangat baik untuk bayi, terutama untuk bayi yang telah selesai masa pemberian ASI ekslusif 6 bulannya. Kandungan nutrisi dan besar manfaat buah ini serta teksturnya yang lembut, adalah sesuai untuk bayi.

Saranan penyajian buah labu
Buah labu dapat direbus,, dikukus atau dipanggang dengan berbagai variasi. Untuk bayi, Anda dapat memberikan puri labu yang dapat dicampur dengan buah atau daging ayam atau jenis sayuran lainnnya. Anda pun dapat memasak buah labu  menjadi pancake, pie, kudapan kecil lainnya yang sangat baik untuk anak dan keluarga.

Cara penyediaan puri labu cara saya; simple je..


1. Sebiji labu masak
2. Buang kulit labu termasuk bijinya, labu dipotong kecil-kecil
3. Kukus selama 40 minit
4. Masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus, tambah air jika puri terlalu pekat
5. Hasil setelah dikisar
6. Puri labu yang telah siap boleh lah dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk disejuk bekukan.

Puri labu boleh dimakan begitu sahaja. Ada hari-hari saya bekalkan Elyass bubur nasi kosong campur dengan puree labu.


Sedap sehingga menjilat sudu..nyummm..nyum… nyummm…




13 April 2015

Resepi Puri Kacang Peas

Assalamualaikum…

Jom.. main masak puri anak-anak lagi. Masih ada beberapa jenis buah dan sayur dalam peti yang beli aritu tapi tak sempat nak proses jadi puri.

Kebetulan hari ni, plan makan kat luar sahaja.. jadinya saya ada lebihan masa selepas maghrib untuk buat puri Elyass. Cara sama je dengan lain-lain puri pun. Senang dan waktu penyediaan tak ambil masa yang lama. Sambil-sambil layan abang Eusoff dan Elyass.. sambil-sambil buat puri ni.


1. Sebungkus kacang peas diperlukan. Saya beli yang frozen sahaja.
2. Basuh bersih dan masukkan ke dalam steamer. Saya stim selama 60 minit. Sebab saya mahu kacang peas betul-betul lembut untuk Elyass.
3. Kacang peas yang sudah lembut dimasukkan ke dalam blender untuk diblend sehingga halus. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan puree tersebut tidak terlalu pekat.
4. Bland sehingga anda berpuas hati dengan tahap kehalusan kacang peas tersebut.
5. Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Siap untuk difrozenkan.

Mudah bukan?? Alhamdulillah siap sudah makanan Elyass anggaran untuk 1 minggu di rumah pengasuh.

Tengah-tengah penyediaan ni, tengah dukung si kecik Elyass.. mulut dia, chap..chap..chap tak berenti-renti.. Bagi rasa sesudu, dia mau lagi.. Suka nampak gayanya..! Bagi semangkuk kecik, abis disapu bersih. Ok anak, kita cuba 4 hari nanti ye..

Nampak tuan makanan yang tak menyabo-nyabo..

Ni first time bagi puri kacang peas. Bimbang takut terkena apa-apa alahan je. Harap-harap takde apa la ye..


Jom berpuri!

Bai!



12 April 2015

Resepi Puri Betik

Assalamualaikum..

Masa untuk berpuri lagi… jom..jom..jom..

Kesemua puri yang dah saya tepek resepi kat sini, semua yang sangat mudah dan sangat cepat masa penyediaannya. Cuma kalau lama sikit pun tang nak kukus tu je laa..

Puri betik ni… lagi..lagi..lagi mudah dan cepat! Terus skip proses mengukus ye..!

Semua maklum kan berkenaan dengan khasiat betik ni. Meh saya kongsi lagi kat sini khasiat betik hasil dari penggooglelan saya.. (owhh..teruk betul, penambahan pengimbuhan saya…haahaha… abaikan!)

“Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit”

Tang melawaskan perut tu saya sangat-sangat setuju…. Memberi makan puri betik kepada baby, bertujuan untuk memudahkan baby poo-poo.. Tak sembelit dan lancarrr je pembuangannya.


1. Sediakan sebiji betik yang masak ranum. Tak nak saya putik/belum masak tau..
2. Buangkan kulit dan biji betik, potong kecil-kecil untuk memudahkan proses kisar.
3. Masukkan ke dalam blender. Tambah sedikit air supaya puri anda tidak terlampau likat.
4. Hasil setelah diblender. Struktur yang halus untuk baby saya -8 bulan.
5. Masukkan ke dalam bekas kecil-kecil untuk difrozenkan.

Alhamdulillah.. siap sudah puri betik Elyass anggaran untuk seminggu makan.

Puri betik juga makanan favourite Elyass..

Selamat mencuba ye mama-mama sekalian!


Bai..



11 April 2015

Resepi Puri Bayam

Assalamualaikum…

Sedang mencari-cari apa lagi menu yang sesuai untuk diberi pada Elyass.. Takut diberi makanan sama, boring lak nanti..

Tetiba jumpa satu video kat youtube cara buat puri bayam + pisang untuk baby. Bukan video Malaysia, tapi video oversea.. Anak mak saleh makan puri bayam campur ngan pisang. Nampak macam sedap sangat-sangat puri tu sebab tak menyempat-nyempat siap mak dia buat, dia dah celup-celup dalam bekas puri nak makan...

Jadi terus lah pasang niat nak buat puri bayam + pisang tersebut.

Haruslah bayam sahaja diproses dulu siap-siap. Pisang nanti tunggu lenyek-leyek je.. atau dikisar halus bila nak makan nanti.

Jom tengok cara pemprosesan puri bayam. Kaedah sama yang saya tengok dalam youtube tersebut.


1. Sediakan sepokok bayam. Kuantiti ikut kepada kehendak masing-masing ye.
2. Patah-patahkan sayur tersebut. Saya ambil bahagian daun sahaja. Batang saya tak ambil. Basuhkan sehingga bersih.
3. Saya celur sekejap di dalam periuk dengan api yang sederhana. Anggaran air agak-agak tenggelam sayur bayam tersebut. Agak-agak 3-4 minit, saya terus angkat. Proses mencelur sepatutnya tidak lama. Takut nanti sayur terlalu masak dan hilang khasiat.
4. Setelah itu masukkan ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga halus.
5. Masukkan ke dalam bekas kecil, untuk difrozenkan.

Tak menyempat-nyempat, siap je puri ni saya terus nak cuba berikan pada Elyass. Saya lenyek-lenyek sebiji pisang dan campurkan dengan sesudu puree bayam tersebut.

Sebiji pisang dilenyekkan

Belum sempat sampai ke mulut pun puri bayam campur pisang tu, Elyass dah buat muka nak muntah dan terus pandang tempat lain. Pelik…. Tapi benar! Elyass jarang menolak makanan.. tapi kali ini, tolak dengan muka sangat tak suka. Nak kata tak sedap, cuba pun belum. Nak kata terlalu kuat bau bayam.. saya hidu-hidu takde lah teruk sangat baunya. Ke dia kenyang masa tu..?

Hasil setelah dicampurkan

Saya cuba suapkan dia pisang saja… eh.. laju plak Elyass makan.

Rupanya, warna hijau tua tu tersangat lah tidak menaikkan selera makan Elyass… hahahhahahha.. Nak gelak guling-guling je rasa..

Amboi-amboi..anak mama pandai ye…??

Puri ni nanti boleh ditambah ke dalam bubur nasi rasanya. Makan begitu sahaja sangat lah tidak sesuai. Kalau makan dengan pisang, hanya boleh campur sedikit sahaja puri bayam tu, jangan sampai berubah warna pisang tu…
Macam-macam….

Puri bayam yang siap difrozenkan

Selamat mencuba.. kot la anak-anak mama-mama semua suka menu ni… Mana tahu?

Bai..





08 April 2015

1st Quarter progress report 2015

Assalamualaikum.


Tahun ke-2 abang Eusoff di CIC. Kali ke-3 mama dan papa menghadirkan diri ke sekolah untuk ambik progress report abang. Feeling sangat berdebar gaya nak ambik result SPM abang je dah... ~27 March 2015

Tahun 2014 untuk 1st quarter banyak betul abang “Need improvement”.

Untuk 2nd quarter pula, Alhamdulillah.. ada perkembangan positif. Banyak yang abang dah improved berbanding 1st quarter. Ini bermakna abang clever boy..

Untuk tahun 2015 ini, 1st quarter, mama dan papa boleh la tersenyum lega, abang Eusoff baaaanyak improvement berbanding tahun lepas. Tapi masih ada juga yang kena improved lagi dan lagi dan lagi. Insya Allah abang Eusoff mampu! 

Untuk 2015 ni secara peribadinya, dah banyak perkembangan positif pada abang Eusoff.

Dari segi pembelajaran, Alhamdulillah alphabet A ~ Z, abang dah ingat dan dah kenal. Nombor 1 ~ 20 pun abang ingat dan kenal, dalam English lancar.. tapi dalam Melayu kurang lancar sikit untuk no 11 ~ 20. Alif ~ Ya pun sama, abang dah ingat dan kenal huruf. Cuma kadang-kadang boleh jugak buat lupa.

Takpe lah.. sekurang-kurangnya diusia abang 5 tahun semua yang basic dia dah tahu.

Mungkin ada kawan-kawan sebaya dia mampu menguasai lebih daripada itu, takpe.. mama faham mana kemampuan abang, dan mama tahu akan datang nanti abang boleh jadi yang terbaik dari sekarang.

Terima kasih kepada semua teacher-teacher Children Islamic Centre Taman Samudera..
Apa yang Eusoff tahu hari ini adalah jasa dari didikan cikgu semua. Terima kasih.






07 April 2015

Jatuh katil

Assalamualaikum…

Kalau ada anak kecik ni, benda yang paling ditakuti.. anak kecik jatuh katil.. Doa mintak-mintak lah dijauhkan.. Tak sanggup rasanya.. kita yang tua ni pun sakit, inikan pula anak-anak kecil kita. 

Teringan saya kata-kata arwah mak dulu; 
“Baby ni kalau dia jatuh..Insya Allah ada Malaikat sambut..” 
Allahu’aklam.

Harapannya biarlah kenyataan itu benar belaka.

Dalam meminta-minta jangan lah Elyass jatuh katil.. jangan la sekali-kali jatuh.. Tup..tup…tup… jatuh jua akhirnya.. Alahaiiiii kesian anak mama..
 
17 March 2015 -1st Jatuh katil – 7Bulan
02 April 2015 -2nd jatuh katil -8 Bulan
04 April 2015 -3rd jatuh katil -8 Bulan

Amik…….. tiap-tiap bulan dah jatuh katil anak mama… Kesian sungguh la.. 
Bulan ni rancak pulak jatuhnya.. owhhh..

Ceritanya seringkasnya begini, mama tidur dengan Elyass atas katil, abang Eusoff tidur ngan papa kat bawah. Biasanya abang Eusoff pun tidur atas, tapi entah kenapa ada malam-malam nak tidur ngan papa. Termasuklah dua malam 17 March dan 02 April tu. Dah letak bantal baik punya, tergolek-golek.. jatuh juga akhirnya. Pagar dengan bantal pun dah tak jalan..

Elyass sudah besar.. 

Jatuh yang ketiga tu.. waktu petang. Saya tinggal kejap dengan papanya, nak pergi panaskan puree dia. Papa tengah mamai waktu dikejutkan.. rupanya tak sedar apa pun waktu pesan jaga anak sekejap. Sedar-sedar anak dah kebawah... kesian Elyass.. jatuh lagi..

Harap lepas ni takde dah jatuh-jatuh..

Berkira-kira perlu beli Skiphop bedrail ler sepasang… Penghadang katil untuk Elyass, kiri dan kanan..
 
Kesian dia..


Teringat plak kisah budak jatuh di Kenanga Wholesale tempoh hari. Allahurabbi.. Menitik air mata masa tengok video yang tengah viral kat fb sekarang. Nak salahkan mak pun, tak boleh... mana ada emak nakkan anak jatuh dari tingkat tinggi macam tu. Sudah tersurat dan tersirat dari Allah begitu cara matinya. 

Syurga milikmu anak kecil.



06 April 2015

Resepi Puri Lobak Merah

Assalamualaikum....

Menyediakan puri untuk si kecil Elyass terasa seolah-olah terapi diri. Dalam rasa penat melaksanakan tugasan seharian di pejabat, balik disajikan pula keletah anak-anak yang macam-macam. Bila hati terdetik untuk membuat puri Elyass, kerajinan tu tiba-tiba membuak-buak. Lagi-lagi bila dibayangkan muka penuh teruja Elyass makan puri-puri yang mama sediakan.

Kepenatan dah tak terasa, seronok pulak tiba-tiba!

Stok makanan pejal 2 minggu Elyass sudah susut. Papa dah memborong buah-buahan di NSK untuk stok 2 minggu lagi. Ada lobak merah, betik, mangga, epal dan sayur bayam. Nak buat sekaligus, tak sempat.. jadinya mama buat puri lobak merah dulu..

Resepi simple juga... jom ikut langkah-langkah mudah berikut;


1. Sediakan lobak merah. Terpulang kepada anda berapa biji yang diperlukan.
2. Lobak merah dibersihkan, kulit lobak merah dikikis nipis, dan kemudian dipotong bulat.
3. Lobak merah tadi di steam sehingga lembut. Masa yang saya gunakan adalah selama 40 minit. Bagi yang tiada steamer boleh juga direbus menggunakan periuk biasa.
4. Lobak merah yang telah lembut dimasukkan ke dalam blender untuk dikisar halus. Masukkan air hasil dari steam tadi.
5. Blend sehingga halus.
6. Puree lobak merah sedia untuk dimakan oleh sikecil anda. Lebihan bolehlah diletakkan ke dalam bekas ais kiub untuk disejuk bekukan.

Lobak merah adalah salah satu makanan yang Elyass sangat suka. Lagi-lagi bila dicampur dengan puri kurma. Nyummm...nyum...nyum...

3 ketul puri lobak merah + 1 ketul puree kurma.

Burrpppp... kenyang suda... =)

Si kuat makan mama..









05 April 2015

Berlapang Dada & Berlapang Mata

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu..

Ahad yang diisi dengan aktiviti santai anak beranak.. Dulu situasi ni saya tak boleh tengok.. Sakit dan serabut mata.. Mesti sikit-sikit je mainan yang dibenarkan keluar dari bilik mainan. Entah kenapa..penyakit kot..... 


Sekarang ni saya cuba untuk berlapang dada, berlapang mata.. Abang Eusoff sudah besar, Elyass pun dah nampak gaya nak joint abang Eusoff main sekali.

Apa lah erti hidup anak-anak tanpa mainan.. walaupun ada, tapi disekat-sekat main..sebab takut rumah bersepah.. Insya Allah lepas ni, Sabtu dan Ahad adalah hari pelepasan mainan boleh keluar bilik ikut semahu kalian.


Mainlah sayang-sayang mama... Sebab esok rutin harian kamu sudah kembali seperti biasa..
Malam nanti semua mainan wajib kembali ke tempatnya =)

Deal??



Resepi Puri Jagung Manis

Assalamualaikum...

Nak share cara pembuatan puri jagung manis untuk si kecil!

Step yang sangat-sangat simple, semua orang boleh buat, Insya Allah. Waktu penyediaan pun tak ambil masa lama mana. Sambil-sambil tengah sediakan makan tengah hari, sambil-sambil buat puri baby.

Check-it out!!


1. Sediakan jagung manis yang difrozenkan yang sudah siap dileraikan. Kalau rajin, boleh jugak belikan jagung yang belum dimasak, cuma ambil masa untuk memproses jagung terlebih dahulu.
2. Jagung tadi di basuh sekali lagi, dan di steam. Saya steam selama 60 minit untuk memastikan jagung tadi sangat-sangat masak dan stuktur dia lembut. Bagi yang tiada steamer, boleh juga direbus menggunakan periuk biasa.
3. Masukkan ke dalam blander bersama air hasil dari steam tadi. Anggarkan air mengikut yang anda inginkan.
4. Blend sehingga halus.
5. Puree jagung manis sedia untuk dimakan sikecil anda. Boleh tambahkan susu ibu atau susu formula untuk menambah rasa sedap puri jagung manis ini. Lebihan boleh diletakkan ke dalam bekas ais kiub untuk disejuk bekukan.

Mama saya nak makan puri jagung manis...

Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015