01 March 2013

Ceria di 01 March..seceria warna henpon pink!

Assalamualaikum...
Sudah masuk March dah pun...sekejap sangat berlalu 2 bulan pertama di tahun 2013.
Alhamdulillah..kehidupan dilimpahi kegembiraan sentiasa bersama suami dan nanak tercinta. Setiap hari memikirkan bagaimana ingin lebih meningkatkan kualiti diri dalam kehidupan, kualiti amal ibadah kepada Allah S.W.T juga. Semoga usaha kami suami isteri dipermudahkan.... Amin..
Hari ini, bangun pagi-pagi nanak buat perangai comel sikit.. Minum susu dalam buaian. Sampaikan mama dan papa dah nak pergi kerja, lampu, kipas dah tutup pun..dia tetap relax je dalam buai.. Nak mengangkat.. menjerit-jerit.."Tak nak!...nak uwaiiii.." Alahaiii anak..
Dipujuk-pujuk lelama mengalah la jugak... Tu pun sebab mama bagi hanpon mainan yang beli semalam. Pink jugak pilihan hati... aiissshhhhh... Normal tak anak lelaki sukakan warna pink eh? [Harap-harap ini hanyalah sementara....huhu]
Saya tepek di sini, gambar ceria warna-warni nanak di pagi hari 01 March... Seceria warna hanpon nya... layan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015