09 March 2013

Berkelah @ Pantai Remis Kuala Selangor

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama merancang, merancang dan merancang aktiviti bersama keluarga.. Namun setiap kali perancangan biasanya tak pernah lagi terlaksana, ada je hal-hal yang tak dapat dielakkan. So perancangan hanya tinggal perancangan aje..
Tapi kali ini, kami Berjaya dengan success merancangan aktiviti bersama keluarga : Berkelah di Pantai Remis, Kuala Selangor. Perancangan yang tidak dirancang, tapi cara sebegini yang akhirnya terlaksana. Lazimnya begitu lah….


Lauk pauk simple..tapi tetap berselera..

Yang pergi tak ramai, saya sekeluarga, bapa mertua dan adik ipar serta sepupu sekeluarga. Biarpun tak ramai tapi happening! Kak ngah masak ayam percik, nasi putih, saya lak masak ikan tongkol masak lemak cili padi bersama terung, ayam masak merah,  ikan kembong goreng, masak lemak pucuk ubi. Untuk pancing selera abah perlu lah masak resepi ala-ala kampung. Baru lah makan bertambah.. ditambah lagi dengan pemandangan laut terbentang luas saujana mata memandang dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa…. Memang asyik gitu.. Sedar-sedar je pinggan dihulur mahu bertambah..=)
Sampai sana dalam 3.30 petang dah…. Perut pun dah menyanyi riang mintak diisi… Air laut masih lagi nun di tengah laut… Mujur lah angin tetap ada menghembus mesra menyambut kedatangan kami.
Bentang tikar, hidang semua juadah yang dibawa..makanya menjamu selera lah kami beramai-ramai, sambil mata menjamu keindahan alam semulajadi.


Subhanallah.. Indah alam ciptaan Allah..Alhamdulillah

Cantik pemandangan… kapal-kapal besar nun tengah belayar di lautan… burung bangau mencari makan di gigi air di tengah laut sana. Burung-burung bebas terbang berkicau diudara……. Kiri kanan kami ada keluarga lain yang turut sama juga berkelah..ada yang sudah siap menjamu selera, menikmati pemandangan yang indah bersama ahli keluarga mereka juga..


Nanak yang sangat teruja.. 

Makin lama kami menunggu..siap makan segala..lepak-lepak sambil gelak-gelak, borak-borak, nanak lak gembira tak terkata bermain-main berkejaran ngan abang Aish dan along Haziq... air laut semakin pasang hingga la sampai ke anak-anak batu... Angin laut makin galak menghembus.. Best.. Jarang-jarang sekali menikmati keadaan sebegini terasa nikmat luar biasa... Balik Terengganu pun jarang saya dapat menikmati keadaan sebegini disebabkan kekangan masa.


Best cousin forever.. Insha Allah..=)

Sayangnya..air laut sangat lah tidak mengizinkan untuk mandi-manda... keruh... Kami maklum akan keadaan ini. Sememangnya begini lah keadaannya.. Mujurlah anak-anak kecil buka jenis yang suka nak main air. Lagi-lagi Khilfi Eusoff yang takut dengan air pool...apatah lagi air laut camni.. tak heran dia kata.. =p
Aktiviti tambahan petang itu sementara menunggu senja berlabuh.. main layang-layang "Angry Bird warna pink" hihih.. kasi lah chance anak-anak riang menikmati layang-layang.. Anak-anak riang yang dah tua sebenarnya...hihiihi


Pok De & Eusoff dan "Layang-layang Angry Bird Pink"

Kanak-kanak riang sedang bermain layang-layang.. =p

Perbincangan cara betul menaikkan layang-layang setinggi mungkin..haha



Nanak dalam cubaan merampas tali layang-layang.. =)


Sudah menghampiri senja..kami berkemas, untuk misi seterusnya menikmati kelazatan Ikan bakar @ Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Tempat femes yang menjadi bualan ramai... =) Dah sampai di Kuala Selangor tak lengkap rasa nya tidak singgah di sini.




Thanks buat sepupu semua, Kak Ngah, Abang Man, Die, dan si comel Haris dan Haziq.. tak lupa buat abah dan adik tersayang.. Kesudian korang untuk ikut serta yang menjadikan aktiviti kali ini terlaksana..
Tanpa korang... berkelah je lah kami kat rumah depan tv bertiga sambil tengok Upin & Ipin...hehehhe =)

8 comments:

  1. cantek2 la pic pmndgn tu semua..pndai tgkp gmbr!! sronok!

    hppy je ank bujangnya tu ye..budak2 semua satu keseronokkan buatnya..

    mskan sedap2 n byk pulak tu..menantu ksygn ni.. <3 hehehe

    owh diana xsinggah kedai mkn kt tepi pntai remis tu ke? dkt ctu ikn bkr n kerang2 n sgalanya sedap coz smbl dia mmg sdp..kt muara ni mmg da popiler tmptnya..

    slalunya cenggitu la..bnda yg drncg slalu xmjadi tp bila xdirancang tu pula yg mjadi..

    apa2 pun sronok sgt kan dpt sesekali bkumpul bsama kluarga tsyg bgini..

    ReplyDelete
  2. Main tangkap je luv...mungkin kebetulan dapat tangkap yang cantik2..
    Menantu tak pandai masak sangat pun..masakan Terengganu, abah lak memang dah biasa ngan masakan Pahang.. =)

    Owh kedai makan kat tepi pantai tu pun pernah gak makan sekali... Best jugak la makanan dia.... Aroma pun best.. mahal sikit sebab tempat ekslusif kot....

    Sangat-sangat seronok luv... Kenangan yang sweet untuk dientrykan..
    Kenangan masa depan =)

    ReplyDelete
  3. seronokkan...nnti kita gi tmpt lain lak...ini salah satu kenangan terindah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beresss ngah lepas nih kita plan-plan lagi.. ok? =)

      Delete
    2. insyaAllah...ni ade plan nak ke Ipoh umah sepupu makngah,maknanye mak sedara sepupu kita nak join x?

      Delete
    3. Ye ke... Bila perancangan nak pergi tu..?
      Kalau tarik ok, kitorang takde apa2 aktiviti boleh je nak joint pun.

      Delete
  4. wah...bestnye...

    *sy xde mud nak updte blog skrg ni..xtau knp..jalan2 kt blog org pon dh jarang..mud mlas je...xtau bile nak mai mud berblog lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut lah jarang dah nampak update... x de mud ye.. ke ada pa-apa nih...=p

      Takpe..take your time... nanti dah ade mud menulis balik ye.... =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015