Assalamualaikum..
Korang balik kampung tak cuti Chinese New Year bebaru nih? Saya balik Raub... Tak plan lak nak balik Terengganu, takut bersesak dengan jam yang teruk..owh..pengalaman tahun lepas masih lagi menghantui...
Balik Raub aritu pun, baliknya hari Sabtu petang... Dengan harapan dah ramai yang pakat balik malam sebelum dan pagi tuh... Harap-harap petang kurang lah sikit jam nyer.
Tengok-tengok gak ar sumber terkini...melalui fb, twitter, berita semasa, telefon kawan-kawan kot ada yang dalam perjalanan... Ramai yang bagi tahu jalan masih jugak jam masa kami nak bertolak petang tuh..
Fikir punyer fikir punyer fikir... en.suami whatspp la member-member lame dia..bertanya ada sape-sape mau balik kot jalan lama.. Uisshhh..ada rupanya..mujur bertanya.. kalau tak tersekat dalam jam ah ding dong arrr kami bertiga...
Excited kot nak balik Raub melalui jalan lama..
Pernah ajak en.suami...tapi en.suami muker je ganas.. tapi dalam hati ada rose! kehkehkeh
Takut katanya.....
Perjalanan melalui jalan lama sebenarnya sangat lah best! Melalui perjalanan yang menghijau..kiri kanan semua hutan...Patut arr en.suami takut balik kalo sendiri je.. Dia kata ada kes rompak kalau hari-hari biasa melalui jalan ni..sebab tak banyak kereta. Kesahihan cerita en.suami adalah tidak diketahui kebenarannya...
Waktu kami balik nih..banyak jugak ar kenderaan..termasuklah bas yang nak ke Genting Highlands, lori besar gedabak tuh.. kereta, van, motor... Tapi jalan tak jam pun... bergerak laju je...
Perjalanan sikit mencabar sebabnya, jalan sempit, ada selekoh yang tajam, dan jalan nih betul-betul dilereng bukit.. Tak leh bawak terlalu laju..tak dan membrek makanya jatuh gaung la jawabnya.
Memandu di sini perlulah berhati-hati dan tumpuan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada pemanduan. Nanak yang hok-hek-hok-hek nak kacau papanyer pun..papa buat bolayan je.. hihihi sian nanak.
Tapi pemandangan sangat lah super duper best...
Satu part tu menyusuri sungai yang panjang... Owh betul-betul panjang.....
Satu part tu kami menyaksikan air terjun. Dapat berenti main air yang sejuk nih alangkah bestnyer kan? Tapi nampak cam tak sesuai arr nak berenti kat sini. Bahaya kot....
Satu part tu leh menyaksikan perkampungan orang asli, anak emas negeri Pahang....
Satu part tu leh menyaksikan TNB ngah pasang wayar elektrik..Entah ar untuk apa.. En.suami kate nak pasang Unify dengan muke penuh confident nyer... Saya hangguk-hangguk aje... Tipu pun leh jadi gak en.suami nih...suke main-main tau....=)
Tapi tu arr arr.... nak pasang wayar elektrik nih dah makan sebahagian jalan dah.. sebab atas sane kan jalannya sempit dan takde bahu jalan lak tuh.... Mujur ar takde kete dari arah bertentangan jalan. Kalau tak jam ar jugak sebab kerja-kerja nih..
Satu part tu boleh menyaksikan highway yang jam ah ding dong! Errkkk rupanya kami berada di paras yang teramat tinggi...sangat-sangat tinggi okeyy... gayat pun ado....
Dalam gayat-gayat tu kami siap bertepok tangan lagi sebab dapat larik dari jam tuh hahahhahahahhaha kelakor..
Banyak part-part menarik dalam ekspedisi kami balik kampung kali nih..=p
Yang pastinya kami selamat sampai ke kampung halaman walaupun terpaksa berjalan jauh sikit. Kalau melalui highway lebih dekat sebenarnya...
Takpe jauh..asalkan kami tak terperangkap jam...lalu highway kang nanti, jem perjalanan, mood nanak jam, jam otak, jam montot.. jam segala-galanya...=)
Balik kl lak hari Isnin petang melalui highway aje... En.suami tak berani lalu jalan lama sebab takde geng nak together-gether... see..dalam hati ada rose kan? kihkihkihkihk
Tapi Alhamdulillah...tak jam langsung pun..
Kalau balik hari Selasa... mungkin merasa kelazatan dan kenikmatan jam yang tak terhingga itu..=p
#Bagi yang berhajat nak lalu jalan lama ni untuk balik kampung len kali, jangan bimbang..saya rasa cam selamat je... Cuma memandulah dengan penuh berhemah.. Tumpukan perhatian kepada pemanduan... kecuaian seminit boleh membawa kepada padah yang menggerunkan..
Keadaan kawasan ni jika memandu di waktu malam mungkin tersangat lah gelap... Jika keadaan highway tidak bermasaalah...tak yah la kot lalu jalan ni.. Cam bahaya je...
Yang paling penting pastikan break kenderaan anda berfungsi elok.. Sebab nanti ada laluan yang menuruni bukit.... Pastikan juga minyak kenderaan anda penuh tangki, tayar kenderaan elok dengan angin mencukupi..sebab laluan sini takde stesen minyak nak isi minyak, isi angin segala.. Kalau rasa lapar makan ar dulu siap-siap... Kalau anda seorang yang suka makan-makan jajan dalam kete.. singgah ar dulu kedai beli jajan siap..beli air siap..sebab laluan nih tak de kedai-kedai...apatahlagi R&R...
Kalo rasa nak membuang kecik mahupun besar...lepaskan lah dulu hajat siap-siap.. Kang nanti kene lak bereti tepi jalan wat free show kepada pemandu lain kihkihkihkihk..
Mulakanlah perjalanan anda dengan Bismillah semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke kampung halaman..
Lalui lah perjalanan yang menarik dengan kehijauan alam yang sangat best ini. Keindahan alam ciptaan Allah S.A.W yang maha agung, maha kaya..
Daa..