19 January 2017

Bila mereka dan besar, berwrestling pulak dah..

Assalamualaikum...

Sekali datang rasa tak best pulak nak simpan gambar-gambar macam ni kat sini..😐 Tapi sebagai sebahagian dari kenangan pembesaran dua beradik ni... abang Eusoff dan Elyass.. mama gagahkan diri tepek je gambar Elyass gaya ni.

Tapi jangan salah faham tauuuu... ini bukan la penderaan ke apa..πŸ˜…

Dah namanya dua-dua pun hero tak nak kalah... ending dia yang kecik la selalu mendapat lebih. Abang pun dapat juga.. sama-sama dapat je sebenarnya.. 😯 

Tapi kali ni adik tewas habis!! Tapi tetap control macho je walau muka dah calar balar.. Tetap menten hensem dan konfident biar calar balar tu berdarah pun! Takde nya dia nak report kat mama bagi tahu abang buat atau sakit ke.. 

Abang Eusoff?
Kena marah gak sedas dua..πŸ˜” biar jadi pengajaran untuk dia. 





Hmmmm... bila anak-anak dah besarr....
Uncontrol dah rasanya...πŸ˜₯ lagi-lagi bila mama dah settle-settlekan dorang dan mama dan dalam mood mendesign depan komputer.

Allah..permudahkan lah membesarkan 2 hero ini.. Amin....

15 January 2017

Selesai "pakaikan baju" untuk buku-buku abang

Assalamualaikum...

2 minggu abang melangkah ke tahun satu 2017, baru lah selesai sepenuhnya sesi memberi pakai baju untuk buku-buku sekolah abang. Mujur lah untuk sekolah kebangsaan 3 minggu ini tak perlu bawa buku ke sekolah. Mama utamakan buku-buku sekolah agama sahaja dahulu..sebab sekolah agama, abang Eusoff dah start belajar dah.



Memang struggle sungguh, 60 biji buku... buku teks, buku latihan dan juga buku tulis untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ambik masa dua hari juga nak menyiapkannya. Bukan dua hari direct tau.. bertangguh berhari-hari nak sempurnakannya..πŸ˜…πŸ˜…

Mama rasa serba tak kena selagi tak siap sampul semua.. maca ada menda tak settle..πŸ˜… Dah siap ni, rasa lega dia tu... fuhhhhh.. tak leh digambarkan dengan kata-kata!! 

Seperti tahun-tahun sudah.. mama gunakan book cover laminated -self-adhesive untuk buku teks dan buku latihan. Tak susah pun cara memasangnya..cuma nak kena teliti takut ada gelembung-gelembung undara tetperangkap di kulit buku tu.. kalo ada kena lurut-lurutkan bagi hilang gelembung udara tu.. baru la comeyyyy.. kemas je..!




Memang merah jari jemari mama bang balutkan buku-buku kamu nih. Harap-harapnya tahun depan mama leh bersara dah... kamu buat sendiri la pulak..πŸ˜„πŸ˜„

Minggu ni, minggu ke-3 tak pelu bawa buku ke sekolah kebangsaan, lagi satu minggu berat la bag kamu wahai abang.. hihi




08 January 2017

Mini Karnival MakanannTradisional & Produk Terengganu

Assalamualaikum...


Berkesempatan juga harini ke mini karnival makanan tradisional & produk Terengganu. Hari terakhir dah pun harini..

Sebab memang lah bangsa suka makan.. lagi-lagi makanan negeri sendiri ni.., jadi memang tak lepaskan peluang laa. Menda yang sangat berhajat nak makan adalah rojok kateh, makanan famous orang Terengganu terutama di bulan puasa dan di waktu raya haji. Barang susah nak dapat nihhπŸ˜„

Dalam pukul 11 lebih dah sampai sana.. mujur senang parking.. terus je masuk ke khemas jualan.. tengok kiri kana, depan belakang... dah tak keruan.. (tambah lagi tengah lapar..) ambik-ambik dan bayar.... nahh.. ni dia...





Dan sejenis lagi keropok lekor/keropok cheese.. masuk kereta terus ngap dok dang-dang.. jadi tak sempatnya dia berselfi..πŸ˜‚

Semua sedap-sedap.... hilang rindu kepada makanan negeri tercinta itu..

Sesambil membeli, berkesempatan pula menjawab soalan kuiz.. dah dapat menang hadiah.. Alhamdulillah langkah kanan harini..


Sempat bergambar dengan orang kuat diantara yang kuat-kuat disebalik majlis ini.. En.Ridhwan..heheh..
Kasi can suami ngan anak-anak je la bergambar.. mama is malu..πŸ™ˆ takut tak muat kamera..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Kekenyangan makan makanan unik Terengganu. Terlepas rindu... sebab dah lama tak balik kampung.

Alhamdulillah, banner, bunting name tag untuk majlis ni, berpeluang supply pada mereka. Permulaan yang baik untuk di awal tahun ini bagi saya. Beginner designer sahaja.. tapi Insya Allah.. boleh cuba buat yang terbaik untuk anda..

Kau minat nak buat design dan printing untuk backdrop/bunting/banner atau item-item lain... leh la pm kat fb mama Eusoff Elyass ye..

Fb: Nordianah Alias.

😊

07 January 2017

Sesi persekolahan 2017 : Sesi petang - Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum...

Dah 4 hari berlalu minggu pertama persekolahan... mama baru nak mengupdate kisah sesi petang persekolahan hari pertama - sekolah kebangsaan..πŸ˜…

Setelah melalui hari pertama persekolahan sesi pagi untuk sekolah agama dengan lancar.. dan abang Eusoff pun macam follow the flow tanpa buat perangai.... mama ingatkan untuk sesi petang akan lancar sempurna seperti sesi pagi juga.

Rupanya... tidak..sama sekali..πŸ˜‚

Dia tak buat perangai yang teruk sangat laaaa... tapi dia mengeluarkan ketegasan dalam percakapan dia.. dan dia usaha untuk laksanakan apa yang dia nakπŸ˜‚πŸ˜‚

"Mama.. boleh saya tak nak pergi sekolah...? Nak duduk rumah jeeee..."

Mama krik..krik.. pandang papa sambil buat muka kelat yang amat. Dan papa balas senyum pada mama dengan senyuman tawar jee.. masa tu tengah laju-laju siapkan makan tengah hari dan siapkan bekal sekolah dia.

Diam-diam abang Eusoff bukakan balik baju, seluar, stoking yang dah dipakaikan tauuu... rasa nak menangis! Papa ambik alih untuk sesi memujuk.. (mama tak mampu nak menghadapi situasi begini biasanya.. so serahkan saja pada yang pakar..) 

Pujukan berjaya.. dengan rela hati dia pakai balik semua.. dan senyum tunggu nak makan nasi sebelum ke sekolah. Apa yang papa janjikan tak tahu laahh...😁


Sampai sekolah... salam mama, papa dan Elyass, masuk dalam barisan mengikut kelas di dewan besar.. dengar amanat cikgu-cikgu.. dan berjalan dalam barisan masuk kelas. Ok dah.. tak de perangai apa-apa pun.. leganya Allah sahaja yang tahu.. fuhhhhh...!


Perati dari jauh jap...sebelum beredar balik. Biarlah dia di situ menimba ilmu. Apa yang perlu dirisaukan... percaya dengan kemampuan dia.. Abang Eusoff dalam proses menimba ilmu dan pengalaman hidup. Inilah permulaannya..


Dalam hati rasa nak nangis.. 
Anak mama dah sangat..sangat.. sangat besar!

Cepat sungguh masa berlalu....

03 January 2017

1st day school 2017 - Sesi pagi : Sekolah agama

Assalamualaikum...

Emosi bercampur baur pagi-pagi.. Anak sulong mama dah ke sekolah rendah. 😒

Duhai masa.. laju sungguh berlalu pergi.. 
Sehinggakan tanpa sedar anak-anak makin menginjak dewasa.. dan mama papa bertambah usia. Allahuakbar..

Pagi-pagi seperti dijangka.. adengan bangun pagi bermula. Papa cool je.. laju-laju bangun siapkan diri.. masuk dapur tung tang tung tang..siap nasi goreng telur dengan sausage untuk bekalan abang. Tugas mama, siapkan abang.

Angkat bawa masuk bilik air.. berperang mandikan dan gosokkan gigi. sukar tapi mama berjaya!

Siapkan pakai baju, stokin, songkok, jam..galas bag.. baru muka ada senyum. Keluar rumah.. tanah masih gelap..
"Kenapa kita kena pergi sekolah at the night time mama..?" πŸ˜‚

Sampai sekolah bawa masuk kelas. Dudukan abang di sebelah Farouk dan Ashraf. hihihi... siap-siap mama bagi kawan tau.. takut tak reti nak mula berkawan.

Krik..krik..krik...

Masing-masing sepiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Ustazah masuk kelas bawa pergi dewan untuk perhimpunan.. Mama, papa, Elyass tinggalkan abang di sekolah. Belajar berdikarilah..

*cari breakfast.. mama lapo..kikiki


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015