Selamat hari raya..
3 hari beraya di kampung Terengganu terasa tak cukup..walaupun dah balik dua hari sebelum raya pun. Mengejut rasanya raya ke-3 dah kene bergerak balik ke Pahang, sambung beraya di rumah mertua pula. Mengejut pulak terpaksa balik ke KL dah setelah 3 hari beraya di kampung Pahang.
Mood rindu kampung halaman is ON! Sejak raya ke 7 hingga la ke harini pun.. :(
Sampaikan update blog ni pun dah kelaut rasanya. Sunyi sepi aje blog selepas raya. Hilang rentak rasanya..hihihi
Ni baru nak cuba-cuba serikan balik.. untuk mulakan semangat... jom la citer-citer pasal raya anak-anak..
Raya abang Eusoff dan Elyass, Alhamdulillah nampak macam seronok je. Sambut raya dengan sepupu-sepupu. Raya pertama berjalan dengan mama dan papa la. Masuk je raya kedua dorang dah jalan raya sesama sepupu je sini sana. Abang Eusoff la kurang sikit nak mengikut. Dia lagi suka duk rumah main ngan sepupu-sepupu yang tak berjalan. Tapi Elyass, mengikut je sepupu-sepupu bawak beraya. Sampai rumah je serah duit raya kat mama. Berpeluh-peluh dengan baju raya ha... pastu sambung jalan lagi.
Raya per-1 Awal bersiap nak gi sembahyang raya.. |
Raya per-1 Berkunjung ke rumah ayah long |
Raya ke-2 bersama sepupu-sepupu, geng jalan-jalan Elyass ni.. |
Beraya di Pahang, belum ada sepupu sendiri.. cuma balik kampung sekejap..jumpa juga dua pupu dorang. Seronok jugak walaupun kejap je jumpa. Selebihnya duduk rumah atok tengok tv dan main dengan kucing-kucing belaan atok yang comel-comel tu.. Eusoff penakut kucing dan Elyass sangat-sangat-sangat sukakan kucing. Berbeza kesukaan mereka.
Raya ke-4 balik kampung Temau, bersama dua pupu Eusoff dan Elyass |
Tangan adik Elyass dengan jari pease... satu! |
Selamat hari raya diana!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Jaja!
Delete