Minggu terakhir Ramadhan 1437H.
Sekejap sangat kan... baru je rasanya masak kan ayam goreng, tempei masak kicap, tom yam dan sambal belacan untuk berbuka hari pertama berpuasa.. tup..tup.. kita dah berada di penghujung Ramadhan dah pun..
Untuk minggu terakhir ni.. masih cuba untuk memasak.. walaupun kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa dah pun... 😂😂
dan penyakit "M" pun dah menyerang sikit-sikit ni haa...
2 jenis lauk sahaja untuk berbuka 22 Ramadhan.. itu pun start masak pukul 6.30ptg. Melayan rasa "M".. berbelah bahagi samada nak memasak atau nak membeli je. Sudahnya tetap pilih untuk memasak dan terkejar-kejar la masaknye. Azan Maghrib, sup tulang masih di dalam noxxa, belum siap pressure lagi pun...
Hari ke 23 Ramadhan, berbuka seorang diri ditemani anak-anak sahaja. Atas tuntutan kerja en suami.. maka hari ini kami berbuka sendiri-sendiri. Menu berbuka pun sesimple yang boleh aje. Alhamdulillah..
Stok lauk dah dipenghujung-hujung.. masak apa yang masih berbaki. Hari ni masak simple-simple sahaja... Tapi puasa-puasa ni.. mende simple pun terliur bukan main....
Lepas en.suami balik kerja 25 Ramadhan.. kami ke Ikea hunting for something. Dah alang-alang kat situ, terus je la mencari tempat berbuka di The Curve shopping centre. Main terjah sahaja kat restoran Ma'Cik Biryani sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka.
Beriani kambing untuk en.suami, kuew Teow Sup untuk saya dan set nasi kari ayam + sayur+ telur mata untuk anak-anak share berdua. Rasanya..? hmmm boleh la... masak kat rumah lagi sedap kooot :p
26 dan 27 Ramadhan lauk nampak sama.. dah hujung-hujung kurang idea sungguh. Masak sahaja apa yang rasa senang buat.
Untuk update menu berbuka 28, 29 dan 30 Ramadhan 1437H.. sikit kecewa.. dah balik kampung, dan nak pegang hp pun tak sempat langsung..
Maafkan saya... hihi..
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.
Dari kami, Azam, Diana, Eusoff dan Elyass.
No comments:
Post a Comment