Assalamualaikum..
Harini abang dan papa sampai rumah sedikit lewat.. menyinggah tapau makanan katanya.. abang nak pizza giant. Naikkan abang kat rumah, papa terus berkejar ke tempat kerja balik.. ada kerja urgent perlu diselesaikan malam ini juga.
Mama kena handle anak-anak sendiri la malam ni.. 😊
Papa takde biasanya abang mudah diuruskan... anak manja papa la katakan..
Siap mandi
Siap pakai baju
Siap solat ikut mama
Siap baca iqra'
Siap homework
A : Mama.. saya nak main mainan dan tengok tv, please...?
M : Tak boleh.. abang boleh pilih satu sahaja, nak main mainan atau nak tengok tv. Pilih hanya 1
A : Alaaaaa...
M : Ya!
A : Mama... saya nak main mainan and Elyass nak tengok tv. Pleaseeeee.....?
M : ............. (Pandai alasan dia bagi.. nak juga dua-dua..)
A : Boleh mama? Saya main mainan and Elyass tengok tv?
M : Tak boleh.. Elyass kene ikut apa yang abang buat, kalau abang main mainan, Elyass main mainan... kalau abang tengok tv..Elyass tengok tv juga..
A : Okk.... (nada kecewa sambil buka pintu bilik mainan..-abang pilih main mainan)
Kalau papa takde.. biasanya Eusoff boleh mengikut arahan.. tapi kalau papa ada, biasanya dia akan bertegas juga nakkan apa yang dia nakkan.. dia tahu papa akan berikan apa yang dia nak..
Sekarang tengah main mainan dua beradik tu... tv memang tak dibuka. Kejap lagi dah boring main mainan mesti mintak tv pulak.. confirm..😅😅
Ok betul!
Setengah jam je dalam bilik main mainan dua beradik ni.. skrg dah mintak nak tengok tv dah pulak...😅😅
Abang oh abang... dapat juga dua-dua yee.. cuma bukan dalam masa yang sama jer.
Banyak dah "akalan" dia..
Mmg eusoff guna "saya" utk ganti nama dia ek...comel!!! Arissa pon sama la...byk akalnya...kalau ummi dan abah ada lg la mengada2 manja kededek...kalau salah sorang xde sgt behave la plak...huhu...
ReplyDeleteYe jaja.... ganti nama yang dia guna adalah saya..
DeleteDulu masa umur 4 tahun baru-baru sekolah.. ada gak tercakap "aku".. bimbang juge masa tu.. tp lama2 takde dah...
Agak2nya umur2 dorang ni mmg macam tu agaknya kan jaja?
Bertabah lah melayan.....😅