01 March 2016

Takut pada vacum

Assalamualaikum...

Kelakar tak bila dengar ketakutan melampau kepada vacum? Kelakar kalau orang tua yang takut kan? kalau anak-anak kecil tu normal la sebenarnya.. Abang Eusoff sedari kecil hingga la ke umur 5 tahun ni, itu lah ketakutan yang tak pernah kurang pada abang. 

Sekarang adik pula menyambung pembawakan sifat takut pada vacum tu.


Tak cool okayyy abang, adik.. :-p

Dalam sehari di hari weekend, mama akan vacum banyak kali bergantung kepada tahap kebersihan karpet. Kalau sehari 5 kali Elyass minta biskut,makan 5 kali la saya akan vacum karpet. Kalau sehari tu Elyass hanya makan nasi, tak minta biskut.. tak de la acara menvacum karpet. Begitu...

Tapi seronok tengok gelagat adik beradik ni bila mama start nak menvacum. Baru tarik keluar vacum, nak disambungkan ke plug.. dua beradik ni dah lari masuk bilik dulu.. :) Walaupun waktu tu diorang tengah tengok cerita karton yang paling best pun... diorang sepakat lari laju-laju bersama-sama masuk bilik. Geli hati pun ada melihatkan perlakuan dua beradik ni.

Kalau 5 kali sehari mama vacum karpet, maka 5 kali la mereka marathon bersama-sama, kecuali ada-ada masa mama curik vacum karpet waktu mereka tidur. Tak nak la selalu sangat mengganggu gugat ketenteraman jiwa mereka kan... :p


Nampak tak 2 beradik memerhati dari jauh.. masa ni dah stopkan vacum pun. Abang dah tanya, "mama dah siap work ke, mama..??"

nampak mereka slow-slow keluar bilik, nak sambung tengok karton, mama on kan balik vacum tiba-tiba, hahhh berterabur diorang lari masuk bilik balik..hahahhah 

Jahat mama ni tauuu.... kuikuikuikuik..


video

Just kidding ye anak-anak mama... :)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015