17 March 2016

SOHO -Small Office Home Office

Assalamualaikum…

Pada saya sangatlah menjadi keperluan di setiap rumah menyediakan satu ruang khas untuk penyimpanan dokumen-dokument penting, bil-bil semasa, resit-resit bayaran… Selain dari memudahkan dan memendekkan masa untuk mencari semua benda ini apabila diperlukan, ia juga secara tidak langsung menjadikan rumah kemas sentiasa, tiada lagi surat-surat disana sini, bil-bil disana sini.. resit-resit di mana-mana, buku-buku dimerata tempat. Semua masalah itu selesai dengan adanya satu ruang khas ini. 

Sebenarnya, kalo ikut kehendak hati, saya sangat menginginkan satu ruang khas ini untuk penyimpanan semua benda yang saya sebut di atas, selain saya juga dapat berblog dengan selesa disitu. Yee.. saya menginginkan satu SOHO yang simple, mempunyai ruang penyimpanan untuk buku-buku, dokumen-dokumen dan segala bagai benda lagi. Lagi cun perabot di workstation saya berwarna hitam.. Arrgghhh hitam itu menawan…

Aiishhh…angan-angan tinggi melangit..  (‘____’)

Saya tahu, tak semua bende boleh dapat dalam sekelip mata. Lagi-lagi bila ia akan melibatkan kos untuk mendapatkan apa yang saya nak itu ~ pasrah..

Bila terpaksa pasrah untuk tidak mampu mendapatkan full set SOHO, seperti cita-cita saya seperti di atas, tidak bermaksud cita-cita itu terkubur begitu sahaja. Ada cara lain untuk dapatkan juga mengikut budget ciput yang kita ada. Utamakan mana yang perlu.

Alhamdulillah, masuk rumah sendiri ni en.suami merialisasikan hasrat saya untuk membuat satu SOHO di bilik utama kami. Biarpun masih tak dapat complete full set seperti yang diangan-angankan.. dapat yang ini pun dah syukur Alhamdulillah. 

Wayar berselirat -perlukan cara untuk menyelesaikan masalah ini..


Perabot yang simple tapi nampak best dan yang penting harga yang murah. Kat mana lagi pilihan kami.. IKEA la jawapannya.

LINNMON / ADILS table - RM99.00
SNILLE Swivel chair - RM55.00
SKURAR plant pot - RM9.90
Sepohon pokok -RM1.90

Nakkan set SOHO berwarna hitam pada asalnya, tapi untuk suai padan dengan perabot sedia ada yang berwarna putih di bilik utama, redha je la dapat set SOHO berwarna putih. Ok je.. cun juge...


Ini lah tempat, kami menyambung kerja bila balik ke rumah, tempat ber-fb, ber-blogging, ber-youtube.. Jarang-jarang sekali abang Eusoff tumpang  buat homework disini dan Elyass tumpang sekaki tengok kartun di sini.


Buat masa sekarang dokumen-dokument penting, bil-bil semasa, resit-resit pembayaran, dokumen-dokumen kerja tumpang di rak buku abang Eusoff dulu. Di-filekan elok-elok dan disusun atur sebaik mungkin untuk memudahkan proses pencarian dokumen. Mungkin akan lama menumpang di situ kott... Mujur tuan tanah ok-ok aje! :)





5 comments:

  1. Replies
    1. Aziela.... meh kite gi IKEA.. banyak lagi pilihan perabut lain untuk SOHO yang cun-cun.. Yang saya pilih ni paling murah la..

      Delete
  2. kan...ritu saya pon..memula buat soho asalnya nak letak dokumen2 rumah lah tu...senang nak simpan..senang nak carik..senang nak rujuk...darikan kecik..pastu terus melarat2 dah jadi besar..dah jadi ruang kerje laki bini sekarang... heheh.. tapi alhamdulillah.. bermanfaat.. tu yang penting.. :) neway.. kemas jer soho awak... soho kite kemahen serabut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar kemah kemain kan Aty..? Realitinya ada masa-masa serabut juge.. dengan mainan la kadang tu, dengan laptop la tumpang bertenggek.. dengan iqra' abang Eusoff la..

      Tapi cuba la sedaya mungkin, kemaskan kawasan ni..

      Tq Aty sudi singgah dan komen..😊

      Delete
    2. Tengok gambar kemah kemain kan Aty..? Realitinya ada masa-masa serabut juge.. dengan mainan la kadang tu, dengan laptop la tumpang bertenggek.. dengan iqra' abang Eusoff la..

      Tapi cuba la sedaya mungkin, kemaskan kawasan ni..

      Tq Aty sudi singgah dan komen..😊

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015