31 October 2015

Edisi special :: Eusoff turn-5, Happy Birthday!!

Nota istimewa :: Entry ini akan berada paling atas sepanjang Oktober 2015, kerana ianya sangat special... Untuk entry-entry terkini, sila scroll ke bawah ye...

Terima kasih.

Assalamualaikum..

Sebetulnya birthday abang Eusoff 12 Oktober 2015 nanti.. lebih kurang lagi 2 minggu. Tapi sambut awal, sebab nak raikan sekali bersama sepupu-sepupu di kampung. Abang Eusoff dah besar dan dia yang request nak sambut birthday dengan "kawan-kawan". 

Nak sambut beramai-ramai- itu maksud abang Eusoff.

Alhamdulillah... dalam tengah sibuk masak memasak, persediaan untuk majlis arwah pada malamnya, sempat juga menyelit sambutan birthday abang Eusoff. Memang sepupu-sepupu abang Eusoff sporting habiss, dari sebesar-besar sepupu, sampai la sekecil-kecil sepupu. Best sangat!!


Majlis simple yang sangat bermakna untuk abang Eusoff di usia 5 tahun :)

Satu video special untuk abang dari sepupu-sepupu semua :) (Tinggal yang besar-besar aje.. yang kecil-kecil dah kemana-mana perginya..hihi)



Abang Eusoff pun sangat excited dan sangat seronok..! nyanyi lagu birthday, tiup lilin, potong kek, bergambar..! Memang dia pun sporting habis! terbukti laa.. anak papa dan mama sudah sangat besar...


Table setup yang simple sahaja.. cukup lah, buat lepas keinginan abang Eusoff,,

Jajan untuk kudap-kudapan...

Party pack yang sedang tunggu untuk diedar-edarkan...

Kek sedap...beli kat dalam kampung juge.. lain kali boleh order lagi.

Tengok muka maha teruja nak tiup lilin.. masa ni sepupu-sepupu tengah nyanyikan lagu birthday..

Nak potong kek pun mengigil tauu.. teruja sangat la katakan..

Tumpang seronok bila mereka seronok.. Alhamdulillah..

Semua hero dan heroin Super Why..hihi

Peace Yoo...sampai tertidur baby.. kihkihki

16 orang daripada 21 orang cucu aki, 5 orang lagi tak balik beraya...

Kan dah kata semua sporting, sehinggalah sekecil-kecil sepupu -Noah Hafiy..

Birthday boy menikmatik birthday kek bersama cewek... hiihi

Aki abang Eusoff dan Elyass pun sporting :)

Kalau tak wefie memang tak lengkap la hidup deme-deme ni..


Love..love..love..love..

Happy birthday abang Eusoff, Sayang abang!! -Mama & Papa

Happy birthday abang!! Ucapan dari caye- Elyass

Happy Birthday Khilfi Eusoff..

Papa, Mama dan baby Elyass sayang abang sangat-sangat....
Semoga abang sangat gembira dengan sambutan birthday 5 tahun abang.. Tahun-tahun akan datang nanti, kita buat lagi yeer?

Semoga, abang membesar menjadi anak yang sangat baik, taat kepada Allah, hormat kepada orang yang lebih tua dari abang.. hormat juga orang yang lebih muda dari abang. Sayangi adik-adik abang.

Semoga, abang membesar menjadi seorang yang bijak pandai.. Insya Allah..

Abang.....

Nanti bila abang dah besar, abang baca entry ini... abang perlu tahu..., Kami sangat sayangkan abang.. Lillahitaalaa...


-Mama-

18 October 2015

Kami sibuk mempacking barang, Elyass pun sama...

Assalamualaikum..

Ini cerita semalam..

Alhamdulillah, kerja-kerja mempacking berjalan lajuuu je.. walaupun ada gangguan si kecil Elyass.. Pergerakan dia sangat laju, jadi mama, papa kena extra laju.. Kalau tak memang tak dapat nak mengemas ler.. Kita masukkan barang dalam kotak, dia punggah balik keluar kotak.. Penat sungguh la anak oii.....hihi 

Barang-barang kelengkapan dapur semua settle masuk kotak, tinggal sikit untuk kegunaan dua minggu ni sahaja, baju-baju mana yang jarang guna dah masuk kotak juga..buku-buku dan alat tulis abang semua dah masuk kotak.. 

Baanyaaak lagi sebenanya, sambung packing lain hari lah...!

Jumlah kotak 6 biji.  



Setiap kotak perlu dilabel apa isi kandungan, mudah mencari nanti..

Banyak lagi yang belum dipacking.. hmmmmmmm... 

Bertabah lahhh... :)





Bilik tidur Eusoff & Elyass :: Cornice, wallpaper & Cat

Assalamualaikum...

Hari ini, 17 Oktober 2015, hati berbahagi-bagi.. samada ke ofis untuk selesaikan mana-mana kerja yang sempat, sekurang-kurangnya tidak terlalu rushing Isnin nanti, ataupun stay di rumah buat kerja-kerja packing barang-barang untuk berpindah nanti, dan tengah hari sikit keluar untuk melihat progress rumah dan mencari cat untuk rumah. Kalau ada sepuluh tangan, dan badan boleh dibelah dua, pastinya saya memilih untuk kedua-duanya. mmmm..

Memandangkan masa untuk berpindah sudah tersangat suntuk, lebih kurang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi... jadi hari ini, saya memilih untuk urusan rumah dulu. Esok, ada masa bolehlah ke ofis pula. 

Untuk bilik tidur abang Eusoff dan Elyass, papa, mama sudah putuskan untuk menggunakan warna biru untuk keseluruhan ruang (seperti permintaan abang Eusoff), dan untuk feature wall kami gunakan wallpaper Kaison sahaja. Murah dan menarik juga. Selain daripada mahukan kelainan daripada bilik mereka sekarang.


Cat pilihan hati untuk si kecil-si kecil kami, Nippon Paint :: SUMMER BREEZE 5169

Model Wallpaper Kaison bergaya sambil makan chipsmore..

Progress untuk bilik tidur abang Eusoff dan Elyass hari ini, contraktor tengah mengukur-ngukur untuk pemasangan cornice. Hari ini boleh siap dah katanya. Kami tak buat syiling kapur untuk keseluruhan ruang pun. Kaedah berjimat mana yang boleh jimat.. :)

Kerja-kerja memasang Cornice di bilik anak-anak

Nanti saya update lagi progress terkini bilik anak-anak ye..?

Bai..



14 October 2015

Semoga semuanya lancar di Awal Muharram..

Assalamualaikum...

Hari ini cuti Awal Muharram.. 

Selamat datang 1 Muharram 1637H

Permulaan tahun baru kalendar Islam.. sudah setahun berlalu 1636H... Semoga di tahun baru ini, hati-hati kami sekeluarga semakin istiqamah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Insya Allah...

"Awal means beginning in English and Muharram is the name of the first month in the Muslim calendar. The day also coincides with the Prophet Muhammad's journey from Mecca to Medina on the first of Muharram in 622AD. Also known as Maal Hijrah, the occasion is celebrated on a fairly moderate scale"

Berpagi-pagi kami bangun hari ini. Banyak hal perlu disettlekan. Semuanya berkaitan dengan urusan berpindah rumah, survey untuk barang-barang renovation kecil-kecilan... survey itu ini..... ambil barang-barang yang dibeli melalui personal shoppers (Ikea dan Kaison).. semua hari ini. Hari ini juga lah nak mengemas masuk kotak semua barang-barang. Semua hari ini. Menggunakan semaksimumnya cuti!

Anak-anak pun dikejutkan awal pagi... untuk kelancaran langkah kami.



Si abang berlingkar tak berbaju dah.. tunggu siap menyusu, terus angkat ke bilik air. Si adik, awal-awal pagi dah bising mulut.. memulakan pagi dengan ceria.

Selamat memulakan hari yang sibuk. Bismillah....



13 October 2015

Kerja menggunting rambut abang Eusoff makin mudah

Assalamualaikum...

Semalam 12/10/2015, bawa abang Eusoff ke kedai gunting rambut.

Sehari dua ni dia mengadu rambut dia sangat gatal... ada banyak semut katanya. Saya belek-belek rambut dia, takutkan "kutu".. tapi takde, alhamdulillah... Tak nak lah saya berperang dengan kutu-kutu. Saya tak gigih macam arwah emak zaman saya kecil-kecil dulu.

Rupanya sebab rambut dia yang dah sangat panjang, tambah lebat dan tebal.. membuatkan bila beraktiviti, berpeluh-peluh sekepala.. buatkan rasa gatal...

Saya cakap ngan abang Eusoff...,

Nanti kita pergi gunting rambut, semut-semua ni semua akan hilang ye...?

"Ok, mama" jawabnya...

Alhamdulillah.. malam tadi balik dari kerja terus berkejar ke kedai gunting rambut.. suprise sangat abang Eusoff tak menangis langsung, mengamuk, meronta pun tak.... cuma dia tetap nak duduk diriba papa sepanjang menggunting rambut.

Abang Eusoff dah makin membesar dan makin reti dah..

Tahun depan, harapnya ada improvement lagi... Insya Allah..

You a such a good boy abang! We all love you..

Senyum semewek.. gambar pagi ni masa nak gi sekolah..







09 October 2015

Bilik baru Eusoff dan Elyass

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca-pembaca semua..

Alhamdulillah... Eusoff dan Elyass dalam bulan terakhir di bilik tidur + bilik mainan ini,
atau dalam erti kata yang sebenar.. abang Eusoff dan Elyass dah nak berpindah ke rumah sendiri.


Entry lama dah pun. Realitinya bilik abang Eusoff dan Elyass hari ini, sangat padat dengan mainan... Free-free nanti akan saya update bilik tidur + mainan terkini abang Eusoff dan Elyass di rumah sewa ini.. Insya Allah..

2015 tahun yang sangat bermakna bagi kami sekeluarga. Diberi rezeki untuk berumah sendiri. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan, Allah juga permudahkan cara. Allah hadirkan insan-insan baik yang banyak membantu dalam proses membeli rumah idaman ini. Alhamdulillah..syukurillah..

Minggu lepas, dah dapat kunci rumah. Excited lain macam.... Bawa abang Eusoff dan Elyass kenal-kenal dengan bakal bilik mereka.

Abang Eusoff tak nampak excited pun... yelaaa.. bilik kosong dan berhabuk! Almaklumla rumah subsale, bukan rumah baru siap pun... tunggu ye sayang-sayang mama... nanti mama make over bilik awak-awak ye...

Tengok betapa tak excitedny abang.. duduk situ layan citer Doc McStuffin

Si adik explore ke segenap penjuru... ukur keluasan bilik gamaknya..


Bercakap pasal bagaimana nak menyusun atur bilik anak-anak, bagaimana nak mendekorasi bilik anak-anak ni... saya bukan lah reti mana pun... hahhaa.. sekadar cuba jaya je. Mana yang comel mata memandang, kena pulak dengan budget yang diperuntukkan, en.suami approved pulak... jalan laa...

Anak-anak masih kecil.. senang la untuk buat kerja. Diorang tak reti nak bantah-bantah apa mama papa buat, baik dari segi susun atur, pemilihan perabut mahupun cat. Semua terpulang la kepada apa mama dan papa nak buat.

Opss.. yang sebenarnya terpulang 100% keputusan apa mama nak buat.. hihi..

Papa lebih kepada keluarkan ongkosnya sahaja... Yang lain-lain terpulang.. ada lah juga sebenarnya idea papa yang sangat ok! bombastik! fantastik! kau memang dabomb! yang juga boleh diterima pakai..

Owh jauh melalut...

Harap segala perancangan untuk bilik anak-anak ini, yang dah berlegar-legar di kepala saya ni akan dapat direalisasikan. Insya Allah... Slow and steady, lama-lama menjadi!

Ops.. ada request sebenarnya dari abang Eusoff... Nak bilik warna blue.

"I like blue" katanya...

Tunggu lah nanti... dapat atau tak seperti yang abang hajati..

Bye..


 


04 October 2015

Elyass sangat sukakan baby

Assalamualaikum...

Alahai tajuk.. nak olah cerita tapi tak reti mana nak bercerita. Tapi nak jugak mencatat di sini sebagai memori. Nanti si kecil Elyass dah besar, bila dibaca entri-entri berkaitan dengan diri dia nanti, owh..rupanya..saya begini..begini..begini..begini..

Saya sangat-sangat berharap blog ini akan wujud sehinggalah anak-anak besar nanti. Sudah suarakan kat papa diorang, saya nak bukukan entry-entry saya berkaitan anak-anak. Insya Allah.. bukan sesuatu yang mustahil kan.. Harap-harap ada peluang bukukan entry-entry untuk simpanan diri sendiri untuk bacaan anak-anak, cucu cicit masa mendatang.

Ok, panjang melalut.

Nak cerita, Kashfi Elyass sangat lah sukakan baby. Padahal diri sendiri baru 1 tahun 2 bulan je pun. Orang kata masih lagi kategori baby-baby pun lagi.

Tapi sungguh tahap suka baby, Elyass ni lain macam. Kalau nampak je baby terus meronta-ronta nak pergi kat baby. Kalau dilepaskan, abis la baby kena terkam dan kena cium Elyass.. dia akan cium sungguh-sungguh. Cium banyak-banyak kali. Package peluk sekali. Nahhh..

Balik kampung ritu... Noah Hafiy, baby terkecil setakat ini.. memang kena cium peluk je la. Noah Hafiy tidur berbuai.. memang mengejar lah dia nak buaikan juga. Kadang bimbang, mengganggu tidur baby Hafiy. Tapi itulah Kashfi Elyass.. bawak lari kemana pun, macam magnet akan ke situ juga. Nak buaikan adik yang tengah tidur. 


Buai kosong dia tak layan..

Agak-agak dah boleh beri adik lagi ke..?
Alang-alang penat jaga anak kecil.. biar je penat sekali harungg.... phewwww... :)






03 October 2015

Puri super dupper yummy untuk Elyass

Assalamualaikum...

Hari minggu... hari untuk memperuntukkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Masa untuk melayan segala macam kerenah anak-anak. Hari yang rumah takkan nampak rupa.. bersepah dengan mainan..

Breakfast pagi pun apa yang ada sahaja, abang Eusoff dengan "nasi goreng delicious!" papa buatkan, dan Elyass "puri super duper yummy!" yang mama sediakan.

Dengar menyelerakan bukan nama-nama breakfast abang Eusoff dan Elyass?? hihihi

Nasi goreng abang, nasi goreng mentega campur telur hancur je pun. Tapi dia punya appreciate papa masak.. "It's so delicious..papa!! mmmmm.." sambil buat muka excited sungguh-sungguh. Memang cair la jiwa raga papa.. :)

Untu sikecil mama.. Elyass, arini breakfast dia special dari biasa.


Tudiaaa... Puri super duper yummy!

Campuran puri lobak merah + puri epal + puri jagung + puri keledek unggu
Dan rasanya..sedapppp mungkin.. sebab Elyass berselera sungguh makan..

Setahun dua bulan.. dah terlalu besar untuk berpuri lagi kan..? Abiskan stok mana yang ada dalam peti je... Mungkin tak restock puri dah..sebab Elyass dah boleh makan makan yang sangat pejal dah pun.

Tengah berfikir-fikir untuk buat finger food untuk Elyass.. keinginan ada.. tunggu kesugguhan datang dulu lah.. huhuuhu


Selamat berhujung minggu!




02 October 2015

Salam Aidiladha 1436H :: Aqiqah & Arwah :: Birthday & Pertunangan

Assalamualaikum…

Entry yang akan cover semua cerita aktiviti di Aidiladha kami..

Berakhirlah sudah Aidiladha..

Alhamdulillah, segala perancangan berlangsung sempurna seperti yang dirancang.

Selesai sudah tanggungjawab papa dan mama mengaqiqahkan Kashfi Elyass. Memang tak berkesempatan bawa Elyass melihat sendiri lembu aqiqahnya (tak perlu pun sebenarnya), walaupun itu sebenarnya yang dihajati pada awalnya.

Pok Usu sempat ambil beberapa keping gambar kandid sebagai catitan memori. Saya letakkan disini. Untuk diulang baca dan tengok nanti. Gambar lembu adalah takde. Yang ada gambar papa Eusoff Elyass pegang kaki lembu aje.. hihi.. boleh la..





Alhamdulillah… terlaksana juga niat saya untuk berikan pulut kuning bersama-sama gulai daging aqiqah.



Perancangan sambutan birthday abang Eusoff pun berlangsung meriah walaupun dalam ala kadar sahaja. Cukup lah… melunaskan hajat si abang untuk sambut birthdaynya beramai-ramai. 

Alhamdulillah, senyuman abang melebar je sepanjang acara bermula sehingga la selesai.

Syukurnya mama rasa, bila segala usaha dan tenaga mama menyediakan semua persediaan birthday abang, dibalas dengan senyuman teruja abang, senyuman kegembiraan abang.


Pertunangan anak saudara saya yang paling sulong pun, berkesempatan kami hadiri. Lokasinya di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

Paling teruja, bila diberi kepercayaan untuk menggubah hantaran pertunangan dia. Sekadar termampu sahaja.. harap tuan punya badan berkenan la hendaknya…

Selamat menempuh alam pertunangan Amer & Na. Semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin.



Alhamdulillah, tahlil arwah untuk emak pun berjalan seperti yang kami harapkan. Semoga hadiah bacaan tahlil dan doa-doa tersebut sampai kepada arwah emak. Insya Allah..

"Ya Allah... Sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami kepada roh ibuku Fatimah Binti Senik. Ya allah.. ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan Rahmat-Mu; wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang"

Amin..

Itu je lah sedikit sebanyak cerita Aidiladha saya sekeluarga.

Dalam kemeriahan setiap aktiviti.. dalam hati senantiasa rindukan arwah emak. 
Al-Fatihah untukmu emak..



01 October 2015

Jom kemas rak buku dan alatan belajar Eusoff..

Assalamualaikum...

Ini cerita semalam,

Sementara anak-anak tidur, lepas diberi ubat-ubat.. curi masa mengemas apa yang patut. Balik dari kampung tempoh hari, tak sempat nak mengemas apa-apa pun lagi. Fokus ke anak-anak yang sakit je. Mata dah rasa sakit sebenarnya, melihatkan keadaan rumah yang tak settle-settle ni...hihi

Nak buat semua tak termampu rasanya, bimbang Elyass merengek nakkan mama. Jadi ambil part yang sangat kecil dulu untuk mengemas dengan harapan siap sebelum abang Eusoff dan Elyass bangun.

Jom kemas rak buku dan alatan belajar abang Eusoff!

Sebenarnya rak untuk menyimpan segala file berkenaan surat menyurat, bil-bil utilities, personal insurans, kereta, rekod sekolah eusoff, rekod kesihatan sekeluarga.. dan segala macam lagi. Semuanya disini. Satu tempat! Konon juga one stop centre lah senang citer. 

Rak yang terbuka memang susah nak nampak kemas sentiasa. Ada je tangan-tangan kecil yang tarik itu ini. Lagi tinggi si kecil Elyass nanti, lagi seronok lah dia beraktiviti. Abang Eusoff sangat ok, jarang sangat menyepah rak buku dia.. cuba bila ambil buku, nak menyimpan balik takkan kemas seperti mama buat. Takpe... at least abang cuba simpan semula di rak buku ini. Bukan menyepah di lantai atau mana-mana.

Rak buku abang Eusoff ni terletaknya kat ruang tamu. Senang, anak-anak nak menulis, mewarna... boleh pantau aktiviti mengambil dan meletak buku mahupun alat tulis. Disebabkan rumah ni adalah rumah sewa saya tak skru almari ke dinding. Bimbang juga kot-kot abang atau adik memanjat rak ni untuk ambil barang. Nauzubillah... Biasanya, kalau abang Eusoff nak ambik alat tulis dia, dia akan mintak dari mama atau papa.

Keadaan rak SEBELUM yang sangat berserabut..

Keluarkan semua isi perut rak, mana yang tak perlu asing untuk dibuang

Rak yang telah dikosongkan, lap habuk bersih-bersih

Keadaan rak SELEPAS.. sedap sikit mata memandang

Fuh... settle mengemas dan anak-anak masih lena tidurnya. Alhamdulillah..
Bertahan la seminggu dua keadaan ini, nanti akan kembali bersepah.

Takpe... no problem.. memang ini rutin mama dari dulu lagi pun... :)

Anda dah kemas rak buku belajar anak-anak?? Jom kemas!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015