28 September 2013

Hashbrown and sausage with baked beans and scramble egg

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu ye semua kawan-kawan blogger! Feeling wonderfull sungguh kami tiga beranak bermalas-malasan di hujung minggu yang ala-ala mendung saja ni.... sesambil melayan Mickey Mouse Club House..! sampai dah boleh hafal dialog dan lagu-lagu tu... Sambil sesekali part Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy, Goofy dan Pluto menari-nari lagu tu... apa lagi kami berjoget sama arr.. Errkkk...senaman di  pagi minggu sebenarnya... =)

Eusoff lak nampak  pelik di situ melihat gelagat mama papa yang tah apa-apa... =p

Alhamdulillah... Brunch je kami hari ni... Memandangkan dah tengah hari.. Tekak kami teringin benar nak breakfast ala-ala omputih... Ni bebahannya... 


Cara buatnya simple  aje... goreng+rebus saje....dan siap! Tada...

Hashbrown and sausage with baked beans and scramble egg!
Fuhh... name menu panjang sungguh.. 


Hari minggu yang santai...dengan brunch yang santai... Best juge...

Alhamdulillah..kenyang..


16 September 2013

Cerita-cerita di Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia yang ke-50!! Saya bangga menjadi anak Malaysia. Alhamdulillah saya dilahirkan di Malaysia! Jangan tak tahu... saya memang jenis yang berjiwa patriotik.. cakap pasal kebanggaan jadi anak  Malaysia...dah tetiba rasa nak nangis... nggeeee... '____' 

Hari bercuti kerja mengemas rumah fokus utama! Selagi tak siap memang jiwa tak keruan nak ke mana-mana.. Dari lepas open house ritu... tak mengemas betul-betul pun lagi. Mengemas ala kadar sahaje.. tak betul-betul sempurna dimata dan dijiwa.. Haa.... berkemas hari cuti ni baru rasa betul-betul mengemas yang sempurna di mata dan dijiwa... Errkkk... macam tu pun ada ehh.... hiihiii.. [Memang itu lah saya..]

Sabtu punyer citer bawak anak kecik saya pergi bersiar-siar di pagi hari yang ceria ke taman KLCC. Perancangan lain, jadi lain.. Takpe.... layankan aje lah kemana kaki nak melangkah. Dihari minggu camni biarlah semua berjalan free and easy je... Berjalan ikut kata hati.. =p 

Nasi goreng kat depan mata tak pandang langsung.. makan cekelat lagi best..yummy!!


Breakfast kat taman KLCC sambil tengok anak-anak kecil mandi manda.. main mainan kat playground. Khilfi Eusoff? sikit pun tak teruja.. tak mau main-main..dan tak mau mandi-mandi pun. Semua permainan dia pandang sebelah mata je.. Bawak jalan-jalan kat playground tu..ibarat cam site visit je... tengok-tengok... lalu-lalu je.... pastu dah.. jalan!




Tak tahu apa ke pesen Khilfi Eusoff ni. Mungkin gak dia tak excited sebab takde kawan-kawan. Apa best main sorang kan. Sebab apa saya kata camtu? Sebab kalau pergi playground Giant dia cam teruja sket.. sebab ramaiiiii kawan-kawan. Padahal ramai kawan-kawan pun bukan main dengan dia punnn... 

Lama tak bergambar ngan twin tower... Cam cantik lak  pemandangan ni! 

Eusoff kurang suka bergambar... mata asyik pandang lain aje..

Sudahnya terus balik je... Pergi untuk breakfast semata! Ok lah kan.... tukar angin orang kata.

Malamnyer kami dinner kat "Humble Chef" kat Plaza Damansara. Kenapa beria sangat kitorang nak gi sane...sebab nama  restoran tu cam....mmmm.... menarik! Dalam hujan lebat malam tadi berpandukan GPS semata.. terjah  gak kami ke sana. En.suami dah janji nak jumpa kawan dia kat situ. Lepak sambil berborak di hujung minggu.


First impression saya.. wahhhh..sungguh humble sahaja restoran ini. Simple-simple sahaja hiasan dalamannya.. Erkk..camne nak describe ye... tak reti ah! Korang pg lah terjah sama.. Baru korang akan faham.

Menu dia tak banyak... harga pulak tak mahal pun.. sebab portion makanan dia tak banyak. Tapi..... makanan dia sedap oii.. Lagi-lagi omelet dia..uiiii sedap hingga menjilat jari. Dah order 2 keping... tambah lagi dua keping. En.suami makan laksa  goreng dan saya makan spaggethi Carbonara. Rasanya ok.. not bad! Sebab portion kecik.. rasa tak cukup la plak......! 

Nak melepak lama-lama tak sampai hati sebab ramai yang menunggu meja kat luar. Sudahnya lepak-lepak sambil makan minum sekejap je.. Lagi pulak En.suami berkejar nak balik rumah nak tengok Final Pesta Bola Merdeka 2013. Malaysia vs Myanmar. 
Yeaayyy!! Malaysia JUARA! =)





Makan kat sini layan habis. Lain kali pasti akan terjah lagi!

Ini cerita Ahad.
Layan hujung minggu berbaki 2 hari di Sepang pulak. Ubah angin sebab dah boring sangat nak habiskan masa hujung minggu di rumah sahaja. Sekali sekala dapat berjumpa anak buah comel-comel tu sangat lah best! Eusoff lak dah rindu sangat nak jumpa adik Aiman..  Asyik tanya Aiman manjang... Kami mama, papa excited... Eusoff lagi-lagi-lagi excited! =p

Malamnya bbq time!! Hoyeayyy.. Best sangat! menu macam-macam adoo... 




Plan nak makan-makan kami-kami aje.. dah banyak menu, ajak la jiran sebelah menyebelah.. dah gaye cam open house la pulak ye bang? hihihi... Apa pun layanabes...

Happening sungguh bile datang twin comel ni..rasa nak peluk2..cium2..je...! Buat bantal peluk best nih! hahahha



Dah Isnin sudah... cuti 3 hari yang rasa cam tak cukup lagi. Lagi lama cuti lagi bagus sebenarnya. Tak sempat puas nak berehat-rehat...berseronok-seronok.. dah esok nak kerja balik dah.

Itulah hakikat kehidupan. Macam mana seronok kehidupan bercuti... hakikatnya perlu meneruskan rutin kerja harian juga untuk mencari rezeki membesarkan anak..meneruskan kehidupan seharian.



Eusoff pun terpaksa terima yang hidup dia sangat penuh dengan kegembiraan dalam 2 hari ini aje. Balik ke rumah nanti terpaksa lah dia terima hakikat sebenarnya ruang lingkup kehidupan sebenarnya hanyalah ada mama dan papa sahaja. Issshhh...sian pulop anak bujang saya ni! Doakan Eusoff diberi rezeki untuk beradik nanti ye..? =p

Selamat Hari Malaysia semua!
Dimana bumi dipijak,  disitu langit dijunjung!!

Salam...... 



09 September 2013

Selamat berjaya UPSR 2013

Assalamualaikum...

Besok seramai 478,848 orang calon yang menduduki peperiksaan UPSR seluruh Malaysia. Dalam ribuan itu termasuklah 2 orang anak saudara yang tersayang. Abang Chik Firdaus dan Kakak Ainul Jazmin.

Anak  sedara nak hadap exam, mak saudara nye pulak berdebar lebih nih..hihi..

Bila dah makin di penghujung-hujung waktu sebelum menjelmanya esok yang maha mendebarkan ni... terpikir-pikir apa yang boleh saya buat untuk menyemarakkan lagi semangat diorang untuk menempuhi peperiksaan besar dalam hidup diorang besok. Pikir punya pikir.. terpikir nak layangkan surat terkandung kata-kata semangat. Mungkin juga saya boleh kirimkan kek sebagai menambahkan lagi  semangat mereka. Yeaaayyy.. Dila Cake House berlokasi di Paka Terengganu membantu saya menyempurnakan hajat ini. Alhamdulillah..


Semuanya simple-simple sahaja, sekeping surat dan sebiji kek untuk akak Ainul Jazmin. Surat email aje pada ibunya, ibu tolong printout dan letak dalam envelop. Kek pulak order dari Kak Dila, kebetulan tengah ada Tiramisu Cake yang available dan boleh ambil lepas kerja. Mintak tolong ibu ambil dan tolong bagi sekali dengan surat. Gigih ateh mengarang surat sambil kesat air mata....sedih tau.. =(



Untuk  Abg Chik Firdaus... ateh tak tahu cam mana cara nak hantar surat apatah lagi kek.. Maaf ye Chik...ateh tak kenal sapa-sapa yang buat kek area Bukit Payong. Ateh dah cari kot Mudah, kot Google..tapi  kecewa je... Nanti ateh balik kampung bulan depan ateh bawa  kek untuk  abang Chik ye...? 

Jangan kata ateh sayang akak lebih dari abang Chik ye...? Takde  istilah pilih kasih ye...
Ateh sayang dua-dua....!


Ateh tetap tak lupa abang cik.. ateh call abang chik kan..? Bagi nasihat setakat ateh termampu... bagi kata-kata semangat kat abang Chik.. harap sikit sebanyak dapat membantu menaikkan semangat abang cik.

"Ateh, I want to play foot ball....." -Achik buat ateh gelak besar tau... nak periksa besok pun sempat lagi tu...

Selamat menempuhi UPSR sayang-sayang ateh dan ayah teh.. Semoga kejayaan milik kalian berdua. Aminnn..

Love both of you!


*Ada siapa-siapa area Paka berminat nak tempah kek ngan Kak Adila? Detail ada dalam blog link seperti di atas atau pm aje kat fb beliau : Noradila Mohd Rosli. Senang berurusan dan dijamin hasil yang sangat-sangat memuaskan. 


08 September 2013

Jet pejuang tak sampai 5 minit pun bertahan..

Assalamualaikum...

Hasil  jenjalan ke Pradigm Mall  semalam...  Khilfi Eusoff  sempat paw papa beli menan. Tapi menan  yang dia nak  tu  untuk budak-budak 5 tahun dan ke atas.. Ala mainan jenis lego je pun... datang nya dalam bentuk lego kecik-kecik.. Kalau dicantum-cantum jadi  la sebuah  jet pejuang.


Dah  anak pegang  tak lepas-lepas beli  kan  je lah walaupun memang tak  sesuai  dengan usia. Papa kate..takpe kang nanti papa buatkan...

Dan tetiba  pagi ni nanak teringat dan terus ambik kasi papa  bukak.. Paham-paham la ye papa...tolong buatkan, please..=p

Maka  bermula  lah dengan segigihnya  papa cantum-cantum benda alah ni.. Cantum-cantum refer pada kertas guide  dah.. eh.uhh..ehh..uh.. papa cakap "susah  gak menan budak umur  5 tahun ni ye...?" kikik tergelak saya dengar.. Bukan  calang-calang mainan budak sekarang... Memang dah akal diorang sangat tajam kadang kalah orang dewasa kot... bende orang dewasa tak mampu  buat..dengan  jeling sebelah mata aje dah siap dorang buatkan.. 


Sudahnya memang menjadi la itu jet pejuang.. tapi menjadi ikut patern papa Eusoff je... Nampak la bentuk jet pejuang.. =p Lepas la harap Eusoff nak main jet pejuang kihkihkih... Kata papa, maleh nak  pikir-pikir di hujung minggu ni. Cukup la berpikir hari kerja je... 

Kesian  kan papa Eusoff..? kihkihkih =p


Seronok nanak dapat jet pejuang yang  papa buatkan. walaupun tak exactly sama macam yang sepatutnya.

Senyap  dia main sorang pastuh... Biasanya kalau senyap-senyap  ada agenda tersendiri tengah diusahakan.. Tengok-tengok rupanya jet pejuang papa buatkan sedang gigih dileraikan satu-satu.. Tak  sampai  5 minit pun jadi jet pejuangnya...  hihihi..anak ohh anak..


Papa kata, mujur tak buat  sama macam  yang sepatutnya...
Kalo dop...nangis ler papa.. buat  rumit yang amat...Eusoff  leraikan tanpa rasa bersalah!

Hahahahhahah...

Peace no War papa!!


07 September 2013

Bulan depan si dia dah genap 3 tahun... =)

Assalamualaikum...

Hari minggu  cenggini dapat melepek kat rumah memang  syorga rasa. Dapat mengadap  tv 24 jam pun  takpe.. Tapi tu dulu...  Sekarang nak mengadap tv 24 jam nak tengok citer best2 kat channel Astro ke Hypptv ke memang susah nak dapat arr.. Khilfi Eusoff mengkonker segalanya... Duduk luar nak tengok channel Astro, dak kecik nak tengok Mickey Mouse.. Masuk bilik nak tengok channel Hypptv..dak kecik ikut nak tengok Mickey Mouse. Itu tak lagi kalu mama papa pegang tab... eh! eh! tetiba nak tengok Mickey Mouse jugak kat tab. Alahaaaiii anak.. padahal tv dah tersergam besar menayangkan cerita Mickey Mouse... Memang jeless sungguh.



Mujur  mama on  laptop,  dia buat tak tahu je... fuhhhh...dapat  le mengupdate blog pagi minggu yang aman damai ni. Kalau tak mahu dia dan-dan tu nak tengok Mickey Mouse kat laptop gakss...

Lama dah tak story mory pasal Khilfi Eusoff. Rasa dah banyak tertinggal perkembangan-perkembangan baru tentang dia..

Bulan depan masuk lah bulan kelahiran Eusoff yang ke-3 tahun. Alhamdulillah... Dalam sedar tak sedar dah nak genap 3 tahun kami menjaga anugerah terindah  ni. Sekejap sungguh rasanya... Sedar-sedar anak bujang ni nanti dah besar dah...

Perancangannya nak sambut Birthday Eusoff time balik  Raya  Haji kat kampung Terengganu nanti. Tak sabar plak rasanya... Harap segala perancangan ni akan dipermudahkan. Ini perancangan kali pertama buat majlis birthday  Eusoff secara beria sikit. Sambutan Birthday 1 tahun dan 2 tahun [Khilfi Eusoff dah 2 tahun Alhamdulillah], simple-simple  sahaja. Sambut tiga beranak saja di rumah. Time tu Eusoff belum mengeti apa-apa dan tak perlulah buat sambutan yang beria sangat. Tapi bila dah masuk umur 3 tahun... dah reti macam-macam... suka macam-macam... dah tahu feeling gembira, merajuk, marah segala... terasa nak buat beria sikit lah majlis birthday yang ke-3 tahun ni. Bukan besar-besaran sangat pun..cukup sambutan bersama keluarga je.. Anak-anak buah saya ramai... tu dah cukup nak memeriahkan suasana, nak nyanyi ramai-ramai lagu birthday nanti...



Dah siap buat birthday invitation...  Semangat tak hagak mamanyer nih..=) Ala zaman sekarang zaman fb...buat kad  cenggini..publish je  dalam fb group family..dah! Senang anak beranak nak plan kalo  invite awal-awal.. Senang diorang nak follow tema...

Bertema-tema bagai tahun ni..

Tema nya.. Mickey/Minney Mouse!!

Dah kata sekarang Eusoff tengah minat bebenor Mickey Mouse keennn.. haruslah mama follow apa yang anak mama minat.... =p



*Kadang tak terkejar apa yang Eusoff minat. Asyik bertukar-tukar je musimnya...
Kejap Mr.Noddy, Upin-Ipin, Boboboy, Pocoyo, Altraman sekarang dah Mickey Mouse plak.. Tengok lepas nih apa lagi..haiisshhh... macam-macam la kamu ni wahai anak...

Tahun depan dah sekolah... perlu plan time table untuk Eusoff.. tak boleh sepanjang hari nak tengok kartoon  je manjang...





06 September 2013

Manisnya bila Jumaat tiba

Assalamualaikum…

Tenang je rasa Jumaat hari ni. Alhamdulillah keberkatan penghulu segala hari terasa juga walaupun hari bekerja.

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Tiap kali tibanya hari Jumaat.. terasa hari yang special luar biasa. Lagi-lagi hari Jumaat adalah hari bercuti bagi negeri Terengganu.  Hari cuti sekolah dan hari main-main je dari pagi sampai petang.. =p

Dah besar sikit hari yang boleh tolong emak buat apa-apa yang patut…. 

Kalo hari Jumaat arwah mak akan masak makanan tengah hari yang best-best. Kalo mak masak yang biasa-biasa pun tetap akan rasa sangat best bagi saya. Makan tengah hari di hari jumaat biasanya makan lepas ayah,abang-abang dan adik lelaki balik sembahyang Jumaat. Makan beramai-ramai dan pastilah makan pun bertambah-tambah.

~Rindunya saat-saat itu….. dan rindu nak rasa feeling hari Jumaat cam dulu-dulu..


Duduk di KL ni.. cam mana la nak bagi anak-anak kecil kita merasa feeling Jumaat yang pernah kita rasa dulu-dulu kan…? Macam tak  dapat...

Hari Jumaat – hari bekerja dan bersekolah.

Kesian Eusoff tak leh merasa hari Jumaat macam mamanya rasa waktu  kecil-kecil  dulu.

Walaupun balik sekolah setengah hari... terpaksa transit kat mana-mana dulu, samada taska ataupun rumah pengasuh sebab mama dan papa masih bekerja..

Alangkah bestnya tika anak-anak sedang membesar, mamanya ni boleh dok perati anak depan mata sentiasa.. 

Harap satu hari  nanti peluang itu ada... dan nanak dapat merasa alangkah "manisnya" tika Jumaat tiba..

Insya Allah....



05 September 2013

Hadiah GA per-1 dalam berblogging

Assalamualaikum...

Boring lak rasa bila malam makin larut nih.. En.suami ngan nanak memasing dah layan mata... En.suami pedih mata katanya lepas buat something special untuk birthday si kecil kami Eusoff Oktober nanti. Papa ngan mama sama-sama semangat...hiihi.. Ye lah... dah Eusoff makin paham erti gembira, makanya kami nak buat lah sesuatu yang pasti menggembirakan nanak. Insya Allah... 

Bila boring saya suka nak tengok balik gambar-gambar lama.. masuk folder, keluar folder... masuk drop box belek satu-satu gambar yang ada. Buat saya senyum sendiri... Lagi-lagi melihatkan telatah Eusoff yang dah macam-macam bila makin besar ni. 

Jumpa satu gambar nih... memang ambil untuk buat entry...tapi bila dah terlalu sibuk..[sibuk le sangat kaaan] dah terlupa. Bila dah ingat balik ni rasa perlu cepat-cepat up entry... Entry kenangan manis dalam berblogging.. =)


Alhamdulillah...hasil menyertai GA : Jom bersihkan rumah, biarpun bukan hadiah utama mahupun kedua...biarpun sekadar hadiah tambahan.. tetap saya happy yang sangat luar biasa. Terima kasih MamaLynd atas hadiah cawan bercorak batik yang memang sangat comel ini. 

Nak tengok keputusan lengkap pertandingan ini..? Boleh la baca kat sini : Keputusan giveaway jom bersihkan rumah

Sejujurnya ini adalah hadiah pertama yang saya perolehi dalam berblogging. Orang lain dah berpuluh-puluh kemenangan dengan hadiah-hadiah gempak.. hihihi.. Takpe itu orang lain... Untuk saya, sikit-sikit lelama jadi la bukit.. =p Asal saya tak putus harapan untuk terus joint GA.. Segalanya bukanlah satu yang mustahil kan....?? Mana tahu nanti ada lagi rezeki lain untuk saya menang GA lagi... 

Tengah menunggu satu keputusan GA ni...tapi tak tau ler ada rezeki atau tak. Yang pasti bukan saya sorang yang menunggu keputusan. Ramaaaaiiiiii lagi peserta lain juga yang mengharapkan kemenangan biarlah berpihak kepada mereka. Insya Allah ada rezeki tak kemana. Doa banyak-banyak ye Diana.... =)

Terima kasih MamaLynd atas hadian ni.. Next time ada GA, saya joint lagi ye...




03 September 2013

28 Syawal ~ menggamit memori

Assalamualaikum….

Syawal sudah dipenghujungnya… berbaki 3 hari sahaja lagi. Esok sudah 28 Syawal 1434H.

Hujung-hujung Syawal ini, teringat pada kisah sedih di penghujung Syawal 1433 Hijrah yang lepas. Penghujung Syawal yang maha sedih dan pedih untuk kami sekeluarga. Dia mengambil kembali emak tersayang pada 28 Syawal 1433 Hijrah bersamaan 15 September 2012. 

Innalillahiwainnailaihirojiun… Darinya kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali.

Terasa rindu yang sangat mendalam pada arwah. Rindu yang tak leh nak gambarkan dengan kata-kata. Rindu yang kadang-kadang tak tertanggung… Rasa rindu yang takkan dapat dilepaskan.. Rasa rindu yang maha halusss menusuk ke qalbu..

Rasa rindu ini akan kekal di qalbu hingga ke hujung nyawa.

Rindu nak memeluk erat tubuh emak..
Rindu nak mencium wajah emak..
Rindu nak bersenda gurau dengan emak..
Rindu nak merasa masakan emak…
Rindu..rindu..rindu..rindu….
Rindu segala-galanya tentang emak..

Yang pasti bukan saya seorang merasa kerinduan ini..

Suami, 6 anak-anak yang lain, menantu-menantu dan cucu-cucu.. pasti merasai kerinduan ini.

Kadang rasa rindu hingga kami menitiskan air mata di setiap doa, di setiap Yassin & Al-Fatihah yang dikirimkan.

Kadang rindu hingga kami berdoa agar Allah kirimkan mimpi arwah emak di setiap tidur kami.

Mimpi yang hadirnya arwah itu bukan pengubat rindu, tapi makin menebalkan rasa rindu kami padanya.

Al-Fatihah untuk arwah emak tercinta… Semoga aman, tenang di sana. Amin..

Rindu mak ketat-ketattt...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015