31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56 Tahun!!

Assalamualaikum...

Saya bangga menjadi anak Malaysia..!


Walaupun kebelakangan ini banyak sunguh kes bunuh membunuh, tembak menembak, hinggakan saya rasa kurang selamat bila keluar rumah.. mmmmm... Manusia sekarang sudah hilang pertimbangan, sudah hilang rasa kemanusiaan, sudah hilang kewarasan fikiran. Sakit hati sesama sendiri main pakat tembak bunuh sahaja. bagi yang berkemampuan main pakat upah sahaja. Nauzubillah jauhkanlah kejadian-kejadian yang tidak diingini ini kepada diri kita, ahli keluarga, sanak saudara kita.. jiran tetangga  dan rakan taulan juga.

Semoga Kemerdekaan yang ke 56 tahun ini, Malaysia merdeka dari kes-kes tragis sebegini. Amin....... Kau rahmatilah Malaysia Ya Allah... Berikan kesedaran  kepada hati-hati yang hitam kotor itu untuk berubah.. menginsafi diri.. Semoga seluruh rakyat Malaysia terus kekal hidup penuh harmoni di bumi Malaysia tanpa rasa resah gelisah, tanpa rasa kurang selamat. Ammmmiiiiiiiiiiiiinnnnn..

Semoga krisis-krisis yang berlaku di Mesir, Syria membuka mata kepada hati-hati yang hitam kotor itu untuk bersyukur hidup di Malaysia jauh lebih aman berbanding negara-negara yang sedang bergolak. Menginsafi akan segala jenayah-jenayah yang dah dilakukan di bumi Malaysia.


"Kemerdekaan tanah air merupakan satu warisan kepada kita, tetapi kemerdekaan sejati ialah memerdekakan diri dari belenggu kemalasan dan kemunduran. Marilah kita bersama-sama menjadikan kemerdekaan sebenar ini suatu sikap warisan kita"
-Allahyarham Sudirman Hj Arshad-

Semoga Malaysia terus aman harmoni... dilimpahi kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil, tiada malapetaka yang diturunkan Allah ke atas bumi Malaysia... Aminnn..

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 TAHUN
MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..



2 comments:

  1. salam kenal..

    salam merdeka gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..Selamat Hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan Azian...=)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015