23 August 2013

Cerita Hari Raya 1434H

Assalamualaikum..

Lama sungguh berehat dari menulis disini. Hari ini baru terasa ada kelapangan sikit.. dah tak reti nak mula macam mana dah...

Hari ini 16 Syawal 1434H.. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat melalui bulan yang mulia ini... 

Tahun  ni persiapan raya kami ala kadar sungguh. Persiapan tersangat last minit. Baju raya en.suami, Eusoff..., baju raya abah.. semuanya beli sebelum balik kampung nak beraya keesokkan harinya. Pakat ambik saje sebab nak kejar masa. Kuih raya satu habuk pun takde. Kuih order pun tak sampai-sampai kat tangan kami. Almaklum la en.suami seminggu tak ke office sebelum raya. Kuih raya sampai kat office je le... Dugaan sungguh..

Tapi dalam ala kadar tu beraya gak kami..Alhamdulillah..

1 Syawal saya berlalu dengan penuh kegembiraan walaupun disebalik wajah ceria saya tersembunyi kesedihan yang amat sangat bila mengingatkan arwah emak tersayang.. Syawal ini genap setahun emak meninggalkan kami. 

Kerinduan dan ingatan kepada arwah emak mertua juga sama.. Tahun ini merupakan tahun ke-3 arwah meninggalkan kami.. tidak pernah hati ini  tidak rindu...

Al-Fatihah untuk mereka yang sudah tiada.

Bercerita tentang raya, tahun ini giliran beraya disebelah keluarga en.suami. Sebenarnya, tahun pertama beraya dengan ketiadaan arwah  emak... hati saya menginginkan untuk beraya dengan ayah dan adik beradik di Terengganu. Saya mahu berkongsi rasa sedih dan pilu bersama mereka di pagi raya. Duduk bersalam memohon ampun dan maaf dari ayah tercinta di pagi raya... Kepusara bonda membaca yassin beramai-ramai bersama, Namun saya akur.. saya perlu adil untuk en.suami juga.

Alhamdulillah.... bila dah sebok menolong mak  Ngah  dan  kak Ngah di dapur boleh la saya lupa rasa sedih tu..

Sambutan raya di kg Temau pun tak kurang bestnya. Meriah bila ramai-ramai raya bersama. Lagi bertambah  meriah dengan hidangan juadah yang macam-macam ado....=) Kesihatan en.suami pun dah pulih macam biasa.. bertambah-tambah rasa gembira di hari raya. 


Raya tak bergambar mane.... gambar keluarga satu ni aje... Tu pun tak semenggah mana.. En.suami pegang pinggan nasi nak suap Eusoff makan... Boleh la dari takde kan...

Raya ke-3 dapat balik Terengganu... yeayyyyy!! Tapi dah takde sapa-sapa kat rumah.. Sedih sungguh la.. Masing-masing dah balik ke  keluarga mertua pulak.. apa leh  buat... Tapi tetap lah best sebab ayah kan ada!  Lepas rasa kerinduan 1 Syawal. Sampai-sampai terus peluk cium ayah..salam mohon  ampun maaf. 

Raya ke-4 barulah saya berpeluang ke pusara emak. Setiap kali balik kampung tempat wajib pergi adalah ke pusara emak. Syahdu terasa saat bacakan Yassin untuk arwah.. Teringat saya arwah emak pernah berkata semasa hidupnya "kalau emak mati, ada ke tidak anak-anak datang bacakan yassin untuk  emak
-Ada mak...ada...adik akan sentiasa bacakan Yassin untuk emak.. dan adik akan  datang melawat emak. =(

Semoga doa saya untuk arwah emak Allah terima, Insya Allah....

Selamat hari Raya.



4 comments:

  1. Semoga emak ditempatkan bersama orang2 soleh...=)

    ReplyDelete
  2. Amin....

    Memang itu yang sentiasa didoakan oleh seorang anak yang dah kehilangan ibu bapa mereka fizah...

    Selamat hari raya fizah... jom datang rumah beraya...=)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya...dah beraya pon umah diana. hehe..terima kasih dapt makn bihun ..sedap..akhirnye dapat jugak kita bersua..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...finally dapat bersua muka ngan tini...tu pun dok sekejap je... sedap ker? Kehkehkeh...

      Dtg la rumah batu caves lak... sila...sila..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015