Assalamualaikum...
Kita masih di dalam bulan Syawal... bulan yang kaya dengan makan-makan. Open house di sana-sini. Open office pun sini sana. Masa yang amat sesuai untuk membesarkan badan dengan jayanya, menternak lemak dengan bangganya.. =)
Kat office saya majlis makan-makan bersempena Hari Raya adalah hari ni 23 Ogos 2013 bersamaan 16 Syawal 1434H. Konsepnya pot luck. Tapi masing-masing dah di beri menu apa yang perlu dimasak [DIMASAK okeyyy...bukan dibeli...bukan diorder...] Rungsing saya bila menu yang saya dapat adalah RENDANG AYAM.
Mesti sape-sape yang terer bab masak memasak ni, apa lah sangat rendang ayam tu kaannn... sambil pejam mata... campak-campak bahan daannn siap! Itu kamu.... tapi saya? Rendah ayam tak pernah dibuat sepanjang 29 tahun hidup ni tau.... tu yang menggelabah semacam google resepi, tanya orang situ sini.
Memula rasa cam nak ngelat... rasa cam nak mintak tolong kak NgahRohaiza buatkan.. Tapi bila pikir-pikir balik tak best la pulak.. Bila nak pandai kalau tak nak mencuba kan. Jadi saya cabar diri saya untuk buat rendah ayam.. fuuuhhhhh... kuss semangat...
Balik kerja semalam, Terus singsing lengan kat dapur. Siapkan ape yang patut... cuci ayam, prepare bahan-bahan untuk diblend, perah santan.. Siap semua... saya satukan di dalam kuali..pastu tinggal je..pergi solat... layan Eusoff tengok Mickey Mouse.. tengok tv ngan en.suami... Alahaii santai sungguh!
Erkk.. korang caye ker? hahahah takdenyer sesantai tu.... Nak siapkan bahan dah berejam... hahahha... Ye ahh.... sedia bahan sambil refer resepi.... Start masak pun..terhegeh-hegeh tengok resepi...mana nak dimasuk dulu..mana nak kedian... sukat betul-betul macam dalam resepi.... kerat halia, kunyit, lengkuas kira inci tahu?? 3 inci...besar mana... 1 inci besa mana. Haaaa..sampai macam tu sekali.. takut rendang ayam tak menjadi.. lawak sungguh.... Orang lain kejap je pun masak rendang.. Saya start 6.30pm pukul 10.00 malam baru siap... lama sungguh......
Resepi saya ambil di sini : Rendang ayam pedas [Kredit kepada Kak Liza a.k.a Chef Hanieliza]
Saya copy sini resepi untuk reference saya akan datang.
RENDANG AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]
garam
gula
Bahan Mesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau sehingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.
RENDANG AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]
garam
gula
Bahan Mesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau sehingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.
Ni je bahan-bahannya.. |
Ayam tu tengah nak cuci ngan limau.. cuci kasi bersih gitu... baru la rasa tanpa was-was nak kasi anak suami, dan kawan-kawan makan....
Bahan yang telah diblend sempurna oleh en.suami |
Masak dengan api yang perlahan.. digaul rata.. |
2 cawan santan pekat dimasukkan... dan biar je sampai kering. |
Dan hasilnya........
Nampak menggiurkan bukan.... =p |
En.suami kata.. "mmmmm....dap!"
Alhamdulillah...cubaan pertama saya en.suami kata berjaya!!
Tapi tak tahu la kene selera kengkawan atau tidak.... Tawakkal sahaja la....
Harap-harap laku.... kkikikiki...
Sebenarnya, terasa cam senang je nak buat rendang ayam/daging/kerang. Cuma rajin ngan tidak aje... [Diri sendiri plak terasa..kahkahkah]. Lepas nih boleh lah buat lagi! hihi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sempena Syawal ini... saya berbesar hati ingin menjemput sahabat-sahabat blogger untuk datang ke rumah saya, diadakan sedikit jamuan makan bersempena Syawal 1434H ini.
Jika ada berkelapangan..., on da way melalui Batu Caves...singgah-singgah la ye...?
Tempat : Batu Caves [Kalau serius nak singgah email no phone kat saya ye..? Nanti calling2.
Tarikh : 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434 Hijrah [Sabtu]
Masa : 12.30 ~ 05.30
"Semoga rezeki yang sedikit inimendapat keberkatan dari-Nya bila dikongsi bersama, Insya Allah"
Selamat Hari Raya!
yey!!!!Na dah pandai masak rendang,tahniah atas usaha Na....kan...senang je masak rendang....nnti buat lg ye kngah nak rasa rendang air tgn Na....
ReplyDeleteHahahhaha......beresss....!
DeleteBukan mudah nak buat kan ngah...? Tapi tak lah senang...=p
Practis make perfect sebenarnya.....
Nantu sy buat specil untuk kak ngah..m
wahh mmg sodap nmpk tu diana oii...percubaan yg baguss! =)
ReplyDeleteNi yang semangat nak buat lagi ni!! Hahahha...
DeleteMe kasih fizah..
wah...sedapnye rendang ayam..nmpk pon dh sedp..lum rasa lagi ni..
ReplyDeleteTini....datang esok ye...? Saya tunggu...hiihi..
Delete