01 August 2013

Dugaan tiba dipenghujung Ramadhan, sabar....

Assalamualaikum…

Hari ini 01 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H. Hari ke 23 berpuasa…tinggal lagi 6 hari sahaja lagi untuk seluruh umat Islam seantero dunia menjalani ibadah puasa. Sayangnya mahu menghadapi Ramadhan yang bakal berlalu pergi.. Masih adakah peluang untuk saya melaluinya lagi di tahun 1435H? Wallahu'alam bissawab… Hanya Dia yang maha mengetahui.. aturan hidup hamba-hambanya.. Ada rezeki pasti ketemu lagi bulan penuh barakah, Ramadhan Al Mubarak! 

Hadirnya dinanti-nanti, perginya pasti dirindui…

Dalam pada sibuk semua umat Islam sedang menyediakan persiapan menunggu Syawal yang bakal tiba…. Jangan dilupa zakat fitrah ye semua.. =) Mana yang belum, cepat-cepat buat pembayaran di kuanter-kuater zakat berhampiran dan yang paling penting! buatlah pembayaran kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Bagi yang nak tahu tentang kadar Zakat Fitrah bagi tahun  1434H ini boleh la rujuk di sini :

Semoga membantu =)

Alhamdulillah en.suami sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai  ketua keluarga di awal puasa hari tu.... Walaupun hanya dalam nilai yang kecil, semoga agihannya nanti mampu memberi senyuman  kepada golongan-golongan  yang layak menerimanya, sebagai bantuan sebelum menjelangnya Hari Raya nanti,  Insya Allah..

Sudah berada di minggu akhir berpuasa, masing-masing mesti dah siap sedia dengan segala keperluan untuk beraya kan...? Perabot rumah..langsir baru.. kuih muih raya, baju bajan raya, kasut raya segala..... kan....? Itulah part yang paling best untuk isteri-isteri sekalian, dan part yang paling memeningkan untuk si suami sekalian kan...? hihih.. Apa-apa pun persiapan biarlah berpada-pada, tidak berlebih-lebihan... Berbelanja ikut budget.. Kalau terover budget jadinya nanti lepas beraya, sambung puasa enam, sambung puasa ganti...dan sambung puasa lagi hingga ke hujung bulan sebab fuluss dah kering. hihi Kalo mak pak je kene puasa itu tak jadi hal la lagi... jangan anak-anak kecil ikut kene puasa, puasa susu..puasa nestum... alahaiiii kesiannya.... Moga perkara ini tak terjadi pada kita.. Pandai-pandai la berbelanja di musim raya ni...

Belanja raya saya... mmmm..sedih sangat...

Baju raya Khilfi Eusoff baru dapat sepasang.. Mase berbuka puasa kat Fullhouse aritu.. beli kat F.O.S. Itu sahaja..

Baju mamanya dah dapat 2 pasang, beli kat Giant bebaru ni masa berbuka berdua bersama Khilfi Eusoff kat The Chicken Rice Shop. Cukup dah tu..! Tapi kalo en.suami nak beli lagi...ambil nyiru saya tadahkan.... =)

Kuih raya, en.suami dah tempah kuih tart nanas kat kawan office dia. Saya lak dah order popia nestum kat kawan tempat kerja. Itu sahaja kuih raya setakat ni.

Duit raya, dah tukar la sikit-sikit... Banyak tukar nilai yang kecik-kecik je... "Tukar kecil ramai yang merasa, tukar besar kurang yang merasa"... haaaa... pepatah tu!

Selain itu... takde apa-apa dah...

Baju en.suami? Belom ada apa-apa pun!

Hati  dah excited nak membeli keperluan raya. Dah list down mana yang perlu, terutama barang-barang untuk Khilfi Eusoff... tapi hajat tak kesampaian lagi walaupun puasa berbaki hanya 6 hari je dah lagi... 

Sebabnye en.suami demam teruk tiba-tiba. Dah 2 hari MC. Malam ni pun masih demam teruk lagi.. Menjelang pagi menggigil-gigil kesejukan. Sakit seluruh badan. Dari lepas maghrib tadi, tidur aje. Nampak tersangat lah lemah. Kesian dia... Terasa hari-hari saya dan Khilfi Eusoff tak seronok bila papa jatuh sakit! mmmm...

Mana-mana keperluan raya tu, nanti-nanti la beli..masih sempat lagi.. =p Kalau tak sempat beli..guna je laa mana yang ada.. Tetap beraya jugak nanti..

Apa boleh buat, dugaan di hujung Ramadhan bersabarlah.....




9 comments:

  1. dah berapa hari azam demam?gi lah klinik check darah klu dmm lebih dr 3 ari jgn biarkan....skrg musim nyamuk byk sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni hari ke 3 ngah... Pagi tadi masa sahur muntah lagi.. X makan apa2 pun dari semalam... Tengok hari ni camne..kalo demam x kebah2 lagi...nak bawak pg klinik lagi sekali.... Ye nak check darah..

      Dah la dekat sangat dah nak raya..mmmm..

      Delete
  2. Moga menjelang raya nnti....sihat walafiat asbennya....mmg x seronok klau ada isi rumah kita yg sakit kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Asyifa... Harapannya memang la macam tu..
      Memang sangat tak seronok.. rasa kurang sesuatu je bila ada dikalangan keluarga yang jatuh sakit...

      Delete
  3. moga abg azam cepat sembuh.. banyak makan cendol ke tu? hihi...kirimsalam abg azam eh kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha... Nanti akak kirimkan ye...? =)
      Meh la datang rumah lepas raya nanti eh..? Nanti akak jemput...

      Delete
  4. ucap selamat kepada en.suami moga cepat sembuh. Petua dari pengalaman buatkan dia sup ketam InsAllah cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pujangga.. semalam dah beli ketam nanti nak bubur nasi..makan ngan sup..

      Harap sihat sebelum syawal menjelang..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015