Assalamualaikum...
Selamat balik kampung ye pada semua yang dah memulakan perjalanan balik ke kampung halaman. Tinggal lagi 3 hari untuk menjelangnya Syawal yang dinanti.. Haruslah semua tak sabar-sabar nak menjejaki kampung halaman yang dirindui, bertemu mata dengan bonda dan ayahanda tercinta....
Hari ini hari ke-6 en.suami demam on/off... dan keadaan badannya teramat lemah. Sepanjang perkahwinan ini adalah sakit yang paling teruk en.suami. Biasanya kalau dapat demam cukup sehari dua saja. Makan ubat pasti kebah. Cuma kalau batuk dan selsema boleh jadi 4-5 hari juga. Tapi tetap boleh ke tempat kerja, badan pun sihat aje..
Sepanjang 6 hari, sudah 3 kali kami ke klinik swasta 31/07, 02/08 & 04/08 ... jawapan tetap sama, demam.. dibekalkan ubat demam, antibiotik, ubat sakit otot/badan, ubat sakit tekak... sama je ketiga-tiga klinik. Terakhir kami pergi klinik semalam, klinik panel en.suami.. kami mengharapkan doktor nak buat test darah atau apa-apa yang membuatkan hati saya lega.. Tapi tetap sama, kami hanya dibekalkan ubat-ubat, ubat yang "kuat sikit" dari sebelum kata doktor. Besok, 05/08 kalau keadaan tetap sama baru datang balik untuk test darah.
|
Di klinik 02/08 |
Pasrah.....walaupun dalam hati saya rasa tak tenang dengan keadaan en.suami yang bertambah lemah. Tapi doktor nak lagi kami tunggu...
Balik dari klinik, en.suami berikan duit suruh ke Giant Batu Caves, carikkan kasut raya Khilfi Eusoff.. Katanya kita takpe tak beraya..tapi kelengkapan anak perlu ada jugak! Sakit..tapi sempat lagi fikir pasal anak... =(
Petang hari yang sama, dalam pukul 5.15 petang, dalam keadaan en.suami yang tak bukak mata, hati saya rasa hiba. Tak sanggup nak lalui Syawal yang dah nak kunjung tiba dengan keadaan en.suami macam ni.
Saya pujuk rayu en.suami berbekalkan air mata, nak bawak dia ke Hospital Selayang. Saya tak sanggup nak tunggu sahaja. Saya mahukan satu keputusan yang jelas. Kalau teruk keadaan dia, boleh bertindak cepat untuk warded dan dapat dipantau doktor. Kalau keadaan dia ok.. dah tentu lah hati saya legaaaaa...
Alhamdulillah..air mata saya mahal bagi en.suami.. dia setuju dengan apa yang saya nak buat. Eusoff saya tumpangkan kat rumah kawan. Nak bawa takut mengganggu kelancaran di sana. Tahu lah Khilfi Eusoff dah boring nanti macam-macam ragam dia tunjukkan. Saya drive ke Hospital Selayang. Sebab en.suami tak "buka mata" sangat, dengan keadaan kene baringkan sit kereta sampai habis sebab tak larat nak duduk lama katanya. Mujur GPS jadi penyelamat. Saya bukanlah seorang yang tahu jalan-jalan ni. Biasanya jadi mem kat sebelah je. Tapi sebab keadaan maha terdesak,rupanya saya boleh!
Kat Hospital Selayang kami terus ke bahagian Kecemasan, urusan lancar Alhamdulillah, telah diasingkan untuk bahagian fever. En.suami dah lemah sangat. Saya dudukkan dia di ruang menunggu dan saya berkejar membuat pendaftaran dan ambil nombor giliran. Mujur tak ramai orang..menunggu pun sekejap sahaja. Selesai berjumpa doktor, explain sejelasnya.. Doktor ambil darah, disamping beberapa ubat telah diberi.Saya tak jelas sangat pasal ubat-ubat tu, tapi apa yang saya tahu salah satunya ubat untuk melegakan sakit perut. [En.suami sakit perut, mungkin sebab tak makan dah 5 hari]. Untuk mengelakkan hydration doktor masukkan sebotol air ke dalam badan. Mungkin sebab tu jugak en.suami lemah, Kurang air dalam badan.
Masa ambil darah, dan ubat-ubat dimasukkan ke dalam badan, en.suami lemah sungguh... Dia muntah-muntah, bibir dan muka pucat. Sayu rasa hati melihat keadaan dia macam tu.. Saya pegang tangannya dan genggam erat-erat. Moga dapat saya salurkan kekuatan ke dalam dirinya yang lemah tu..
En.suami minta nak baring sebab tak larat.. tapi takde katil kat situ, jadinya masuk air sambil duduk aje. Kesian lak... Nampak en. suami relax... dan dah kurang pucat bibir dia. Alhamdulillah.
Result darah keluar petang tu jugak. Doktor kata result ok...dan tak perlu warded. Lega sikit hati saya walaupun tak lah lega sepenuhnya.
Balik rumah keadaan en.suami tetap lemah. Malamnya dia demam lagi. On/off macam biasa.. Bila ditanya macam mana rasa keadaan sekarang. Dia jawab dah sihat sikit. Tapi keadaan tetap sama.Terbaring tak bukak mata. Cuma malam tadi en.suami mampu makan bubur nasi 6 sudu! Alhamdulillah..
Tak kuatnya saya nak melihat keadaan en.suami sekarang. Tapi ikhtiar tetap tak akan abis.. Setiap ubat-ubat yang doktor bagi, saya pastikan en.suami makan ikut waktunya. Taknak perut dia kosong, saya paksa juga makan..walaupun hanya roti sebab tak nak perut sakit lagi. Minum air sebanyaknya sebab tak nak dia terhydration. Nak buat bubur nasi sup ketam hari ni sebab malam tadi nampak ada selera makan bubur nasi. Juga bagi minum air 100+ dan air kelapa.
Hari ni saya emergency leave. En.suami tetap macam tu keadaannya, dan kesian Eusoff tak sihat jugak.. badan panas dan batuk-batuk, muntah. Tinggal 2 hari je lagi nak kerja sebelum raya, 07/08 office saya bercuti. Tapi takpe lah.. masa ini mereka amat perlukan saya.. dan saya perlu disisi mereka.
Kadang rasa sedih, en.suami berkorban duit membelikan Prudential BSN Takaful Insuran untuk saya dan Khilfi Eusoff. Katanya kalau mama dan nanak sakit senang tak perlu nak menunggu lama tunggu turn di hospital kerajaan. Terus ke mana-mana hospital swasta dan boleh dapatkan rawatan dengan selesa di situ. Mudah kalau mama sakit, boleh bawa nanak sekali ke situ. Tak perlu nak fikir ke mana nak tumpangkan nanak.
Tapi insurans diri sendiri tak nak beli sebab jawapan dia, banyak lagi komitment lain yang dia perlu fikir. Apalah sangat dengan keadaan dirinya. Kalau sakit pergi je la Hospital Selayang...
Sedihnya...pengorbanan suami yang tak pernah berbelah bagi untuk anak dan isteri...
Cepat baik abang...
Sihat nanti kita pergi cari baju raya abang ye....
=(
Terima kasih pada kawan-kawan yang msg/call beri petua dan nasihat. Terima kasih pada ayah, adik beradik semua...abah dan adik, juga saudara mara! Walaupun kamu semua jauh di sana, tetap call, msg, whatsup bertanyakan khabar berita. Itulah penambah kekuatan saya sebenarnya.
*Tetap berjaga-jaga, kalau keadaan tetap seperti ini dalam sehari dua nanti saya akan bawa ke Hospital Selayang lagi.
*Perlu jugak ambil insurans untuk en.suami nanti... Hal ini terjadi betul-betul menjadikan pengajaran untuk saya.