17 August 2012

28 Ramadhan 1433H.. Hati saya sayu....

Assalamualaikum...



Hari ke 28 berpuasa... Tinggal 1 hari sahaja lagi menjelangnya Syawal.. Syukur Alhamdulillah... Saya masih sihat untuk menyambut hari yang Mulia itu..

Kegembiraan keluar rumah untuk ke tempat kerja pagi tadi [sebab hari ini last kerja]... sedikit terganggu...sebabnya pagi-pagi lagi dah terima khabaran sedih.. dan terkejut...


Photo : Google


Perancang majlis pertunangan saya dulu, [abang Syukor] telah kembali kerahmatullah pada pagi ini.. Innalillahiwainnailairojiun... Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali. Janji Allah itu pasti... sesungguhnya yang hidup pasti akan menemui mati. Sayu saya mengenangkan cuma tinggal 1 hari sahaja lagi untuk bertemu Syawal... Namun, apakah daya kita hambanya... Tak dapat mempercepatkan mahupun melambatkan detik kematian walaupun 1 saat sahaja. Simpati saya pada keluarga arwah terutamanya isteri dan anak-anak kecil itu.



Dah lama saya mengetahui arwah sakit akibat buatan orang.. [mungkin sebab bisness perancang majlis perkahwinan dan kedai makan yang diusahakan mendapat sambutan penduduk setempat] -menjadi punca utama kenapa ada yang busuk hati sehingga ke tahap ini-MATI.. Ya Allah...sesungguhnya hambamu di akhir zaman ini tiada lagi KEPERIMANUSIAAN! Saya sedih... :-(



Semoga arwah abang Syukor tenang di sana. Semoga mendapat lindungan dari-Nya.
AL-FATIHAH..



Lagi berita sedih...



Pagi-pagi jarang-jarang sekali saya akan blogwalking... [hari ini ramai yang dah bercuti...so perasaan dah tak rasa nak kerja.... nak balik kampung!!!]



Hati kecil saya tersentuh lagi...membaca entry tentang ada sahabat blogger diuji dengan kesihatan yang ditahap kronik. Ya Allah....dugaan yang maha hebat untuk mereka-mereka ini... Hati saya menangis lagi dan lagi... Sesungguhnya dugaan sakit yang Kau turunkan sangat hebat untuk mereka ini. Berat mata ini memandang, berat telinga ini mendengar cerita... saya tahu, berat lagi bahu-bahu mereka untuk memikul...






Beliau mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis)



Ya Allah, beliau seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak... sungguh kuat hati Kak Haryani dalam membesarkan permata hati beliau di samping bertarung dengan sakit yang entah bila akan berakhir... Setiap entry beliau, sebenarnya sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada saya... sungguh tabah, cekal, kuat semangat.. beliau dalam hidup ini... Hidup beliau adalah untuk anak-anak, itu adalah penguat kepada semangat beliau... :-(





Beliau menghidapi "Lung Cancer Stage 4"....Ya Allah........hati saya meruntuh kesedihan lagi....Dugaan hebat... buat seorang suami dan seorang ayah..

Saya terbaca entry rakan blogger Lov-note, dan Koleksi1001resepi. Blogwalking lagi...saya terjumpa rakan blog ini Eyriqazz dan lagi Abang ensem.... Makin banyak yang saya baca, makin meruntuh jiwa saya..

Walaupun saudara Je jai... bukan lah saya kenali sebelum ini [biasa lah pendatang baru dalam dunia maya ini].. namun bila terbaca kisah sedih ini... saya sebagai manusia yang diberi Allah lembut jiwanya.. ditambah lagi Syawal bakal menjelang tiba.... Hati saya menangis lagi... :-(

Ya Allah...
Siapa pun mereka itu..., aku berdoa pada-Mu Ya Allah.... Kau berilah kekuatan dan ketabahan yang berganda untuk mereka... Kau kurangkan lah rasa sakit itu, Kau sembuhkanlah sakit mereka itu... Kau kasihanilah anak-anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang emak dan ayah... Kau peliharalah keluarga mereka... berilah mereka peluang untuk terus sihat... Aku mohon pada-Mu...

Syawal ini.....
Semoga memberi cahaya buat mereka. Semoga ada senyuman yang terukir gembira untuk mereka.. :-)

Selamat Hari Raya... 

2 comments:

  1. Dalam kegembiraan kit apasti ada insan yang alami pelbagai dugaan dalam hidup mereka.
    Semoga mereka semua memperolehi nikmat dalam setiap dugaan yang menjelma..

    Salam kenal
    Singgah raya ke-empat di sini...
    Hari ini dah start kerja..huuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..betul Hanif Idrus..
      Semoga..setiap apa yang dilalui mereka-mereka itu juga menjadi iktibar dan pedoman kepada kita..

      Hargai sihat sebelum tibanya sakit..
      Terima kasih datang menjengah....
      Nantikan lawatan balas dari saya.. :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015