Salam...
Hasil penulisan satu entry untuk melayakkan diri mengikuti Kursus "Jom Kurus Bersama Kelvin Zahri" ini...
ENTRI INI.... Alhamdulillah saya di antara 40 peserta yang terpilih.... Best!! Best!! Best!!
Nak kongsi pengalaman yang best di Seminar "Jom Kurus Bersama Kelvin Zahri" hewheww... Best sesangat... Alhamdulillah..banyak manfaat yang boleh didapati dari kursus tersebut. Terima kasih Kelvin Zahri atas ilmu yang berguna itu.
Saya sampai di Prince Court Medical Centre dalam kol 1.45 ptg.. Terima kasih buat en.suami sebab sanggup menghantar saya dan menjaga nanak kecil itu untuk 4 jam ini...heheh.. Kemana la en.suami meronda ngan nanak dalam tempoh tersebut kan..? hehheh..
Dari pintu masuk, saya dah nampak bunting "Jom Kurus Bersama Kelvin Zahri"! Wah bersemangat nih!! dan terus saya terjah ke ruangan duduk di situ, ada la beberapa orang masa tuh dan terus hulurkan salam [saya tahu tak leh sombong-sombong dalam keadaan macam nie dan dalam apa keadaan sekalipun... :-)] Uisshhh..mujur salam yang dihulur disambut mesra orang rakan-rakan kat situ, [blogger la jugak kan] Rupa-rupa nya Pn. Bee pun ada kat situ bersama 3 orang anak perempuan yang comel-comel... First time jumpa mana la kenal rupa kan....? Kelvin Zahri pun ade...
Duduk-duduk dan register nama bagai, dalam kol 2.15 bermula lah sesi bersama Kelvin Zahri...hohoho.. Terujanya saya rasa, first time kot mengikuti kursus berkaitan kurus ini dan tambah-tambah teruja lagi bersama selebriti yang popular jugak tuu...!
Cuma, rasa kecewa dengan satu bende dan saya rasa amat-amat geram pada diri sendiri sebab, lupa nak bawak PEN! [sebelum tuh dah memang ingat nak ambik pen!! pen!! pen!! Last2 terlupa jugak.. adoiilaaa] Jadi, ambil aje la point-point yang penting menggunakan tepon itu... Memang slow la... mmmm.. Sedaya mungkin setiap patah kata yang keluar dari mulut Kelvin saya cuba simpan dalam memori..[Konon macam memori komputer kan? dapat ingat semua??] hahhaha...memang taklaa... tapi at least ada la ilmu yang saya dapat... Alhamdulillah.....
|
Ceramah yang santai dan tidak boring dari Kelvin |
1- Utamakan kiraan kalori setiap apa yang dimakan dalam seharian
Kelvin umpamakan seperti beli barang kat kedai dengan nilai duit yang ada di tangan.. Sudah tentu kita perlu membeli mengikut budget yang ada di tangan kan..? So sama juga seperti apa yang kita nak makan. :-) Perlu makan dengan kadar kalori yang hanya diperlukan oleh tubuh! Yess... tidak boleh lebih dari sepatutnya yang diperlukan! Jika lebih? Sendiri mau ingat naaa... :-p
Kadar kalori yang diperlukan oleh setiap orang adalah berbeza-beza.. ianya ditentukan melalui pengiraan BMR.
Apa itu BMR?
BMR (Basal Metabolic Rate) atau dalam Bahasa Melayu adalah jumlah kalori asas yang kita perlukan dalam seharian.
Kat kursus, saya tak berkesempatan nak kira nie semua sebab takde pen...so sekarang saya nak calculate sini jumlah BMR dan DCR saya...bole kan?? :-)
BMR (M) : 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
BMR (F) : 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM] - 4.7 x UMUR)
655 + (9.6 x 65) + (1.8 x 164) - 4.7 (28)
BMR Saya 1442.6 kcal/day
Apa itu DCR?
DCR (Daily Caloric Requirement) atau dalam Bahasa Melayu adalah had kalori seharian yang berbeza, unik, bergantung pada faktor umur, jantina, berat, dan ketinggian seseorang.
Kiraan nilai untuk faktor aktiviti adalah seperti di bawah:
1.Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2 [Saya punyer..ini sahaja]
2.Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
3.Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
4.Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
5.Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9
DCR : BMR x (nilai faktor aktiviti)
1442.6 x 1.2
DCR Saya 1731.12 kcal/day
Di bawah ini, formula untuk KALORI VS DCR... mudah dan senang untuk difahami kan??
Kalori masuk > DCR : berlebihan berat badan
Kalori masuk < DCR : Penurunan berat badan
Kalori masuk = DCR : Maintain berat badan
So, untuk saya DCR 1731.12 kcal/day ini, perlulah makan dengan jumlah kalori yang tidak lebih dari jumlah DCR saya... Jika penambilan lebih daripada itu, maklumlah saya bahawa ia akan memberi kesan penambahan berat badan.. Tak nak...tak nak...tak...no..no..no!!
2. Rancang apa yang ingin dimakan dalam seharian mengikut nilai kalori
Errkk...mungkin lepas nie kita perlu buat jadual pemakanan dan siap-siap kira berapa nilai kalori yang diperlukan dalam seharian. Baru tidak terkurang dan paling penting tidak terlebih.. mmm...itu pendapat saya!
Perlu ada 3 meals (Breakfast/lunch/dinner) + 2 snacking (antara masa makan
utama tersebut) Kenapa perlu snacking? Untuk mengurangkan rasa terlalu lapar sekaligus tidak mengambil terlalu banyak sewaktu makan lunch dan dinner. [Erkkks...saya tak tahu la dapat buat macam ni atau tidak] Kadang-kadang memang ada snacking, tapi sesuatu yang berkalori tinggi seperti kerepek, goreng pisang... Perlulah snacking sesutu yang sihat sahaja.. dan paling penting pantau kalori makanan itu.
-Nak tahu nilai kalori dalam makanan.....?? --> Tengok kat saya punye side bar... Ade kat situ... :-p
3. Melakukan excercise secara konsisten.
Saya percaya, dengan bersenam ia mampu mengurangkan berat badan. Namun ramai yang memberi alasan untuk tidak melakukan benda ini..hihihi termasuklah saya!! hihihihihi..
Namun begitu tidak menjadi alasan kepada sesiapa pun untuk tidak bersenam... sebab, dengan membuat kerja harian juga, ia boleh dikira bersenam jugak, tetap membakar kalori.... Macam naik turun tangga, membasuh kereta, bermain-main dengan anak, main kejar-kejar, menyapu, mop lantai, vacume carpet, dan banyak lagi aktiviti harian yang boleh membakar kalori. Pendek kata, kita perlu lah rajin, jika kurang rajin untuk berjogging, sila la rajin kan diri membuat kerja-kerja rumah atau pun office yang boleh membakar kalori itu. Jika malas jugak, sendiri mau ingat la kesan dan akibat nya...ye..?
Tapi advantage untuk sesiapa yang rajin bersukan/berjogging...sebab kadar penurunan akan cepat berbanding sesiapa yang hanya melakukan aktiviti harian sahaja untuk membakar kalori... [Patutlah penurunan saya pun lambat je..... :-)]
Itu ajelah sedikit sebanyak point-point yang saya ingat dan dapat saya curahkan untuk diceritakan balik di diari kesayangan ini. Ye memang panjang, bagi sesiapa yang punya azam seperti saya, pasti akan baca hingga ke akhirnya. Kalau dapat dengar dari mulut Kelvin sendiri dah tentu lebih banyak ilmu yang bermanfaat boleh dapat... Berminat?? Jom la joint:
Point-point yang diambil mungkin sangat ringkas untuk perkongsian ini... tapi saya tetap ingin berkongsi di sini untuk manfaat bersama. Jika anda berazam untuk kurus dan berusaha untuk kurus dalam apa cara sekalipun... Insya Allah tiada apa yang mustahil!!
Sebagai pembakar semangat bersama, saya tepek gambar peserta
"Cabaran Sihat 6 Minggu bersama ISihat & Kelvin Zahri" musim ke-2, yang sudah berjaya mengurangkan baaaaaaaaanyakk kg sepanjang 5 minggu cabaran ini. Cuma tinggal 1 minggu lagi untuk ke final semoga kaka dan Izad berjaya untuk merebut gelaran JUARA!!!!!!
|
Bersama Kaka |
|
Bersama Kaka dan Izad |
Gambar saya dah tentu bersama Kelvin Zahri...... :-)
Saya tepek kat sini gambar saya bersama-sama blogger yang turut serta
dalam sesi Jom Kurus bersama Kelvin Zahri... Tapi agak kecewa tak dapat
bergambar dengan kesemua bloggers....uhukhuk..
|
Bersama Puan Bee dan Nadot |
Dan gambar semua blogger yang terlibat.... Best!! Best!! dan Best!!
Seronoknya saya sepetang bersama Kelvin Zahri dan Bloggers....... :-)