Tiap-tiap hari dah rasa seperti satu kemestian, update cerita mengenai anak-anak. Mencatat memori di sini. Boleh kan..? Tak menggangu ketenteraman sesiapa yang membaca kan? Disini umpama diari kehidupan kami.
Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa tanamkan rasa kasih, rasa sayang ke dalam hati mama dan papa untuk terus mendidik, membimbing dan membesarkan Eusoff dan Elyass.. Setakat mana Allah izinkan.
Semoga dalam hati kecil anak-anak ini juga Allah tanamkan rasa kasih, rasa sayang, rasa "perlu" mereka kepada kami.. bukan hanya sewaktu kecil ini, tapi sehingga la mereka besar nanti... Sewaktu mama dan papa sudah tidak berdaya nanti.. Insya Allah.. Amin..Amin....
Makin membesar abang Eusoff dan Elyass.. makin nampak keserasian antara mereka. Mereka dah jadi geng! Yeahhhhhh...
Bergabung!! Meletop!!
Bukti... jom tengok video pendek ini..hihhhii..
Rumah sekarang bising dengan gelak tawa dorang je.. Biasanya, penghujung kepada gelak-gelak tu akan berakhir dengan menangis. Dah aksi tolak menolak, panjat memanjat, kejar mengejar, akhirnya ada la salah sorang yang dapat sakitnya. Biasanya adik.. tapi jarang sekali abang pun merasa jugee..
Dah hilang sakit, boleh pulak sambung bergelak balik.. Hai la anak....
Satu ciuman untuk abang |
Cubaan memanjat abang |
Ok..kaki sebelah dah naik atas da... |
Yeayyy dapat!! |
Bila tengok dua beradik yang makin membesar ni.. terasa sayu dihati..membesar dengan pengasuh, dari lahir hingga la ke hari ini. Abang pulak 3 tahun kebelakang ini, menghabiskan banyak masa dengan teacher di sekolah. Bila agaknya mama mampu sepenuhnya menjaga kamu berdua ye..? Sepenuhnya.... Insya Allah.. suatu masa nanti!
Doakan saya..
No comments:
Post a Comment