09 July 2014

Cerita Ramadhan 1435Hijrah kami =)

Assalamualaikum…

Jarang-jarang sekali berpeluang update di sini.. Kekangan masa, tahap ke-lazy-an yang sungguh tak terjangka dalam tempoh berbadan dua ni.. Lagi-lagi bila dah masuk trimester terakhir-35 minggu. Melayan rasa tak selesa… tak sedap badan.. tak sedap segala-galanya.

Alhamdulillah… diberi peluang kedua merasai segalanya sekali lagi, selepas dah rasa pengalaman pertama dulu sewaktu mengandungkan si permata hati sulong Khilfi Eusoff..

Belum sangat terlambat kan nak ucap Salam Ramadhan 1435H untuk kawan-kawan blogger yang sudi berkungjung ke sini, walaupun jarang sangat berupdate. Semoga Ramadhan kali ini dilalui dengan penuh keindahan.. semoga tiap amalan yang di buat diterima Allah S.W.T, insya Allah.

Untuk Ramadhan kali ini, saya sekeluarga.. berserderhana sahaja dalam berbuka puasa apatah lagi waktu bersahur. Kalau tak masak sendiri ala kadar di rumah, kami berbuka sahaja di kedai makan di luar. Dalam 11 hari berpuasa ada lah 2 kali membeli di bazar Ramadhan. Dan pernah bersederhana sungguh, tapau mee goreng sebungkus, popia basah 2 ringgit dan air bandung 1 bungkus, kongsi bertiga, dan berbuka saja lah di  depan surau Petronas.. lepas berbuka terus sembahyang maghrib. Dah tak ada idea nak berbuka kat mana. Dalam 11 hari ni, dah berkesempatan berbuka dengan abah dan adik di kampung Pahang. Cuma belum lagi berkesempatan berbuka dengan ayah dan adik beradik di kampung Terengganu. Insya Allah akan berpeluang juga nanti tu.. mungkin di penghujung Ramadhan, bersekali untuk balik raya.

Waktu bersahur sangat la kesian dengan en.suami.. memandangkan saya memang dalam keadaan tersangat tak larat.. waktu sahur dia uruskan sendiri saja makan minumnya. Ada kala dah siap beli, tinggal panaskan lauk dan masak sahaja nasi.. dan ada kala dia masak apa saja yang ada di dapur; untuk bersahur. Dah siap semua baru dikejutkan isterinya ni bersahur. Saya makan je apa yang ada.. biskut/roti atau kuih muih lebihan berbuka yang masih elok. Kadang hanya minum air kosong sahaja. Itu cerita bersahur kami. Terasa gigih sungguh suami saya.. Langsung tak merungut apa lagi nak menunjukkan muka tak puas hati.. 

Semoga Allah memberkati hidupmu suamiku, di dunia mahupun di akhirat kelak, Insya Allah..

Khilfi Eusoff di Ramadhan ini pun sangat simple… ada malam-malam, sangat tidur awal.. jadi tak joint pun waktu berbuka kami. Ada masa-masa memang makan bersama tapi cukup sekadar nasi kosong dan kuah.. Tak nak apa-apa dah. Jarang-jarang sekali mintak “pat” je.. aka “telur dadar”

1st day bersahur, Khilfi Eusoff joint sahur… kikiki.. =) Cam comel je…cam comel jee… Nah gambar budak comel bersahur…. Berselera sungguh walaupun makan pada pukul 5.00pg..
Puasa ke? Hahha.. memang tak la…



=)

19 May 2014

Eusoff :: masih kecil ke sudah besar..?

Assalamualaikum...

Saya suka tanya anak bujang saya..."Eusoff kecil lagi ke dah besar..?" Dengan penuh konfident je dia jawab.. "kecik mama.."

Owhhhh....geli hati rasanya...dia sendiri pun rasa dia masih kecil lagi...hihihi

Secara fizikalnya...pada pandangan kacamata seorang papa dan mama..., anak kami dah membesar bagai juara sangat dah... cukup ketinggiannya... takde lah terlampau banyak isinya...kiki..maksudnya x la gemuk mana... memang kalau orang tengok mesti kata.. dah besar rupanya Khilfi Eusoff..

Dalam pada rasa anak dah besar tu kan...bila tengok balik video-video terkini yang saja-saja saya rakam untuk kenangan.. tetiba terasa confius plak.. rasa anak dah besar.. tapi naper kalo tengok video nih rasa cam macam masih baby-baby lak nih.... rasa cam comel-comel je...sampai tahap ketap-ketap bibir lah geram...

Bila ulang-ulang tengok balik... Khilfi Eusoff ni sebenarnya suka tunjuk-tunjuk manja bila mama papa ambik video dia... eleeeehhhh...hihi.. manja la konon kennnn...



Mama / papa sayang kamu anak... sangat-sangat, walaupun betapa manjanya kamu =)

17 May 2014

Ajar untuk Eusoff menghargai Guru :: Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum...

16 Mei 2014 - Hari Guru untuk semua warga pendidik. Terima kasih atas ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan bimbingan tanpa kenal erti jemu. Terima kasih atas kesabaran berganda kalian dalam berhadapan dengan kerenah dan perangai kami. Saat hatimu terluka dengan sikap kami, kalian tabah menghadapi kelukaan itu..kadang kalian cuba ubati sakit akibat kelukaan tanpa pernah mengeluh apatah lagi menyesal ditakdirkan berprofesionkan sebagai seorang pendidik.

Mulia sungguh perjuanganmu guru.

Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik diri ini. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan yang kalian curahkan. Terima kasih cikgu..

...............................................................................................................................................................

Semua teacher di Children Islamic Centre (CIC), Taman Samudera, terima kasih kerana mendidik dan mengasuh Khilfi Eusoff. Semoga teacher sentiasa sabar dengan kerenah manja Eusoff... sabar bila ada-ada masa Eusoff suka buat teacher, sabar tika ada masa Eusoff terrrkucil tak kira di mana.. sabar teacher cuci segalanya..

Terima kasih teacher, hasil didikan teacher Eusoff dah belajar banyak benda.. menyanyi, bertukar lagu hari-hari.. sudah kenal warna, yellow, green, red, blue... tahu one, two, three hingga twelve.. Reti dah nyanyi Alif Ba Ta..walaupun ada huruf-huruf tak pandai sebut juga.. tapi nadanya ada... Nak tido dah pandai baca doa... nak makan juga sama.... Jika nak sebut satu persatu jasa kalian pastinya akan panjang berjela...

Terima kasih semua teacher yang mendidik Eusoff.. 

Satu perkara paling penting sebelum saya lupa...

Terima kasih masakkan makanan best-best untuk anak-anak didikmu di CIC... tiap hari balik sekolah, soalan wajib tanya, "Eusoff makan apa kat sekolah hari ni...?" Jawapannya pasti, "asyik, ayam, ikan, air...." jawapan menu tak pernah berubah... Gelak saya mendengarnya... apa CIC tak pernah bertukar menu ke apa... hihihih... [maaf..bergurau je..]

Bila ditanya cedap tak? Jawapan ikhlas dari Eusoff... "mmmm....dappppp"

Terima kasih teacher..Terima kasih,.. masak sedap-sedap untuk budak kuat makan macam Eusoff.. =)

Tak tahu bagaimana cara untuk tafsirkan erti terima kasih yang tak terhingga, kadang rasa tak cukup dengan ucapan semata... 

Sebagai didikan awal untuk Eusoff, guru insan yang perlu disanjung tinggi, jasanya dipuji.. tak salah memberi sesuatu.. nilai harga bukan menjadi ukuran.. tapi keikhlasan dalam pemberian. 

Hadiah dari Eusoff untuk teacher tersayang... 







16 May 2014

Kad kecil penuh makna sempena hari ibu 2014

Assalamualaikum...

Hari ibu tahun 2014, perasaannya sama seperti tahun 2013... tiada beza..
Al-Fatihah untuk arwah emak dan emak mertua tersayang.. Semoga kalian sentiasa di bawah payung rahmat Ilahi senantiasa. Insya Allah..

Antara catatan-catatan hari ibu saya di blog ni...

Selamat Hari Ibu - Tika arwah emak masih ada... Saat indah yang tak mampu saya lupa. Biarpun sambutan jarak jauh dari emak.. Hanya ucapan sebagai pengganti peluk cium.. namun tetap rasa kepuasannya... puas boleh melontarkan sendiri dari mulut, dan diperdengarkan di telinga emak, biarpun melalui perantaraan telefon.

Selamat Hari Ibu 2013 - Tahun pertama Hari Ibu tanpa emak tersayang.. sedih, pilu.. Air mata menjadi saksi betapa kerinduan bertandang setiap hari..lagi-lagi di hari seluruh manusia di muka bumi menyambut hari Ibu.


Bezanya tahun ni, hati sedikit berbunga-bunga, anak bujang dah bersekolah. Jadinya saya dapat la sekeping kad dari Khilfi Eusoff bersempena dengan hari ibu tahun ini. Alhamdulillah.. Terubat sikit kesedihan mama sayang. Tak tergambar rasanya kegembiraan itu, hanya mampu tersenyummmmm aje..=) sambil tunjuk kat en.suami, dan respond dia.. "waaaa...mama dapat kad hari ibu.." 


Biarpun saya jumpa sendiri kat dalam bag sekolah Eusoff, bukan terima dari tangan si kecil itu sendiri... takpe..takpe.. dia masih belum faham apa yang perlu dia buat bila dah bawa balik kad tu ke rumah.. takpe.... mama tetap rasa gembira sayang..


Biarpun kad yang simple yang penuh dengan corengan yang macam cakar ayam..=p sebenarnya cubaan untuk mewarna, tapi hati kecil saya tetap teruja.. malah tersentuh rasa dengan ungkapan "I LOVE YOU MOM" mendalam sungguh maksudnya..

Alhamdulillah..saya merasai pengalaman menjadi seorang ibu..dan Alhamdulillah sekali lagi berpeluang merasai tendangan lembut dari dalam perut tika dan saat ini.

Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia.
Semoga sama-sama dapat memikul amanah menjadi seorang IBU sebaiknya.. Insya Allah..
Ameen...


10 May 2014

Hujan :: redup....sejuk....

Assalamualaikum....

Hari minggu yang redup...sejuk... hujan dah pun kat luar... mmmm... bestnya..kalau hari-hari adalah hari hujung minggu.... =)

En.suami dah selesai cuci balkoni... ya hampun... berhabuk yang amat.. tempat yang sangat jarang kami guna.. sliding door pun jarang buka...

Khilfi Eusoff hari minggu, hari melayan kartoon... bagi kelonggaran di hari minggu....

Happy weekend korang...!!!


07 May 2014

Mei - Bulan penghargaan untuk Ibu dan guru

Assalamualaikum..

Sekarang dah berada di bulan Mei 2014.

2 tarikh keramat untuk diingati:
11 Mei  2014 - Hari Ibu
16 Mei 2014 - Hari Guru

Sayu mengenangkan tarikh 11 Mei.. tiada ucapan melalui telefon, apatah lagi ucapan beserta peluk cium. Hanya Al-Fatihah dan doa sebagai hadiah untukmu, ibu-ibu tercinta.

16 Mei 2014, memandangkan Khilfi Eusoff sudah bersekolah.. makanya harus lah kami mama papa plankan hadiah yang simple, harap-harapnya bermaknalah bagi teacher-teacher Eusoff semua. Penat mengajar dan menjaga, tak salah sediakan satu hadiah pemberian ikhals untuk teacher. Baru teacher feeling, "terasa diriku begitu dihargai" =)

Insya Allah.. nanti dah siap.. kita reveal ye apa kebende yang simple, diharapkan bermakna sangat tuh! hehehe.. tunggu...

Nah sekeping gambar Eusoff di kelas, sewaktu pembelajaran. Macam mana lah tak nak hargai teacher kan... tengok Eusoff kat atas riba teacher! ishhh sungguh lah sangat manja. Masa ni dia nangis, gaduh rebut kerusi ngan kawan. Teacher pujuk terus naik riba...


Kami ke sekolah sebab ada progress report.. 4 bulan belajar di CIC, apa yang dah Eusoff dapat.. gerun kot nak tahu apa progress Eusoff.. ada yang "have improvment" dan banyak jugak yang "need improvement".. Insya Allah.. semoga dalam masa akan datang akan bertambah improvement Eusoff..

=)


01 May 2014

Labour day : Kemana kita Khilfi Eusoff dan papa..?

Assalamualaikum...

Hari ni 01 Mei 2014, hari bercuti untuk semua penjawat awam mahupun swasta. Hari merehatkan minda dari kerja yang tak pernah nak sudah di tempat kerja... Selamat Hari Pekerja!

Pepagi lagi anak bujang saya, Khilfi Eusoff dah bangun. Celik-celika mata terus tanya "mana tab shoff?" -Shoff ganti nama diri dia.. "Eusoff".. Kadang soalan yang satu ni buat hati rasa panas pagi-pagi... Sudah kurangkan tempoh penggunaan tab, tapi Khilfi Eusoff masih memujuk rayu mama papa nakkan tab die tu.. Takpe lah.... slow-slow kurangkan.. lama-lama beransur hilang la harapnya. Insya Allah. Untuk stop secara drastik macam kejam sungguh mama dan papa kennn...?

Hari cuti ni sebenarnya tiada perancangan ke mana-mana. Dalam keadaan badan yang tak berapa nak daya, sebenarnya berehat sambil bermalas-malasan di rumah sangatlah syorga.. namun bila memikirkan si kecil pasti keboringan sepanjang hari ni terperuk di rumah saje, jadi moh lah papanya kita keluar bersuka ria.

hahaha, dah rupa berseloka pulak..=)

Jom papa!! Jenjalan ke Aquaria KLCC. Masa untuk pembelajaran out door Khilfi Eusoff. Layan gambar jom!

30 April 2014

Catatan pertama di 2014 : Khilfi Eusoff dah bersekolah..=)

Assalamualaikum….

Lama dah tak menulis di sini. Rasa kekok sungguh.. =)

Banyak perkembangan tumbesaran Khilfi Eusoff kebelakangan ini tak catat disini. Takpe.. pelan-pelan saya tulis balik ye… masih segar di ingatan sebenarnya..

Tahun 2014, sudah masuk tahun ke 4 Khilfi Eusoff hidup bersama kami. Alhamdulillah… [Sedar tak sedar rasa cam dah bujang-bujang sangat dah anak lelaki saya nih! huhu] Rasa dah sampai masanya untuk mendedahkan alam persekolahan.. Kadang rasa takut nak bagi dia lalui alam itu.. Mama papa lak lebih-lebih takut.. =)

Usia 4 tahun, walaupun pada sesetengah ibu bapa masih terlalu awal untuk menghantar anak seusia ini ke sekolah, namun ramai juga ibu bapa diluar sana yang dah bersedia fizikal dan mental untuk menghantar anak kecil mereka ke sekolah bermula dari usia 3 tahun pun lagi. Fuh..lagi advance kot..

Sebagai mama dan papa, untuk pengalaman pertama kali dalam hidup kami berkaitan bab
menyekolahkan anak ini, sikit sebanyak amat susah untuk membuat keputusan. Kadang terasa Khilfi Eusoff masih terlalu kecil untuk ke sekolah.. kadang terasa, Khilfi Eusoff terlalu anti sosial, tak pandai bergaul bila berhadapan dengan ramai orang. 50% - 50% untuk membuat pilihan.

Dari awal tahun 2013 lagi, kami suami isteri berbincang, bersama-sama berkongsi cadangan serta pendapat baik buruk untuk meneruskan Khilfi Eusoff bersama ibu asuhannya, dan baik buruk untuk menempatkan Khilfi Eusoff di mana-mana pra sekolah yang dirasakan sesuai. Kedua-duanya ada baik dan tidak, bila dikaji dan diteliti.. Poning kepala dibuatnya.. *o*

Rumah Pengasuh

Tak perlu kejutkan Eusoff awal pagi untuk mandi, hanya kejutkan dan salin pampers dan dia akan jalan sendiri ke kereta. Di rumah pengasuh, hanya tiga orang anak asuhan yang dijaga termasuk Khilfi Eusoff.. semua hero dan kebetulan ketiga-tiga adalah sebaya. Pengasuh sendiri hanya ada 2 anak yang dah bersekolah dan ini bermaksud pengasuh boleh memberi tumpuan lebih kepada anak-anak asuhan ini termasuklah Khilfi Eusoff. Pengasuh juga sangatlah pembersih orangnya, jelas dapat dilihat keadaan kebersihan rumah, kebersihan Khilfi Eusoff semasa nak ambil waktu petang. Makan minum terjaga, sakit demam Eusoff pun ibu asuhan sangat ambil cakna waktu untuk memberi ubat. Kuku panjang pun ibu asuhan yang tolong potongkan.. Masuk usia Eusoff 3 tahun setengah ibu pengasuh tolong sekali latih Eusoff untuk potty training.. bagus kan?

Cuma sikit kekurangannya, tiada pembelajaran formal untuk Khilfi Eusoff. Bukan bermaksud ibu pengasuh takde ajar apa-apa… sudah tentulah ada… baca bismillah sebelum makan, ABC, 123..ada.. Cuma pembelajaran secara tak formal… kadang-kadang ajar.. mungkin juga..kadang-kadang tidak… Saya tak salahkan pengasuh sikit pun..sebab tugas pengasuh hanyalah untuk menjaga anak-anak dari pagi hingga ke petang. Tiada bayaran lebih untuk memberi pendidikan pun..

Sekolah

Hari pertama persekolahan di tahun 2014 dengan
baju seragam sekolah

Perlu kejutkan Khilfi Eusoff setiap hari pada pukul 7.00 pagi. Mandi dan gosok gigi. Kena hadap setiap hari keadaan Eusoff menangis untuk mandi pada awal-awal persekolahan dulu, menangis siap pakej muntah-muntah masa nak gosok gigi. Pada awal dulu rasa tertekan juga… sewaktu 2 minggu orientasi di penghujung tahun 2013. Tapi lama-lama, kami handle dengan senyuman je.. terutama papa la.. sabar sungguh ngan kerenah anak bujang sorang nih.

Masuk tahun 2014, Eusoff masih lagi berkeadaan sama.. Cuma sudah sedikit under control.. mungkin sikit demi sedikit, dia sudah dapat menerima kenyataan yang setiap hari akan mengalami keadaan yang sama. Akan dikejut awal, perlu mandi dan gosok gigi. Lama-lama Eusoff nampak makin REDHA..hhihihi

Dengan keadaan sekolah yang ramai murid.. Dah tentu takkan dapat layanan sepenuhnya dari teacher. Makan minum pun atas kehendak budak-budak.. nak makan, makan.. Tak nak makan..tak makan la kott.. Harap-harap teacher masih simpan makanan, takut-takut diorang akan mintak balik makanan waktu lapar nanti. 

Kalau kes Khilfi Eusoff, uihh dia sangat kuat makan.. Jadi mama dan papa tak bimbang
pasal makan..sebab kalo suruh makan memang dia akan habiskan makan dia.. untung-untung siap minta tambah makanan lagi..kikiki Memang macam tu lah cerita teacher pasal Khilfi Eusoff, kuat makan! =)

Day care untuk Khilfi Eusoff di sebelah petangnya juga ditempat yang sama. Kami suami isteri maklum ramai juga ibu bapa meletakkan anak di sini selepas habis waktu persekolahan. Sekali lagi Eusoff takkan dapat layanan sepenuhnya dari teacher. Takpe -takpe… anak-anak dalam proses membesar, perlu lebih berdikari, bukan? Sudah masanya Khilfi Eusoff berdiri di atas kaki sendiri...chayok!! chayok!!

Kat sekolah juga teacher tolong sambung potty training untuk Eusoff.. Alhamdulillah…mama papa suka!! Thank you teacher. Satu perkembangan positif Khilfi Eusoff, teacher bagitahu Khilfi Eusoff dah bagi tahu nak kecing.... Alhamdulillah!! Cuma pernah la terlepas sekali dua...ops!! =p

Dari segi pembelajaran, setiap hari kami yakin, Khilfi Eusoff belajar. Kami akan tanya setiap hari apa yang dia belajar di sekolah… Dia akan menjawab, tulis…lukis..aner.. [warna], kadang kami boleh dengar, dia sebut ABC dalam nada berlagu.. kadang boleh dengar Alif atas aaa….. Ba atas baaa… Papa ku ulang ari kota, enek-enek si kokok iga.. dan bannnyyyyak lagi..

Kat sekolah juga ada diajar solat, rutin setiap hari diorang akan sembahyang Zohor dan Asar berjemaah. Alhamdulillah…

Cuma yang tak best setiap petang, dalam pukul 6.30.. kami akan ambil Eusoff dalam keadaan belum mandi… dan keadaan dia waktu tu memang sangat berpeluh..macam baru lepas main kejar-kejar… Normal la tukan anak lelaki... melasak tu pasti!

Nampak tak ada pro and cont meletakkan anak-anak dirumah asuhan dan meletakkan anak-anak di sekolah… Masing-masing ada kebaikkan dan ada kelemahan.. Terpulang pada kita ibu bapa untuk memilih yang mana terbaik untuk anak-anak dalam proses pembesaran ni.

Cuma perbezaan yang paling ketara bagi kami adalah yuran. Hantar ke sekolah + day care selepas waktu persekolahan adalah lebih tinggi berbanding hantar di rumah pengasuh. Namun, apalah ada pada nilai RM itu jika kita kaji balik apa kebaikan-kebaikkan ilmu yang anak kita perolehi disekolah sepanjang seharian tu.

CIC -Where Leaders are born, Insya Allah...

4 bulan senyap sunyi tanpa khabar berita di sini... bila bercerita je panjang hoii.... Rindu nak bercerita pasal Khilfi Eusoff sebenarnya. Namun apa daya keadaan sangat tak mengizinkan. Cuma sekarang energy sudah mari.. Moga saya makin rajin meninggalkan cerita Khilfi Eusoff di sini untuk catatan memori... Kang nanti nak bercerita perihal orang baru pula..=)

Babaiiiiiiii.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015