Assalamualaikum…
Jarang-jarang sekali berpeluang
update di sini.. Kekangan masa, tahap ke-lazy-an yang sungguh tak terjangka
dalam tempoh berbadan dua ni.. Lagi-lagi bila dah masuk trimester terakhir-35
minggu. Melayan rasa tak selesa… tak sedap badan.. tak sedap segala-galanya.
Alhamdulillah… diberi peluang
kedua merasai segalanya sekali lagi, selepas dah rasa pengalaman pertama dulu
sewaktu mengandungkan si permata hati sulong Khilfi Eusoff..
Belum sangat terlambat kan nak
ucap Salam Ramadhan 1435H untuk kawan-kawan blogger yang sudi berkungjung ke
sini, walaupun jarang sangat berupdate. Semoga Ramadhan kali ini dilalui dengan
penuh keindahan.. semoga tiap amalan yang di buat diterima Allah S.W.T, insya
Allah.
Untuk Ramadhan kali ini, saya
sekeluarga.. berserderhana sahaja dalam berbuka puasa apatah lagi waktu
bersahur. Kalau tak masak sendiri ala kadar di rumah, kami berbuka sahaja di
kedai makan di luar. Dalam 11 hari berpuasa ada lah 2 kali membeli di bazar
Ramadhan. Dan pernah bersederhana sungguh, tapau mee goreng sebungkus, popia
basah 2 ringgit dan air bandung 1 bungkus, kongsi bertiga, dan berbuka saja lah
di depan surau Petronas.. lepas berbuka
terus sembahyang maghrib. Dah tak ada idea nak berbuka kat mana. Dalam 11 hari
ni, dah berkesempatan berbuka dengan abah dan adik di kampung Pahang. Cuma
belum lagi berkesempatan berbuka dengan ayah dan adik beradik di kampung
Terengganu. Insya Allah akan berpeluang juga nanti tu.. mungkin di penghujung
Ramadhan, bersekali untuk balik raya.
Waktu bersahur sangat la kesian
dengan en.suami.. memandangkan saya memang dalam keadaan tersangat tak larat..
waktu sahur dia uruskan sendiri saja makan minumnya. Ada kala dah siap beli,
tinggal panaskan lauk dan masak sahaja nasi.. dan ada kala dia masak apa saja
yang ada di dapur; untuk bersahur. Dah siap semua baru dikejutkan isterinya ni
bersahur. Saya makan je apa yang ada.. biskut/roti atau kuih muih lebihan
berbuka yang masih elok. Kadang hanya minum air kosong sahaja. Itu cerita
bersahur kami. Terasa gigih sungguh suami saya.. Langsung tak merungut apa lagi
nak menunjukkan muka tak puas hati..
“Semoga Allah memberkati hidupmu suamiku,
di dunia mahupun di akhirat kelak, Insya Allah..”
Khilfi Eusoff di
Ramadhan ini pun sangat simple… ada malam-malam, sangat tidur awal.. jadi tak
joint pun waktu berbuka kami. Ada masa-masa memang makan bersama tapi cukup
sekadar nasi kosong dan kuah.. Tak nak apa-apa dah. Jarang-jarang sekali mintak
“pat” je.. aka “telur dadar”
1st day bersahur,
Khilfi Eusoff joint sahur… kikiki.. =) Cam comel je…cam comel jee… Nah gambar
budak comel bersahur…. Berselera sungguh walaupun makan pada pukul 5.00pg..
Puasa ke?
Hahha.. memang tak la…
=)
Selamat berpuasa..larat ke dik...kalau tak larat, tak payah puasa la ya..ganti je la tahun depan. Semoga terus kuat dan tabah sampai ke penghujung Ramadhan nanti..take care sis..
ReplyDeleteAlhamdulillah...masih boleh bertahan kak... Harap2 mampu hingga ke penghujungnya.. tp kalau terbersalin awal di minggu 37 nak tak nak memang la kena berganti juga..
DeleteSelamat berpuasa untuk che mid sekeluarga juga ya...=)
selamat berpuasa buat Diana, Azam dan Eusof.
ReplyDeleteTerima kasih kak intan... selamat berpuasa dan selamat hari raya juga untuk akak sekeluarga ye... =)
DeleteSelamat berpuasa Diana.. Semoga diberi kesihatan dan kekuatan utk meneruskan ibadah berpuasa dan lain2 ibadah. Jaga diri ya..
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga untuk ibu zefa... suami.., maryam dan yusoff.... selamat hari raya juga....=)
Deletediana!!!!! dah nak bersalin kan??? moga dipermudahkan segalanya! best2..nati ade baby raye! aunty jaja kena sedia duit raya lebih ni! hahhaha!
ReplyDeleteJaja!!!! Hihihi....alhamdulillah sudah masuk ke fasa akhir...37 minggu suda... sedang menghitung hari je dah ni... berdebar lak rasa nak rasa sakit bersalin...alahai....
DeleteSedia tau...jangan tak sedia... jumpa di hari raya..insya Allah... =)