Selamat hari ibu untuk emak saya…
Saya dah telefon beliau, dan dah
ucapkan ucapan yang paling syahdu itu
“Selamat Hari ibu, emak.. Semoga Allah panjangkan usia emak… Terima
kasih atas segala jasa dan pengorbanan emak dalam membesarkan adik selama ini”
Terasa ada air hangat mengalir di
pipi.. Ya…. Terlalu tersentuh apabila melontarkan ucapan yang maha syahdu sebegitu
kepada emak saya yang saya tinggalkan beratus-ratus kilometer di kampung….
“Terima Kasih adik…” Balasan ringkas dari emak
Dan sepi…… (Saya tahu, emak pun
merasai kesedihan itu.. dan mungkin juga ada air mata kesedihan yang bergenang
di kelopak mata beliau..)
Untuk arwah emak mertua…
Al-Fatihah untuk arwah…
Hanya dua tahun lebih saya sempat menjadi menantu untuk arwah… Tahun 2009, 2010. Dalam sambutan hari ibu pada dua tahun itu sempat saya mengucapkan “Selamat Hari Ibu” untuk arwah… Tak terkata gembiranya arwah kerana menerima ucapan dari menantu dan satu-satunya “anak perempuan” yang arwah ada.
Janji Allah itu pasti! Arwah emak
dijemput oleh-Nya pada Januari 2011.. Selepas 4 bulan bergelar seorang “Wan”…kepada
nanak saya…cucu yang memang sangat ditunggu-tunggu oleh arwah….dan pada tahun
itu dan juga tahun ini, hanya doa sebagai ganti ucapan hari ibu….
Ya Allah.., kau rahmatilah roh
arwah emak…. Semoga tenang di alam sana. Terima kasih kerana melahirkan anak
yang amat baik itu, (en.suami)… Kerana didikan emak yang terbaiklah melahirkan
anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya kini.. Alhamdulillah…
slmt hari ibu sis!
ReplyDeleteMe kasih.... Selamat hari ibu jugak untuk mak tiefazatie ye..?
ReplyDeleteEmak... rindu.. :-( Al-Fatihah
ReplyDelete