Assalamualaikum...
Hari ibu tahun 2014, perasaannya sama seperti tahun 2013... tiada beza..
Al-Fatihah untuk arwah emak dan emak mertua tersayang.. Semoga kalian sentiasa di bawah payung rahmat Ilahi senantiasa. Insya Allah..
Antara catatan-catatan hari ibu saya di blog ni...
Selamat Hari Ibu - Tika arwah emak masih ada... Saat indah yang tak mampu saya lupa. Biarpun sambutan jarak jauh dari emak.. Hanya ucapan sebagai pengganti peluk cium.. namun tetap rasa kepuasannya... puas boleh melontarkan sendiri dari mulut, dan diperdengarkan di telinga emak, biarpun melalui perantaraan telefon.
Selamat Hari Ibu 2013 - Tahun pertama Hari Ibu tanpa emak tersayang.. sedih, pilu.. Air mata menjadi saksi betapa kerinduan bertandang setiap hari..lagi-lagi di hari seluruh manusia di muka bumi menyambut hari Ibu.
Bezanya tahun ni, hati sedikit berbunga-bunga, anak bujang dah bersekolah. Jadinya saya dapat la sekeping kad dari Khilfi Eusoff bersempena dengan hari ibu tahun ini. Alhamdulillah.. Terubat sikit kesedihan mama sayang. Tak tergambar rasanya kegembiraan itu, hanya mampu tersenyummmmm aje..=) sambil tunjuk kat en.suami, dan respond dia.. "waaaa...mama dapat kad hari ibu.."
Biarpun saya jumpa sendiri kat dalam bag sekolah Eusoff, bukan terima dari tangan si kecil itu sendiri... takpe..takpe.. dia masih belum faham apa yang perlu dia buat bila dah bawa balik kad tu ke rumah.. takpe.... mama tetap rasa gembira sayang..
Biarpun kad yang simple yang penuh dengan corengan yang macam cakar ayam..=p sebenarnya cubaan untuk mewarna, tapi hati kecil saya tetap teruja.. malah tersentuh rasa dengan ungkapan "I LOVE YOU MOM" mendalam sungguh maksudnya..
Alhamdulillah..saya merasai pengalaman menjadi seorang ibu..dan Alhamdulillah sekali lagi berpeluang merasai tendangan lembut dari dalam perut tika dan saat ini.
Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia.
Semoga sama-sama dapat memikul amanah menjadi seorang IBU sebaiknya.. Insya Allah..
Ameen...
No comments:
Post a Comment