08 April 2013

Back to nature...! @ Sungai Congkak

Assalamualaikum...

Semoga hari ini menjanjikan keceriaan, kegembiraan berpanjangan hendaknya..
Insya Allah..

Tajuk hari ini adalah back to nature!@ Sungai Congkak.

=)

Weekend bulan lepas, 22 March 2013... saya sekeluarga dan beberapa orang anak buah dan abang sekeluarga bersama ipar duainya berkhemah di Sg Congkak Hulu Langat... Perkhemahan dalam satu group yang agak ramai -14 orang semuanya termasuk si kecik 2-3 orang, sangat lah meriah.


Register dan pembayaran di kaunter..

Tambah-tambah lagi dengan Khilfi Eusoff dan Khalish Aiman yang tak reti nak duduk diam.
Turun naik sungai ikut suka hati aje... Kakak Safiyya dan u'u...yang tak boring-boring berendam.. hihi

Along Izzat, Angah Tina dan Memey yang excited sangat-sangat sebab ini adalah pengalaman pertama berkhemah katenye.. Sangat kesian anak-anak di ibu kota sekarang. Kurang pendedahan aktiviti sebegini..


Perkhemahan 2 hari 1 malam je.. Tapi pengalaman yang sangat best sebab dah lama nau tak berkhemah. Seingat saya last berkhemah adalah tahun lepas, ke 2 tahun lepas [tak ingat dah] berkhemah di pantai Bagan Lalang. Juga perkhemahan 2 hari satu malam.

Along tunjuk skill pasang khemah


Kelainannya kali ini, perkhemahan di dalam hutan adalah lagi best berbanding berkhemah di tepi pantai... Terasa lebih santai..dengan pemandangan menghijau, bunyi burung, unggas... air sungai yang mengalir...

Selain dari kemudahan awam yang lebih mudah, iaitu toilet yang dibuka setiap masa.. berbanding di Bagan Lalang, tandas adalah dikunci di waktu malam [Tak pasti lah pulak kalau kebetulan waktu kami berkhemah tu je berkunci]. Menyukarkan kami kalo mau melepaskan hajat..

Kebersihan tandas di Sungai Congkak, boleh lah diketegorikan bersih jugak laa. Cuma bila dah terlalu ramai penggunanya, nampak lah sedikit tidak bersihnya.. bukan berbau busuk atau apa, tapi lantai yang penuh dengan pasir. Itu aje lah...  

Waktu berkhemah ni saya tak mandi sungai pun... [tak rasa nak] lagi-lagi malas membasahkan diri. Mandi kat toilet pun best, air paip yang bersumberkan dari air bukit tu pun dah sejuk sangat dah... menggigil-gigil... lagi-lagi mandi pagi-pagi... terasa sejuk sampai tulang!


Aksi santai en.suami dan anak buah mandi..

Aksi nanak di air cetek..

Eusoff dan Aiman carik makan.... kami tak kisah self service..hihi

Seronok sangat sekali sekala dapat membuat aktiviti lain dari kebiasaannya.. Berkhemah, mandi-manda..dan masak-masak. Bila dah makan ramai-ramai menyaksikan kehijauan alam... tak sedar dah makan bertambah. Selera lain macam....biarpun menunya sempoi je.. =)

Waktu nak check-out....hujan selebatnye... sabar je lah..mujur lah dah nak balik... Kalo hujan malam tu...mesti lebih advanture la perkhemahan kami...huhu

Pada sesiapa yang berminat nak berkhemah kat Sungai Congkak ni..
Ni standard rate nye... takde lah mahal mane... sangat berbaloi untuk pengalaman berkhemah yang super duper best ini.. sambil mendekatkan diri kepada keindahan alam semulajadi.

Entrance fee - RM1.00 per person (12 years and above) / RM3.00 per person (without Mykad)
Parking fee - RM1.00 (Motorcycle) / RM2.00 (Car) / RM5.00 (Bus)
Campsite - RM10.00 per night/tent
Tent 4 Person - RM15.00/tent
Tent 6 Person - RM20.00 /tent

=)

Yang tak nak berkhemah, sebaliknya mahukan penginapan yang lebih selesa, ada juga disediakan chalet-chalet dengan pelbagai harga yang mampu bayar.

Sila lah ke Sungai Congkak... Wahhh promosi macam saya kerja tourism Selangor gituuu.. =)

Sesambil tengok air sungai yang mengalir tu kan..tetiba saya teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu....cikgu muzik mengajar lagu nih.... saya ingat sampai sekarang lagu ni...nada, iramanya... Kenangan betul...

Airmu mengalir dari gunung jauh di sana
Jernih dan sejuknya sungguh indah di pandang mata
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti hingga sampai ke laut nanti


Masa juga kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka…..



6 comments:

  1. bestnyaaa kakkk
    nanti nadia nak pegi jugak laaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. tak memasal nadia bagi link entry akak ni dekat kawan2 nadia sebab nak tunjuk kebestan sg congkak ni. nanti boleh pegi camping sini. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih...time kasih dik kasi akak glemor gitu..kihkih
      Tumpang popularity Nadia aje kan...kehkehkeh

      Pergi lah...bagi akak best!!
      Tapi tak tahulah citarasa orang lain kan..

      Kalo pegi ngan kawan-kawan sekepala lagi best kan..
      Lagi meriah dan happening...

      Delete
    2. yang dekat janda baik akak pernah pegi? mana best ehh janda baik dengan sg congkak..

      Delete
    3. Janda baik pernah pergi tapi duk chalet..tak pernah lak berkhemah...

      Tak tahu lah mana best pulak...

      Nadia minak eh berkhemah? Pergi ah...nanti akak bace pengalaman Nadia lak =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015