02 December 2012

Sepetang di Kiddies World @ Marriott Hotel Putrajaya

Assalamualaikum....
16 November lalu nanak dan sepupu sepapatnya berkesempatan menghabiskan masa sepetang di Kiddies World di Marriott Hotel, Putrajaya. Kami yang tua-tua nih pun dapat masuk situ, terasa ala-ala nak lompat bintang...haaa... Kiddie World ini sangat la owesome....

Terasa ingin kembali ke dunia kanak-kanak rebina balik je... mmmm...bestnyerrr.. [angan-angan kejap....]

Sebenanrnya kemudahan Kiddies World ini adalah untuk kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 12 tahun sahaja dan hanya dibenarnya 2 orang penjaga sahaja bersama anak-anak untuk sekali masuk. Untuk main-main, berseronok-seronok, berkejar-kejaran, menonton movie, main game... dan macam-macam lagi lah....


Kawasan dalamnya sangat lah luas, pendek kata kalau anak-anak kecil kita berlari-lari memang boleh penat.... Interior designnya tersangat lah cantik, menggunakan warna-warna ceria di keseluruhan ruang. Sangat menarik apabila dindingnya dilukis dengan watak-watak kartoon kegemaran kanak-kanak, terdapat mianan-mainan yang pelbagai untuk anak-anak kecil bermain, Selain daripada itu bagi kanak-kanak yang ingin bermain playstation... terdapat ruang-ruang khas untuk mereka. Kami sangat teruja ok..

 



Yang ini lagi best...

Terdapat mini theatre kat Kiddies World ini.. Ala-ala cam panggung wayang gitu.... Takde kerusi untuk duduk-duduk... tapi kami boleh baring-baring sambil menonton... Sangat lah best....Boleh tertidur dibuatnya...ye laa.... sejuk, gelap.... tidur lah best....!! hihi

Terdapat juga mini library untuk anak-anak... Banyak buku-buku yang boleh mereka baca. Siap ada meja dan kerusi untuk mereka membaca kat dalam mini library ini..

Ok, bende yang wajib ada mestilah toilet untuk kanak-kanak kan. Nama dah Kiddies World. Ada toilet untuk gegurl dan juga untuk boboy..... Chomel molek toilet mereka... Size yang cute-cute gitu... Kami teruja lagi..........


Sepetang kat situ terasa sekejap sangat. Mak paknya duduk-duduk, borak-borak sambil memerhati anak bermain.. sambil menikmati pemandangan "Dunia Kanak-kanak" yang serba comel ini. Anak-anak bermain je la...apa lagi. Terutama sekali si nanak tu... tak ingat mama papa dahhh....

Operation Hours :
10.00am ~ 7.00pm daily

Entrance Fee Per Person :
RM30 fisrt hour
RM15 subsequent hour
Complimentary for in-house guest

Age :
2 to 12 years old

Kalau ada sape-sape yang outstation ke Putrajaya dan kawasan-kawasan yang berhampiran, merancang untuk membawa family juga, mungkin boleh memilih Marriott Putrajaya sebagai destinasi penginapan anda... [Eceh..macam iklan la plak..... :-) suggestion saja ok]

Ye lah...kalau ayah dah keluar meeting... anak-anak boleh lah berseronok bersama emak di Kiddies World ini... Mesti tak boring.. :-)
And last...si comel saya... mama Love you..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015