Assalamualaikum....
Hari ini hari Jumaat yang indah..cuaca elok sangat...cerah...beruntunglah suri rumah-suri rumah...cucian anda kering jer... Tapi entah lah cerah nih sampai ke petang atau hujang di tengah hari. Apa-apa pun Alhamdulillah atas nikmat Allah ini.
Sekarang dah ada negeri-negeri yang sudah banjir, pantai timur terutamanya... Tengok dari gambar-gambar di facebook, berita-berita di televisyen dan jugak radio, sedih pulak mengenangkan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah randah, menanggung kerosakan harta benda, malah ada jugak yang kehilangan orang tersayang akibat dari banjir yang melanda...
Semoga mereka tabah berhadapan dengan bencana alam ini. Sesungguhnya itu adalah dugaan Allah untuk menguji ketabahan hamba-hambanya. Insya Allah semua akan pulih seperti sediakala. Moga-moga dengan adanya bantuan dari kerajaan dan badan-badan NGO, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka, Insya Allah.
Disember bersisa lagi 3 hari... Fuhhhhhh..terlalu cepat masa berlari! Kita dah dipenghujung tahun.
Permulaan tahun baru tanpa emak adalah sangat sedih... [mengingatkan emak, air mata mula bergenang] -Semoga emak tenang di sana..-Al-Fatihah...
Hujung-hujung tahun macam nih semua orang bercerita tentang Azam dan matlamat tahun baru. Untuk tahun 2013 ini saya ada baaanyaak azam... Harap-harap Allah permudahkan untuk saya mencapai azam-azam tahun baru ini, mudah-mudahan ada jalan..Insya Allah....
Apa lagi eh....ok itu aje! Bye...sambung kerja, lunch hour sudah tamat :-p
No comments:
Post a Comment