05 September 2012

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1433 Hijrah]

Assalamualaikum...

Ahad lepas 02 September 2012, saya dan en.suami ada buat majlis makan-makan sikit bersempena dengan Syawal 1433 Hijrah. Ingat nak ajak rakan-rakan blogger..tapi, memandangkan ini hanya majlis kecil-kecilan sahaja.. segan la plak nak menjemput. Insya Allah..ada rezeki lebih tahun depan lak ke.. kan..? :-)

Alhamdulillah, majlis separuh hari berlangsung dengan success... Amboi..nak success bagai..hihih..

Rezeki yang ada eloklah dikongsi pada semua. Jadi cara terbaik perkongsian adalah buat makan-makan, jemput rakan taulan dan saudara mara. Dapat juga mengeratkan silaturrahim dan mendekatkan mana-mana yang dah rasa jauh tu.... Masa ni juga dapat la bertentang mata dengan jiran tetangga yang kadang-kadang seminggu sekali bersua muka. Mana-mana yang tak pernah berkesempatan datang ke rumah tu...masa ni boleh la datang berkunjung tanpa segan silu... Semua boleh di majlis sebegini. Alhamdulillah...

Tak banyak gambar pun yang sempat diambil, memandangkan tuan rumah sebok melayan tetamu kan... Dapat la sekeping dua untuk diabadikan di blog kesayangan ni... Cukup memadai dari tiada langsung kan... Muka tuan rumah pun takde... huhu..sedih..

Sebahagian je menu.. menu belah sana tak sempat ambil gambar

Menu yang tersedia, Nasi minyak, Laksa utara dan roti jala sahaja.. Semua main order aje... Nak masak, maklum sahaja la... budak-budak baru belajar.... :-)

Sila la menjamu selera..

Eusoff sebok mintak minum air tetamu..

En.suami tekun dekar Andak bercerita, Eusoff entertain Kak Nor..

Faris anak Noor Fatanah (kawan zaman hingusan)


Andak sekeluarga

Nanak dan aunty ziela & Zaihan..

Tu je la beberapa keping gambar yang sempat di ambil. Waktu ambil nie pun dah penghujung majlis...orang dah tak ramai sangat.. Nak ngambil gambar awal-awal majlis memang tak sempat arr... tefon ke mana, tuan tefon ke mana.. hehe.. Sebok entertain tetamu la katakan.. Haaa...nak sambung lagi satu bende yang saya tak tahu kemana pergi sepanjang majlis... Nanak saya pun saya dah tak tahu kemana...hahahahha....

Tapi Alhamdulillah... majlis berlangsung meriah.. Dan kebanyakkan jemputan ramai yang datang..yang tak datang tu mungkin dapat banyak jemputan dalam satu masa.. so kene la pilih-pilih undangan.. Dan ada juga, tak datang sebab masa yang sama rumah mereka pun buat majlis makan-makan juge..... Ada gak yang balik kampung sebab minggu tu kan cutinya panjang sekali dengan cuti Merdeka 31 Ogos... dan..dan..dan..

Alhamdulillah lagi... saya dan en.suami berkesemptan menjamu rakan-rakan dan saudara mara sempena Syawal ini.. Majlis makan-makan seperti ini bukanlah sesuatu benda yang wajib dilakukan namun, jika berkemampuan tidak ada salahnya....

Jangan pula majlis makan-makan seperti ini dibuat untuk dijadikan kebanggaan [Nauzubillah, Jauhkanlah aku dari sifat bangga dan bermegah-megah ya Allah].. Kalau dah ada niat macam tuh...dah dapat dose! Fikir-fikirkan lahhh... :-)






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015