10 September 2012

Jom Konvoi ke Lekir 07 Julai 2012

Assalamualaikum...


Marathon mempublishkan entry-entry lama yang amat! Sayang kot jika dibiarkan macam tu sahaja.. Orang kata kenangan untuk tahun 2012, haruslah diceritakan di sini untuk tatapan nanti di hari tua...kan......... :-p
Ini bukan pertama kali saya berpeluang menjointkan diri bersama-sama dengan konvoi office en.suami… Dah berkali-kali sepanjang bergelar isteri kepada beliau.... Dan sepanjang berkali-kali tuh….arrangement konvoi memang best!!  Teratur dan tersusun sekali… Bagus betul mereka ini.
Yang terbaru, saya mengikuti konvoi ke majlis sambut menantu rakan office en.suami pada 07 Julai 2012. Lokasinya adalah Lekir, Perak Darul Ridzuan. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Konvoi sebanyak 6 biji kereta memang tidak memboringkan.



Sudah selesai makan tengah hari dan bergambar seketika bersama pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua, kami meneruskan perjalanan yang telah dirancang.
Orang kata, alang-alang sudah sampai di Perak Darul Ridzuan, moh le kite ke Menara Condong Teluk Intan. First time saya ke sini! First time jugak untuk nanak saya itu!

"Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ini sememangnya Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina pada tahun 1892 dan dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Keong sempena memperingati sumbangan En.Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut

FAKTOR KECONDONGAN
Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkan condong sedikit ke arah barat laut"


-Sumber : Portal Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (klik untuk tahu lebih lanjut!)


Memandangkan kami sampai ke sini waktu tengah hari, keadaan sangat-sangat la panas. Sempat la bergambar di Menara Condong ini..., masuk ke dalam Menara untuk melihat-lihat keadaan dalamnya, membaca cerita-cerita sejarah berkaitan Menara ini..  Selepas itu kami menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya. Saya sikit kecewa, sebab tak kesampaian untuk membeli Fridge Magnetic / key chain Menara Condong Teluk Intan!! :-(







Destinasi seterusnya adalah, pantai Bagan Nakhoda Omar, Kuala Selangor.. Masa nie dah dalam perjalanan balik ke batu Caves. Singgah makan kat kedai makan tepi laut. Pekena mee udang, nasi goreng udang, kerang bakar dan banyak lagi la.... Pas tu duduk-duduk jap tepi pantai melihat matahari terbenam... Masya Allah... Sungguh indah kekuasaanMu..






Sangat menyeronokkan apabila seharian penuh diisi dengan berjalan-jalan kenali tempat orang…. Berubah la rutin jadual harian yang biasanya samaaaaa sahaja!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015