12 September 2012

UAI @ Surau Casmaria Apartment

Assalamualaikum...
Untuk pertama kalinya saya dan en.suami berkesempatan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh persatuan penduduk rumah kami, Casmaria Apartment pada 09 September 2012, ceramahnya sejurus selepas solat maghrib. [Majlis sebelum-sebelum nie biasanya tak berkesempatan sebab balik kampung, ada hal, dan macam-macam alasan lagi..errkk]
Apa yang menariknya..penceramah untuk majlis ilmu ini ialah insan yang paling diminati oleh en.suami, iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Penceramah yang menggunakan loghat pekat Terengganu, loghat ibunda saya.. :-p Kami memang sudah sedia maklum akan fenomena UAI ini... sangat luar biasa.. dan kami memang yakin dan pasti, malam ini Apartment Casmaria bakal diserbu oleh ramai orang yang suka/kagumi akan UAI ini.


Sumber Photo : Google
Pihak persatuan penduduk, telah bersiap sedia menyediakan pelan aliran kenderaan keluar masuk bagi penduduk/pelawat, agar takkan berlaku jam yang teruk, atau pelawat sesuka hati menggunakan parking penduduk! Terima kasih kepada pihak persatuan dan juga pasukan Rela yang berkhidmat menjaga aliran trafik.. :-) Mujur balik petang tuh...parking kami tak digunakan oleh sape-sape, kalo tak geram ler jugak kan....hihhi..
Ceramah yang berdurasi 3 jam, sempat kami dengar 2 jam terawal sahaja... Nanak dah mula buat perangai..taknak dipegang..dan berlari sini sana. Mama dan papa dah tak leh nak concentrate pada apa UAI cakapkan. So, kami decide balik aje la daripada nanak merengek-rengek tak nak dipegang/didukung oleh kami..


Nanak dan papa balik dari ceramah UAI

Nangis nak air kotak...air mata pun meleleh lagi tu...
   
 Alhamdulillah.. dalam tempoh 2 jam dapat la sikit ilmu yang bermanfaat buat kami. Semoga kami berkesempatan lagi untuk menjointkan diri ke majlis-majlis ilmu lain.. Insya Allah.
Sumber : www.iluvislam

2 comments:

  1. asben aty suker ustaz idrus ni..kalau ade dekat area die mesti nak gi..tapi aty tak suker sangat ikut..bkn tak suker dengar ceramah...tp aty tak paham ustaz ni nye loghat...jd kalau org dok gelak2 debgar..aty terkebil2 tak paham..huhu

    ReplyDelete
  2. Hihih...Memang best dengar UAI bagi ceramah aty.. lagi-lagi part beliau menjawab soalan-soalan tuh...kelakar pun ade...
    Ye laa..kalau tak faham tak best la...entah apa la yang dok dicakapkan tu.....

    Tapi tiap kali beliau wat ceramah, ramai sangat orang pergi tengok..mungkin ramai jugak orang Terengganu/Kelantan kat KL nih kan... tak pun dah ramai orang KL dah tahu dan faham cakap Terengganu kot.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015