05 July 2015

Resepi puri Pear

Assalamualaikum..

Lama tak tepek resipi sini kan? Sebab memang takde resepi baru pun. Resepi sama je buat untuk Elyass.. Ulang-ulang yang itu aje.. 

Kira ni resepi baru lah.. hihihi

Biar lah cara buat sama je pun macam puri epal.. tapi untuk catatan kenangan pemakanan si kecil Elyass... saya share juga la di sini..


1. Sediakan beberapa biji pear yang nak di purikan. Saya guna 3 biji sahaja. 
2. Basuh bersih dan kupas kulit pear dan potong kecil.
3. Steam pear tadi. Bagi yang tiada steamer, rebus dengan air sedikit pun sudah memadai.
4. Masukkan ke dalam blander. Masukkan sedikit air/jus pear hasil dari steam/rebus. Blend sehingga halus [mengikut kesesuai usia anak-anak]

5. Boleh diletakkan di dalam bekas kecil untuk disejuk bekukan.

Puri anda sedia untuk diberikan kepada si kecil!


Selamat mencuba ya...



2 comments:

  1. amboi. sedap nyer elyass makan ni nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kot... sebab kalau makan ni..memang bertambah-tambah... tak cukup-cukup...

      Mama cuba sesudu.. memang nak dua sudu.. ahakss..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015